Friday, September 24, 2010

Alkisah Sebelum Kelahiran Nur Uzma Irdina

Alhamdulilah sempat jugak pn mama  menikmati keriangan hari raya tahun 2009, walaupun keadaan pn mama masa tu  yang dok tunggu nak meletup..
Kali nie pn mama  balik raya naik MY CAR( dengan Megahnya)...Kami bertolak sehari seblum hari raya, almaklumlah umah mak pn mama  kan tengah renoit..so balik kena kemas umahlah..tapi mak x bagi pn mama  kemas , almaklumlah perut dah boyot..tapi pn mama ketegaq(degil) pn mama  ambik berus cat , terus aku tolong my little brother cat umah....En Abah x balik lagi ..sebab kerja ..

Pn mama  balik rumah raya ke 3 sebab raya ke 4 pn mama  dah kena masuk kerja..lagipun malaslah nk cuti panjang..kesian kat nik( tahun nie dia raya Kat Perlis)tahun 2009 ...kan lps nie pn mama kan  nak cuti panjang...cuti beranak... 

Pagi Raya ke 4, pn mama  mai kerja..lps balik kerja pn mama ajak En Abah p beraya umah adik beradik dia..sempatlah pn mama  beraya 2 buah rumah..dah mlm, tiba2 qashrina terlena(selalunya kol 11 baru lelap) mybe letih sangat kot main kat umah umie dia tadi
...En Abah ajak p beli Char Ketow sbb dia kata dia nak sangat makan...(buang tabiat ka) bungkus ja..Balik umah,lpas makan, pn mama  mula di serang sakit perut, memulas2 tapi bukn air buang air besar.. En Abah ajak tidur, pn mama cakap bawak anak p tidur dulu.. nanti chat skit pn mama masuk tidurlah.. En Abah kata nak bawak p klinik..pn mama  perang besar dengan En Abah sebab pn mama  x nak p lagipun due jauh lagi tu...

lagi satu , xkan nak tinggal qashrina kat Umie dia tengah malm buta nie, kacau orang lena ja.. biarlah esok pagi kita p la... Dah x tahan , pn mama  pun serender...hantar anak kat kak anie, terus p klinik naik si kontot...kereta aku dok umah mak pn mama ...he..he...tengah malam dalam area kol 1pagi ..bertolak la kami dua laki bini p Jitra...Sampai sana, aku kena seluk( sakit oiiiii)
...bidan kata buka 1cm..kena tunggu 8@9 baru boleh beranak...tolak naik atas dulu,
En Abah aku sentiasa dok dengan pn mama...kalau x 1 klinik aku panggil dia (dengan nada kuat pulak tu) ...kan aku ank manja..
Masa Qashrina tu, pn mama  beranak ada mak , mak mertua, adik dengan abah pn mama temankan ..kali nie , kami laki bini sahaja .bukan apa biar laki pn mama  tau macam mana hazabnya nak beranak anak dia..jangan dia tau buat ja...biar dia rasa sama...
( jahatnya pn mama )..

Dalam Wad tu, adalah kat 6 katil, 1 ada orang yang lain kosong...pn mama  nak ambik 1katil satu bilik...dah penuh.. 
so nak xnak terpaksalah masuk bilik ramai katil tu..( kesian Mak mertua pn mama lena atas lantai , hari ke 2 sebab teman pn mama )..

sambung crita tadi, masa dalam bilik tu , tinggal pn mama n En Abah ja.. pn mama  di serang sakit perut sangat2 mcam nak meletup, tapi bila laki pn mama usap sakit tu pun hilang...dalam 5 minit mai pulak sakit tu , memang malam tu pn mama  macam dah nak gila...bayangkan dari kol 2 smpai ke pagi(kol berapa tah  x ingat) ...

dok meraung sakit perut , sampaikan pn mama  tertokak(gigit) tangan En Abah ,(merah padam En Abah) sebab sakit sangat..cuma Allah yang tahu.. Last bidan Mai, dia kat dah boleh beranak dah nie(seluk lagi) oiiisakit tau.. 

Sebelum tu,pn mama  dah langah 1 botol minyak yang buat orang mudah beranak, tolak ke dalam bilik beranak tu, pn mama  pegang tangan En Abah  kuat -kuat , kot2 dia lari...xnak pn mama  beranak sorang2..biar berdua..

En Abah pun ikut(tau dah, bini dia akan tempit 1 klinik kalau dia x ada) , masuk bilik tu, sambil tunggu doc..pn mama  pun peluk la En Abah..macam hindustanlah pulak...

Malu????berlakang kira..masa tu pn mama  dah x peduli dah..(yang sebenarnya pn mama xnak En Abah lari, tinggal sorang2 dlm wad tu)..

almaklumlah En Abah nie takut darah.. nurse tu tambah air(air ubat)...lagilah sakit..kali nie pn mama  gigit coler baju En Abah...he..he teruknya..
sampailah kesudah..pn mama peluk En Abah...masa pn mama  teran tu, En Abah dah x sanggup sebab dia rasa pitam tengok darah, so nak xnak terpaksalah pn mama bertarung sorang2 tapi masa tu dah nk kluar dah..kiranya En Abah tengok dari awal sampai sikit ja cerita tu nak habis..xsempat ending, 

dia dah kluar...pn mama  kena jahit....entah berapa jarum pn mama  pun xtau.. sebab keluar ja anak..pn mama  terus muntah...sampai habis baju n lantai2...hinggakan nurse tu terpaksalah salin baju ...sebab  dah xberdaya dah...Doc Tu nama doc Sharifah... Lepas dah beranak,  di sorang masuk balik wad yang katil banyak tu..doklah  selama 2 hari 1 malam...
laki pn mama  kata, lps dia klur, dia terus pening ...sampai terduduk sebab takut tengok darah...pn mama  x kisah kalau korang baca , nak kata apa2 , .
janji harapan pn mama  , nak laki pn mama teman tercapai dan terlaksana..
biasalah pn mama kan anak manja...

Genap Setahun...



Nur Uzma Irdina Nama diberi...
Maksudnya Cahaya Terbaik kebajikan dan keberkatan ...
Hari ini Genap la Setahun Uzma Didunia ini...
Semoga Menjadi Anak yang solehah, Insan yang baik hati dan Hidup Dirahmati baik Duniawi mahupun Ukhrawi...
Amin...

Anak Mama Si Uzma Irdina ... dah besar dah ... hari ni cukup setahun... akalnya dah panjang... problem solving pun mama tengok dah pandai... cepat follow apa yang akak , mama dan abah buat... Uzma adalah hadiah yang sangat2 berharga buat Mama ... Kehadiaranmu Memberi sejuta Rezeki buat mama dan abah …
Mama akan menjaga Uzma semampu mama ... Insyaallah... Mama sayangkan mu nak... terlalu sayang sehingga tak boleh nak di gambarkan dengan kata2...
Nama : Nur Uzma Irdina Binti Sabri
Tarikh Lahir: 24 September 2009 @ 5 Syawal
Waktu Kelahiran : 8.45 pagi
Berat masa lahir : 2.4 kg

[cerita tentang proses kelahiran Uzma ada di sini ... Kalau nak di ceritakan di sini terlalu panjang. Namun semuanya masih segar lagi dalam ingatan mama...

Uzma x banyak ragam, suka tidur.. kalau boleh 24 jam.. Terlalu baik semasa dalam pantang..but sekarang nie..pantang tinggal sikit mulalah meraung macam kena cubit.

Mama bangun pagi je, mulalah si Uzma nie dok merangkak turun dari tilam cari mama.. x jumpa meraung satu umah… Almaklumlah anak Mama..akak pulak dah jadi anak abah.

Sedar x sedar, anak mama dah besar rupanya..sekejap je masa berlalu…
Anak mama makin membesar... Mama doakan anak mama sentiasa bahagia... dunia dan akhirat... permata hidup mama... hadiah terindah daripada Allah untuk mama... Amanah Allah untuk mama... semoga jadi anak yang solehah... amin...

SELAMAT HARI LAHIR NUR UZMA IRDINA...

Wednesday, September 22, 2010

Sambungan Entry tadi

anak pn mama terperangkap dalam kereta Kancil . Kerana si Kakak tertekan punat pintu dan dia tak reti macam mana nak buka semula.Pn mama mcam biasalah rutin haraian p ambik n hantar kat pengasuh.. Sebelum nie, en abah akan balik awal sebelum pn mama balik…sampai depan pintu pagar umah pn mama Hon je.. siap en abah bukakan pintu lagi… 


but semenjak bizi dengan bendang dia nie.. dah xawal dah..koin lewat adalah..bukan p buat kerja pun ..p tengok orang buat kerja.. walhal BIL pn mama pun dok buat kerja yang sama… dalam Hati Memang Geram teramatlah Geram.. tapi nak buat macam manakan …Laki, Suami… nanti melawan berdosa pulak… 

Bila dah en abah bizi..so tugas buka pintu pagar adalah pn mama… nak di jadikan cerita… semalam..kakak jadi terlalu nakal… p tekan punat pintu kereta dengan Ejin beridup dengan Icon berfungsi .. Ko orang Bayangkanlah macam paniknya pn mama..macam nak luruh jantung ..nasib baiklah si debab pn mama lena , kalaunya dia jaga meraung dalam tu… pn mama pun x tau nak buat apa… Berkali-kali pn mama menunjukkan isyarat untuk membuka kereta tetapi akak tak tahu nak buat apa.biasalah umur 2 tahun bukan tahu apa… memang kelalaian pn mama sebab percayakan budak umur 2 tahun…

Masa tu kat tangan pn mama hanya ada mangga pintu pagar… xada itiar lain dah..pn mama hentak mangga tu kat cermin kereta… x jadi apa… lepas tu pn mama tahan budak perempuan … yang x berapa nak betul… memang menyakitkan hati… bila pn mama cakap “dik , kak nak mintak tolong”..tahu jawapannya "saya x senang..x leh nak tolong…"

Akhirnya , pn mama tahan budak lelaki naik motor… dalam umur 16-17 thn gitu.. Depalah yang tolg .. buat macam2 bagi punat tu naik baik.. polis lalu nak balik umah dia .. al maklumlah berjiran dengan polis nie.. Polis tu pun berusaha bukakan pintu..
Lalu Kawan kepada En Polis nie… dia pun p cari pomen Perdua sebab jiran dia kerja Pomen perdua… En abah pun balik.. Masa tu , memang nak hentuk je cermin kereta bagi boleh buka pintu.. Tapi Polis tu sabarkan en abah.. Al maklumlah en abah nie kan angin sikit.. setelah puas berusaha.. Pomen Perdua tadi berjaya buat pintu terbuka.. Syukur alhamdulilah…

So pada semua hati-hati lah bila baca cerita ini dan jadikan sebagai ikhtibar dan kalau boleh jangan tinggalkan anak dalam kereta. Untung terperangkap dalam kereta kalau kereta dilarikan...menangis tak berlagu jawapnya.

Mood tak baik

Mood pn mama tak berapa nak baik so pn mama merahkan tulisan...
Dalam hujung di tahun 2010 ini, mcam2 dugaan yang pn mama dapat… 
bab Malang atau bahasa orang hitamnya putihnya unfortunate… 
wah bergitu banyak sehinggakan pn mama dah terlalu fedap nk mengahadapi semua nie….macam artislah pulak 


1) Sebelum Raya , pn mama x dapat Bonus yang kerajaan Bagi Rm 500 tu, gara-gara new Contrak… sedangkan duit itu pn mama setkan nak bagi duit Raya kat Abah, Mak,dan anak-anak pn mama… Frast beb bila x dapat… kenapalah jdi macam nie..dlu masa kat Kem Lama..ok je… Tup2 dapat gak duit… Nasib baik En Abah Kasi separuh Bonus dia kat pn mama ..kalau x ..rasa macam x raya je pn mama nie... Lebiu en abah...

2) Handphone pn mama..bukan Handphone rosak..but.. Kredit pn mama hilang…sebab di telan oleh Maxis…. RM 40.00 tu..bukan sikit ok..banyak…
Bila p Report kat Maxis punya Brand kat Kangar ini, cakap line rosak… Masa tu jadi 15hb September , Kesnya pn mama to-up 5.00 terus hilang 40.00 kiranya baki pn mama masa tu RM 0.00 sedangkan sebelum itu Kredit pn mama ada RM 35.00 Kes tu macam mana nie.. Bukan senang tau pn mama nak himpun RM 40.00 tu Dari bulan Mac.. ko fikirlah..pn mama sekali to-up RM 10.00 dengan RM 5.00 je.. Pn mama mana ada duit nak To-up banyak.. ..17hb pergi pulak report lagi.. sebab x dapat jugak duit 40.00 tu.. semalam 21hb p pulak.. kali ini… depa ambik report siap ada no report lagi..kalau x pn mama nak report kat FB Maxis makan duit orang.. x payah pakai Maxis pakai je Digi ke Celcome ke xpun yang I tune tu lagi senang... 
“Oiii Maxis, aku nak Kredit aku balik lah Pekak…”

3) Yang ini jadi masa minggu lepas sabtu minggu lepas..pn mama ajak adik pn mama pergi ke C-mart arau sebab nak beli barang… Kali ini naik motor…waktu pergi ada lagi minyak motor… Time balik… sampai simpang nak masuk umah Bonda pn mama ..minyak motor Habis… Nasib baik ada Jiran kat situ nak tolong bagi minyak.. kalau x ..bertolak sakan pn mama dengan adik pn mama.


4) Yang nie pn mama rasa paling teruk dan paling pn mama akan berjaga-jaga kali ini… 
cerita ini di entry yang berikutnya..

Tuesday, September 21, 2010

Walimatul urus Kawan-Kawan

Raya tahun ni juga ramai yang buat kenduri kahwin ,pn mama tidak terkecuali menerima jemputan sahabat ke majlis kesyukuran mereka.Antara Jemputan yang pn mama dapat Paling jauh Terengganu, dan Paling dekat Sikit Alor Star. 
Pasangan2 itu adalah
1. Kak Sue dan Abg Alwi( Terengganu)
2. Abg Man dan Kak Dina( Alor Star)

Tanggal 12b Septembar 2010 bersamaan 3syawal-(kak sue dan suami) 
Untuk Kak Sue( Staf PID) sorry Kak sue, x dapat
pergi jauh sangat terangganu tu…,hanya doa sahaja yang dapat ku kirimkan khas buat kakak

Tanggal 13b September 2010 bersamaan 4 Syawal (Abg Man dan Kak Dina)
 mintak copy dari Fb Abg Man...

Bang Man pulak adalah Kawan Baik pn mama  dalam erti kata lain Ex-Classmate pn mama masa sama2 belajar dulu….sama-sama buat assigement , sama-sama cari formula untuk kelas en Halim... walaupun abag Man nie Tua setahun dari pn mama..but pn mama Happy masa kawan dengan dia.

Tahniah dari Pn mama sefamily Semoga Allah memberkati kalian dan suami/ isteri  serta kekal hingga ke akhir hayat.

Tu baru Kawan2 pn mama , x masuk lagi kawan En abah … pun ada jugak..

.
Apa yang istimewa sekali raya tahun ini, di walimah Abg Man , pn mama sanggup ambik cuti semata-mata nak pergi ke Walimah abg Man kerana Dah bertahun 2 juga pn mama tak berjumpa dengannya.Ala-ala reunion gitu..

Pn mama mengambil keputusan untuk pergi di sebelah petang dalam Area Kol 1.00 Tghari , kerana ada antara kami yang bekerja setengah hari.. maklumlah, Hari Isnin, Nasib baik En abah ambik cuti sebab nak selesaikan hal penting ..kalau x nampak gayanya x pergi jugaklah pn mama nie.. 

So pn mama kol Faridatul..nasib baik ada FB .. kat situlah pn mama jumpa dia kembali setelah ber tahun2 x jumpa selepas masing tamat latihan mengaji. 
Setkan time untuk pergi . Kitaorang hanya dapat sampai di kawasan umah beliau pada pukul 2.30 petang.
Anak2 ???pn mama x bawak ok..semuanya pn mama hantar pengasuh…

terjadilah pertemuan beberapa mata di antara kami, warga DTM 2002 , wah rindunya zaman tu… Walaupun tak semua yang datang,
tapi sudah cukup membuatkan kami semua gembira, mengimbau kembali kenangan-kenangan sewaktu belajar dulu… walaupun pn mama just jumpa Faridatul dan Pengantin je al-maklumlah dah lewat bebenor datang..Janji jumpa… waktu kitaorang sampai, pengantin dah selesai makan damai dan upacara mengambil gambar di pelamin.. So, kami ikut keputusan majoriti, kami pun amik makanan dulu lah.. Lauknya boleh tahan.. banyak jugak , Cuma layan diri… x mcam kenduri pn mama dulu hidang.. he..he.. teringat balik zaman kahwin dulu.. Boleh x kalau pn mama nak kenduri sekali lagi…gilakan pn mama..

Lepas sahaja menjamu selera,pn mama ajak Faridatul jumpa pengantin…sebagai tanda pn mama dengan Faridatul pergi majlis dia… Tapi biasalah bila jadi Pengantin nie tak dapat nak melayan kita lama-lama.Almaklumlah jadi Raja sehari ,Bercakap sekejap, bersalam dengan pengantin perempuan.. Terus pn mama mintak diri pulang…al-maklumlah 2 ketul Mas tu,  cukup time kena p ambik…

Yang bestnya jemputan Abag Man nie bukanya berkad2 macam zaman pn mama dulu,zaman canggih la nie.. al maklumlah tiap2 ari dok jumpa jugak tapi dalam FB lah… jemputan pun pakai FB…kan untung.. x payah perabihduit nak beli  setem ...

 Bila berjumpa sekejap, macam tak puas. Walaupun sekejap, dapat jugalah melepas rindu, walhal tiap2 ari jumpa di FB boleh dikatakan  tiap2 ari..tapi bila jumpa Real… syoknya sampai x tahu nak cakap.

Doa untuk Pengantin Ikhlas dari pn mama sefamily 

"Ya Allah, Ko Satukan Lah Hati Umat Mu Ini, Sepertimana Kau Satukan Hati Adam Dan Hawa, Dan Sepertimana Kau Satukan Hati Muhammad S.A.W Dengan Siti Khadijah."
Semoga Tuhan Merahmati Kamu Wahai Sahabat, Semoga Kamu Kekal Ke Akhir Hayat, Semoga Ceria Kamu Hingga Ke Anak Cucu..

Monday, September 20, 2010

Aidilfitri 2010 Di Perlis


Salam Aidilfitri untuk semua... alhamdulillah... Syawal sudah masuk hari ke10 kita lalui ... dan hari ni pn mama sudah mula bertugas semula.Setelah 4 Ari pn mama bercuti menghabiskan MOOD Hari Raya . Pn mama x ambik cuti panjang pun, 14hb pn mama dah masuk kerja.. lepas tu 16hb dan 17hb pn mama ambik pulak cuti raya ..
al maklumlah New Contrak ..so x beranilah nak ambik cuti lama2. lagipun En Abah x ambik cuti Raya pun… Kedekut Punya Orang…

Seperti biasa... rasa cukup sayu meninggalkan ramadan yang lalu.. tahun depan semoga kita masih merasai nikmat ramadan lagi... dan melalui Syawal yang cukup meriah dan bermakna... 
alhamdulillah.. Aidilfitri yang pertama.. pn mama buat pertama kalinya berjaya dengan Hati yang Ikhlas dan Tenang..walaupun sensetif sikit bab dengar Takbir Raya, tapi masih Cool.. menyambutnya di rumah Mertua  di Kampung Gunung Medan Utan Aji Perlis, 
setelah 3 tahun berkawin... hiks.. 2 tahun yang lepas... 
kami menyambutnya di Kampung Pekan Sebelah Bujang , Kedah ... untuk tahun keTiga ... biarlah pn mama sekeluarga merasa kemeriahan di rumah keluarga sebelah suami pula, walaupun pada malam di umumkan Raya , en abah ada kelongaran untuk beraya di kampung pn mama but pn mama tekadkan hati .. tetap dengan keputusan yang sama, keputusan nie pn mama yang buat tau…wa…wa… walaupun... sedih sangat... tapi adat berumahtangga... kena ada tolak ansur... so.. dah mama akur dengan keputusan sendiri.

Beraya di Perlis taklah banyak bezanya beraya di kg sendiri... cuma diorang tak de buat lemang sebelum raya... Tapi Nasib Baik.. Mil ambik upah buat ketupat.. so adalah untuk cucu dia nak makan nanti.. 
Al Maklumlah Menantu hantu dia nie x pandai buat ketupat. dan tahun ni juga... abang ipar dan keluarga pulang beraya di Bukit Merah Perak..so yang tinggal hanya pn mama sefamily, adik ipar pn mama, MIL dan FIL pn mama.
Malam raya macam biasa...pn Mama p umah Mil sekejap je  ..lepas tu en abah ajak p Bazar adilfitri.. 
almaklumlah nak lelong barang2. Ramainya orang sehinggakan x leh nak jalan.. pn mama danlah rembat 1 helai tudung untuk Mil .. sebab tiap2 tahun pn mama beli tudung kat dia..tapi En Abah yang bayar.. Pn mama x bermalam di umah MIL pn mama..Oleh sebab umah Mil yang x pernah nak siap2 …so pn mama dan en abah bermalam sahaja di umah kami di bintong… so pn mama happylah… sama2 merasa malam raya di umah sendiri tidak di umah ibunda masing2. adilkan…

Dalam Area kol 9.30 pagi selepas sembanyang Raya , So tuju umah PIL ..Pn Mama seperti biasa... segan nak ambik gambar di rumah mertua ni... so.. xada gambar…walaupun gambar Sefamily ..al maklumlah segan nak suruh BIL jadi juruphoto. So Tahun nie 
"Elek… No Picture…. "
Sekian Terima Kasih… 
Kalau belah pn mama ..adik pn mama anytime je jadi juruphoto. Tema Tahun kali nie  
 "BIRU TUA "
.. selepas acara maaf bermaafan ...so pn mama SEFAMILY pun tujulah umah adik beradik En Abah, 1 Umah Makngah en abah sebab dekat je… depan umah PIL je.. lepas tu Umah Tok-long En Abah, Oleh sebab hari jumaat..so kami raya x lama.. lps Jumaat pecut p Malau Kedah… jumpa Wa ( kakak Mil) dan Tok (Mak Mil). Beraya kat sana..sebab Ramai… anak Wa saja dah 7 orang..semuanya datang berhimpun.. cucu kat 10 orang… 
Malam Raya Pertama, Kami Sefamily cabut balik ke Kedah... dok sana lama sikit sebab Raya ketiga baru balik sini... 

Apapun... alhamdulillah.. raya pertama di rumah mertua... selamat pn mama lalui... terima kasih untuk mak dan ayah ... layanan untuk menantu yang tak seberapa ini... hahahaha... terima kasih banyak banyak.

AWARD PERSAHABATAN DARI CIK IMMA..

Salam Bersiaran kembali… setelah berminggu2 pn mama bercuti daripada berblogging… rindu??? Memang pn mama rindu kat blog pn mama… sebabnya pn mama dah lama x ceritakan mengenai Puasa, Raya …asyik tetangguh je..bukan apa no idea…ha..ha.. so ari ini pn mama nak bayar hutang .. dulu… x baik dok tangguh nie..betul x?..


Award Persahabatan 2010 ni pn mama terima dari Cik IMMA Kuala Kurau
Thanks Cik Single sebab anggap pn mama nie salah seorang sahabat dalam dunia blogging :)
Pn mama dah anggap Cik Single nie  sahabat baik n adik (boleh ke tu ?? sebab pn mama dengan dia sebaya) di alam nyata dan alam maya ...

1). Bagi pulak award nih kat 5 org yg korang rase ada nilai-nilai persahabatan yg baik dalam dunia blogging nih ; Pn iera, Pn Nunu, Cik Tim, Pn Suria dan Pn Lieya 

2). Apa nilai persahabatan yg ada pada setiap pada 5 org tu?

Pn Iera : Teman sekepala, teman yang paling Baik…. Tq banyak2 Iera, Tragedi kat Hotel Malaysia Sg Lalang x akan aku lupakan sampai aku Mati… lebiu Iera .. :) kalau Ko x ada silap haribulan aku mati kot.. 

Pn Nunu: Teman yang Tua setahun dari pn mama, but pn mama rasa sebaya je.. Teman tempat meluahkan segala permasalah Bab2 yang sensetif…he..he… tulah pasal Nama anak pun sama… Pn Nunu ,( Irdina Qaisara) pn mama ( Uzma Irdina) ha..ha…

Cik Tim: Teman sepusat dan sepusing… al maklumlah sama2 anak kedah.. so apa2 hal @ aktiviti mahupun kursus ke pn mama mesti cari dia… he..he… kira macm Twinlah nie.. 

Pn Suria: seorang yang baik dan tegas orangnya… sebab tu best kawan dengan Kak Su.. Di masa belajar dulu, pn mama anggap pn Suria nie mcm Kakak pn mama sendiri al maklumlah x ada kakak. Namun kami perpisah lama selepas masing2 tamat mengaji … al maklumlah seorang di utara seorang di selatan tanah air..airnya di Intenet bertemu juga… 

Pn Lieya : Sahabat Online.. yang baru kenal , tapi mcam dah lebih 10 tahun kenal… best baca blog dia…

3).Sila bgtau apa perkara paling hebat pernah korang buat sebagai sahabat..untuk kita semua jadikan panduan dan ikutan kan.

Paling Hebat????. Tiada Yang hebat pn mama lakukan … yang penting hati yang ikhlas dan kemuliaan dalam persahabatan… teman yang sejati amat payah di jumpai… so hargailah sebagai mana anda menghargai diri anda.. Terima Kasih Buat Teman , Sahabat , Kawan … yang menjadi sahabat sejati pn mama.. Jasa Kalian , semangat kalian, dan segala-galanya pn mama ucapkan berbanyak terima kasih…

Walaupun di suruh senaraikan 5 sahaja…. Tapi bagi pn mama … kawan pn mama adalah berjuta2 orang….

SELAMAT HARI RAYA ADILFITRI , MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Thursday, September 2, 2010

Salam Bersiaran............

Salam bersiaran… semula wah rasanya dh lama pn mama x menjeguk blog kesayangan pn mama nie… 
di sebabkan ketiadaan Internet di tempat kerja pn mama selama seminggu 
sehinggakan pn mama rasakan dah teramat-amat sunyi sekali….mcam orang putus cinta tau… I miss U abg net.. abg Fb…wa…wa..wa…wa… 
Miss je tau  love2 just untuk cik abah je… orang lain… ada lah jugak… nak tahu siapa mestilah My little princess kan…ha..ha…

Baiklah memandangkan raya pun nak dekat, pn mama nak ceritalah serba sedikit persiapan raya yang pn mama buat… Memandangkan pn mama nie terlampau excited yang keterlaluan ..so pn mama shopping x ingat dunia..makanya baju raya anak2 terlebih daripada peruntukkan yang sebenarnya.. he..he..he. setahun sekali je kan…

Untuk pn mama dan en abah dah pun siap pn mama beli… I pakai duit I ok..not duit Hubby…Tengok punya baik bini isteri kan… Pn Mama???. Kat sini pn mama nak kasi tau dengan muka x tau malu yang pn Mama ada Baju Raya kat 10 pasang…wah banyaknya… he..he… Banyakkan ….tapi kalau betul2 baju raya hanya ada 2 pasang je..1 pasang raya tahun lepas yang punya…1 pasang lagi en abah yang belikan.. yang lagi 8 tu , hadiah lahir lahir dari adik pn mama n Bonda pn mama.. ada jugak yng pn mama beli sahaja nk pakai p kursus .. tapi memandangkan tahun nie 1 je kursus so pn mama x pakailah…ha..ha… 

Oklah duit RM 1 untuk kasi budak2 pun  dah pun tukar..yng itu en abah yng tukar , sebabnya… Kali ini pn mama beraya di negeri kelahiran en abah…  
Perlis Indera Kayangan..
but
Kedah Darul Aman 
ang tetap di hatiku… wah gitu… 
Kenapa pn mama beraya di sini pada tahun ini.. sebabnya nak berlaku adillah.. al maklumlah 3 thn kahwin , 2 thun berturut raya di umah Nenekanda pn mama di Negeri Jelapang Padi tu... .. 
so kali nie bagi can lah pulak… Kalau dulu mula2 baru kahwin , pn mama letak syarat Raya Posa umah bonda pn mama tiap2 thn so kali nie pn mama mengalah… (dalam hati , boleh x kalau raya di postpone ke tahun depan)… 
mengamuk rakyat Malaysia nnti… Macam mana iyer?... 
Adakah Korang Yakin , airmata pn mama x berderai di pagi syawal nanti… walaupun ada anak2 dan laki suami di sisi. nie First Time nie.... 
Sedih Tau... 


Dah la tu.. pn mama nk rilex sat… dalam hati dok tengah ujan lebat nie… xada moodlah nak cerita sambung esok lah pulak…

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...