Friday, September 24, 2010

Genap Setahun...



Nur Uzma Irdina Nama diberi...
Maksudnya Cahaya Terbaik kebajikan dan keberkatan ...
Hari ini Genap la Setahun Uzma Didunia ini...
Semoga Menjadi Anak yang solehah, Insan yang baik hati dan Hidup Dirahmati baik Duniawi mahupun Ukhrawi...
Amin...

Anak Mama Si Uzma Irdina ... dah besar dah ... hari ni cukup setahun... akalnya dah panjang... problem solving pun mama tengok dah pandai... cepat follow apa yang akak , mama dan abah buat... Uzma adalah hadiah yang sangat2 berharga buat Mama ... Kehadiaranmu Memberi sejuta Rezeki buat mama dan abah …
Mama akan menjaga Uzma semampu mama ... Insyaallah... Mama sayangkan mu nak... terlalu sayang sehingga tak boleh nak di gambarkan dengan kata2...
Nama : Nur Uzma Irdina Binti Sabri
Tarikh Lahir: 24 September 2009 @ 5 Syawal
Waktu Kelahiran : 8.45 pagi
Berat masa lahir : 2.4 kg

[cerita tentang proses kelahiran Uzma ada di sini ... Kalau nak di ceritakan di sini terlalu panjang. Namun semuanya masih segar lagi dalam ingatan mama...

Uzma x banyak ragam, suka tidur.. kalau boleh 24 jam.. Terlalu baik semasa dalam pantang..but sekarang nie..pantang tinggal sikit mulalah meraung macam kena cubit.

Mama bangun pagi je, mulalah si Uzma nie dok merangkak turun dari tilam cari mama.. x jumpa meraung satu umah… Almaklumlah anak Mama..akak pulak dah jadi anak abah.

Sedar x sedar, anak mama dah besar rupanya..sekejap je masa berlalu…
Anak mama makin membesar... Mama doakan anak mama sentiasa bahagia... dunia dan akhirat... permata hidup mama... hadiah terindah daripada Allah untuk mama... Amanah Allah untuk mama... semoga jadi anak yang solehah... amin...

SELAMAT HARI LAHIR NUR UZMA IRDINA...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...