Monday, April 18, 2011

Tanggungjawab Bapa Selepas Anak Dilahirkan

 
1. Menanam uri Kebanyakan daripada kita tidak menghiraukan tentang kepentingan uri. Di saat-saat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil uri, klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan diderma ka...n kepada syarikat swasta.   Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan. Sebahagian ibu bapa cuma membuang bayi dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi didalam kandungan Uri amat penting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam, Adab ini adalah baik kerana menghargai sesuatu. 
 
  2. Mengazan dan mengqamatkan anak Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani.  
 
3. Mendoakan anak Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaanya. Doa- Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah.   Lima perkara yang memepengaruhi jiwa dan harapan orang yang berdoa:-
 
a. Dengan berdoa, maka semakin tumbuh subur keyakinan bahawa Allah SWT itu dekat.
b. Segala permohonan dari hamba-Nya akan mendapat perhatian sepenuhnya daripada Allah SWT.
c. Supaya doa itu diterima Allah SWT, maka orang yang berdoa terlebih dahulu menjalankan petunjuk dan anjuran Allah.
d. Hendaklah percaya dengan kesungguhan hati dan keimanan kepada Allah SWT.
 e. Dengan menjalankan seruan Allah dan percaya kepada-Nya maka Allah akan memberikan petunjuk dan ilmu pengetahuan agar tidak tersesat dan berputus asa.  
 
Antara doa-doa yang patut diamalkan oleh orang tua agar anak- anak mereka menjadi orang yang diredhai Allah iaitu :
 a) Doa agar anak patuh kepada Allah - Al Bagarah : 128
b) Doa agar diberi anak yang baik - Al Imran : 38
c) Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati - Furqan : 74
d) Doa agar anak tetap mengerjakan solat - Ibrahim : 40
e) Doa ketika memberi nama anak  
 
4. Panduan menamakan anak   Sunat memilih nama yang baik kepada anak. Memberikan nama kepada anak merupakan cermin keperibadian dan kefahaman orang tua, kerana nama yang diberikan menggambarkan harapan hati dan harapan orang yang memberikannya. Masa memberikan nama dan orang yang berhak memberikan nama.- Berdasarkan kepada beberapa hadis Rasulullah SAW, maka memberikan nama bagi bayi dapat dilakukan pada hari lahirnya ataupun 3 hari sesudah kelahiran. Jika belum, boleh ditunda hingga sampai perlaksanaan aqiqah -
 Siapa yang berhak, ayah atau ibu. Sebenarnya ianya boleh dibincang antara suami dan isteri ketika ingin memberi nama. Menurut Nasyaat Al-Masri, hak memberi nama diberikan pada ayah     

Friday, April 8, 2011

I Love U...


Sinopsis Sinetron CINTA DAN ANUGERAH

NABILA (NABILA SYAKIEB) adalah gadis sederhana yang cantik dan baik hati. Ia tinggal bersama kedua adiknya AIRA (YASMINE WILDBLOOD) yang cantik, periang tapi ceroboh, dan MINI (WILDA HAMID) yang pintar, alim tetapi kuper. Selain itu, Nabila juga hidup bersama ayahnya, IMRAN (DONNY DAMARA), yang sering mabuk-mabukan. Karena ulah ayahnya, Nabila pun mau tidak mau harus menanggung beban keluarganya.Beban hidup Nabila semakin berat setelah ayahnya kemudian meninggal dunia karena serangan stroke. Tidak hanya itu, ternyata ayahnya meninggalkan hutang yang cukup besar sehingga membuat Nabilla dan adik-adiknya harus kehilangan rumah, harta mereka satu-satunya. Ayahnya hanya meninggalkan sebuah surat yang isinya memberitahukan bahwa Nabila dan adik-adiknya masih memiliki kerabat dekat dari ibunya, REZA (ASHRAF SINCLAIR), seorang pengusaha kaya. Walaupun tidak yakin Reza akan mengenali mereka, Nabila, Aira dan Mini pun nekat mendatangi rumah Reza.

Kedatangan mereka ke rumah Reza disambut dingin oleh Reza. Setelah membaca surat dari Imran, Reza yang ternyata tampan dan angkuh ini pun menerima mereka bertiga untuk tinggal di salah satu pavilion rumahnya, dengan syarat mereka harus bekerja di rumah megah Reza. Nabila pun menerimanya dengan senang dan berjanji akan melakukan apa saja untuk membalas jasa Reza. Reza hanya tersenyum angkuh.

Lain halnya dengan Reza, SAIRA (CUT SARRA), kakak Reza yang juga tinggal di rumah tersebut bersama ketiga anaknya, CHINTYA (EVA ANINDITA), RYAN (GIOVANI L. TOBING) dan SONI (KEVIN JULIO) tidak menyukai kehadiran Nabila, Aira dan Mini. Terlebih lagi ketika Saira dan Chintya mengetahui bahwa AVIAN (MILLER), orang kepercayaan Reza yang disukai oleh Chintya malah jatuh cinta dengan Aira.

Tidak hanya Avian, Reza pun mulai terpesona dengan kecantikan Aira. Padahal diam-diam Nabila menyukai Reza. Namun Nabila tak ingin menyakiti hati adiknya. Sampai suatu saat Reza melamar Aira untuk dijadikan istri. Aira bingung, di satu sisi dia cinta ke Avian. Di sisi lain, ambisinya memang menikahi orang yang super kaya. Aira pun menerima lamaran Reza. Tapi hati nurani tak bisa dibohongi. Aira memutuskan tetap bersama Avian. Pada hari pernikahannya, Aira kabur sehingga Reza sangat malu dan marah. Harga dirinya terusik. Untuk balas dendam Reza pun menikahi Nabila.

Bagaimanakah kelanjutan hidup Nabila di rumah itu?.. akankah ia dapat menaklukan hati Reza dan menghilangkan dendam di hatinya sepeninggalan Aira?.


A’skum semua...
Wah dah lama pnmama x update blog tersayang pnmama nie... Oklah pnmama nk cerita n berkongsi banyak hal... wah mcam lah DIVA kan.... perasan ..penampar sedar di muka sendiri ok...
Oleh sebab banyak cerita nk kongsi dgn anda semua,... so pnmama akan cerita dulu mengenai FAV Sinetron Indon yang pnmama layan sesangatnya sehinggakan pnmama dah jatuh cinta dengan Lakonan mereka... wah gitu....
Pnmama mulanya , x berapa nk minat sangat pasal cerita sinetron nie... Almaklumlah berderet2 sampai x ketahuan hala cerita dia... posing2 kat situ dah la tu sampai 200 lebih episod... Namun segalanya berubah,,,, ha..ha...
Cik Abah suka sangat tengok cerita nie... lepas balik kerja dalam kol 6.00 x silap , terus pasang TV9 . tengok cerita nie.... Pada mulanya pnmama join jugk tengok... itupon tiap2 ari jumaat je.,.al maklumlah akasia kan sampai khamis je... xda cerita lain so layan je lah...
Kalau tengok CDA, para pelakon dia cantik2 dan hensem2 weyh terutamanya hero-hero dia , Gio... Ashraf Sinclair(Pelakon Malaysia) & mitller tapi di hati pn mama I love U Gio....
Kenapa pnmama suka Gio...sebabnya kasih sayang n cintanya pada Nabila... punya setia..sampai gila sbb sayangkan Nabila...sanggup tunggu n berkorban demi kebahagian Nabila (time Nabila Hilang Ingatan)... Kan Untung kalau semua Lelaki macm tu di dunia ini...

Bab lain pn mama x ambik kisah sangat ..sebabnya asyik ulang Tema yang sama...n cerita yang hampir2 sama...

Monday, April 4, 2011

Dah Tua dah pon....04/04/1984

happy.birthday.to.me.
happy.birthday.to.me.
happy.birthday.to  atie .
happy.birthday.to.me

ALHAMDULILLAH...
Hari ini sudah 27 tahun pnmama dibenarkan hidup di muka bumi Allah ini.
Today is My birthday  yang ke 27.
Pejam celik pejam celik rupanya dah 27 tahun pnmama  kat atas dunia ni..


Dengan perjalanan seorang hamba Allah yang belum cukup sempurna...
dari segi Ibadah dan Tanggungjawab... namun pnmama bersyukur kerana di usia sebegini pnmama sudah di kurniakan hadiah yang paling bermakna dan berharga dalam hidup pn mama ... sebagai seorang Isteri... & sebagai seorang Ibu...
Dua Puteri yang comel2 belaka... yang banyak kerenahnya di kala pnmama kesedihan ..tersenyum juga melihat telatah mereka...

Terima kasih juga buat teman-teman FB.. yang dihujani dengan ucapan2 yang hebat2 belaka... pnmama cukup2  terharu. Biarpun hanya sekadar ucapan ..namun ingat jugak korang kat pnmama iyer... sms daripada ahli keluarga dan teman2 .
Hari ini cukup indah ! teruja , Ghairah dan meriah...

Dari Cik Abah?.... Mestilah something special... tapi x taulah... apa kah kejutannya..
Buat masa sekarang ini hnya sms pengirim kata2 dari cik abah... walaupun ringkas tapi pnmama xkisah... itu tanda U ingat Birthday I jugakkan...

Antaranya (apakah azam tahun nie)... Tahun nie , pnmama xada azam terbaru..cumanya pnmama inginkan rezeki yang halal dan melimpah ruah  serta  jauhkan daripada dugaan yang betul2 menguji kesabaran pnmama itu sahaja...
Apa yang penting... My Target... hnya pn mama dan Allah sahaja yang mengetahui...


Pn mama  mahu jadi Hamba Allah yang bertaqwa, anak yang solehah, Isteri yang  mithali, Ibu  yang bertanggungjawab, pekerja yang telus dan dedikasi  :)

Harapanku, moga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sudah, rezeki lebih murah dan lebih tekun beribadah. Amin~

Friday, April 1, 2011

Banjir kali ke 2

Ari nie entry mengenai cerita gambar2 di bawah…
 *
*
*


*
*

Belum cukup setahun perlis di landa banjir besar,dalam fikiran pnmama , baru je 4@5 bulan yang lepas tahun je yang baru...
…. Kali nie pnmama n sefamily kena hadapi banjir untuk kali ke 2. 
Pada hari rabu 30 Mac 2011.. air mulai naik selepas hujan lebat dua ari tidak berhenti2…

Alhamdulilah, kali nie xlah sekecoh dan seteruk masa bulan Nov ari tu.. al mklumlah dah ready dah… untuk main air banjir  selamatkan harta benda….. 
Oleh sebab kali nie air bah memasuki ruang umah pn mama dengan kedatangan yang lemah gemalai(air naik dengan sikit2) … so ianya nk p pon degan lemah gemalailah jugak…
Agak2nya bila ang nk surut iyer air bah….

Oleh sebab kali nie x teruk..so pnmama xberpindah pon ke umah MIL pnmama…
alhamdulilah sangat2… dok umah je jaga anak2 n tengok umah… tu je kerja pnmama sekarang nie.... 
Masak??? Xpayah sebabnya cik abah akan pulang ke rumah dengan bekal nasik 
untuk orang yang kena banjir… 
Tulah kelebihannya kerja dengan JKR..dapat makanan free..
Al maklumlah pnmama kan malas masak..

 masa bulan 11 ari tu, anak2 pnmama x merasa sangat main air banjir sebabnya menumpang di umah mil.. kali nie pn mama bagi si tembam n si debab main puas2… termasuklah pnmama sekali…

Namun pnmama bersujud syukur n alhamdulilah semua ahli keluarga pnmama  tak terkena musibah ni, semua selamat sebab mungkin kawasan rumah tinggi sikit dari kawasan lain.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...