Friday, March 9, 2012

Mak buyung dah mengidam

Salam ari Jumaat, he..he.. dah petang dah pon..malam nie ada Pasar Malam Simpang Empat…
Pnmama menulis post nie sbb tetiba teringat dan teringin untuk makan

Putu Buluh / Putu Bamboo..


 yang en abah belikan dua ari lepas… sedap.. al maklumlah Mak buyung dah mengidam

 Bila pnmama  teringat balik masa aku kecik-kecik  dulu, pnmama bukannya makan pon PUTU Buluh nie…yang Pnmama makan hanya

PUTU AYU




&  PUTU MAYAM…HA..HA…


Dulu Pnmama dok Qrts Felda, tiap2 petang ada Pakcik  Salleh nama dia … bawa moto jual PUTU Mayam… memang sedap.. tambah sedap.. bila cicah dengan Gula Melaka & Kelapa Parut… Kiranya makan petang Pnmama dengan adik2 pn mama lah.. tambah2 kena pulak dengan air tea O panas2… layan…

Tapi kali nie , pnama nak Makan PUTU BULUH…….Nyammmmmm..teringat ari Isnin, ari tu.. en abah belikan PUTU BULUH.. ALA..lebih kurang putu piring lah jugak… Sedap… x sabarnya petang nie nak beli…

Sebelum2 nie, pnmama  n en abah x pernah makan pun putu Buluh nie… Just dulu masa dok kat Repoh, Umie  a.k.a Pengasuh akak selalu pesan .. belikan mereka Putu buluh kalau pergi Pasar malam Kangar…

Semasa si adik ..a.k.a Uzma Irdina lahir En Abah idamkan nak makan Char Keteow…
Kali ini en abah Idamkan makan Putu Buluh… ha..ha…

Harga pon x mahal.. 1 RM0.35 sen je….

Jemput makan…


‎20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.


1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!


**Jadi, hargailah saat-saat anda bersama anak anda!**

Tuesday, March 6, 2012

Tahniah..Tahniah...

                                                          Lavienda Namiraz

GAMBAR CIPLAK DARI Laman web nie... Jangan Marah Abg Nara...

Tahniah Bienda dan Suami ..


Kata Bienda:-
Nama Lavienda diilhamkan daripada gabungan nama saya dan salah satu watak dalam telenovela Latin yang saya gemar tonton ketika mengandung dulu. Kebetulan pula, suami juga ada nama pilihannya iaitu Namiraz yang diambil daripada nama Zariman yang diterbalikkan. Untuk berlaku adil, kamu gabungkan dua nama itu.


Kenapa pnmama entry kan kisah ini..sebbnya Pnmama suka nama itu..

 so sebagai kenangan pnmama abadikanlah dalam blog pnmama nie..

i like...

Friday, March 2, 2012

Kata- Kata Yang Menyentuh Jiwa Pn Mama

‎' Dhia, Abang tak tahu apa akan jadi esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan, ataupun sepuluh tahun kemudian, Abang tak boleh ramal nasib kita berdua, tapi sebagai seorang suami yang bertanggungjawab, Abang akan berikan cinta Abang, hati Abang, seluruh jiwa Abang pada Dhia. Dan yang penting sekali, Abang akan bahagiakan Dhia seumur hidup Abang. Abang janji.'kata-kata Zikir kepada Dhia..

"Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.Sama ada awak nak jadi isteri saya sepenuh ke, setengah ke , suku ke, saya terima dan saya redha…”kata-kata dari Seth Tan buat Nora Elena…


Aku akan jadi yang terbaik, dari yang terbaik untuk meraih cintamu…dan aku takkan  berhenti sehingga cinta kita bersatu” kata –kata Suffian kepada Raihana

Tahniah... Tahniah...



‘Cahaya Malaika’,  membawa makna ‘Cahaya Permaisuriku’
GAMBAR CIPLAK DARI GOOGLE..
Tahniah Ekin dan Mawi..Setelah hampir 3 tahun menunggu..
xsia2 usaha korang iyer…
Dulu , sewaktu Mawi Top megetop gitu..pnmama memang TERgila2kan mawi tau… sampaikan kalau pnmama kahwin nak namakan anak pnmama dengan nama Asmawi… ha..ha…
 Kisah lama… My Boyfriend.. opp silap My Ex boyfriend…  
Apa-apa pun tahniah… memang comel ..macam bapak dia…

Thursday, March 1, 2012

Entry Basi , pnmama barukan..

Salam Petang Khamis… wah 01 mac 2012… tinggal beberapa ari lagi je .. kontrak PSH pnmama nk habis…wa..wa..wa… tambah2 pnmama nk meletup sangat2 nie..lagilah isau…

Tinggalkan kisah sedih… entry  kali nie ..bukan pasal sedih2 tapi cerita si adik… Sebelum-sebelum ini pnmama ada ceritakan mengenai perkembangan si akaknya.. so nk bagi adil pnmama ceritalah pasal si adik pulak…
Pada 30 Oktober 2011..wah cerita tahun lepas di entry barukan….
Adik Uzma sudah pun di SUNATKAN .. DAH jadi anak DARA DAH NIE.. Tempat yang sama si akak Qashrina di sunatkan , doc yang sama ..semuanya sama belaka…
Lagipun Mahsuri Medical Centre tu tempat adik di lahirkan..
Kata orang, setiap anak lain ragamnya.. macam jugak adik.. lepas je operasi terus ngis.. xnak jalan x macm akak dulu.. mcm xada apa2.. siap mintak beli soya tin lagi..
Tapi selepas En Abah cakap, nk belikan hadiah sbb adik dah sunat.. Terus berhenti ngis .. adik2..peragai ko mcm pnmama jugak je… manja…
Nak Tahu en abah beli apa?????...
Nie dia…

Basikal Colour PINK yang harganya RM 89.00 .. sebab tengah OFFER…pada mulanya pnmama nk ambik colour lain , almaklumlah kang bergaduh pulak dgn si akak..(Hantu PINK).. Oleh sebab adik dah mula naik.. xnk turun2 , en abah  n pn mama redha jelah..
Lagipun sebelum nie, akak dah ada basikal tapi warna OREN yng di beli oleh TOK Wan dan TOK mama sempena  KEPUTERIAN  AKAK yang ke 3 tahun.. sbb warna PINK x ada..
 Lagipun Basikal tu ada kat Umah TokWan .. kan tiap2 minggu Balik sana..
lepas je bawak balik umah.. Basikal PINK Tersebut menjadi KEPUNYAAN SI AKAK..
ADIK PULAK....tu basikal OREN .. sebab apa...
Akak : Adik kecik lagi, nnti jatuh.. adik naik basikal kecik sudahlah...
adik : tanpa soal.. naik jelah....
KESIAN KAN... ITULAH NAMANYA ADIK..BERKORBAN DEMI AKAK...

Pujian Madam Boss...

Nama untuk baby..

Sekarang dah nak masuk 8 bulan...



Alhamdulillah... lagi 1 bulan lagi... Adeq Qashrina &; Uzma  
 bakal lahir...

Sebenarnya entry kali nie , nak kasi tau  nama untuk baby kali  dah sedia ada..



Kali nie pilihan pnmama  hanya 1 sahaja…
 x banyak macam kakak-kakak dia…
sebabnya pnmama memang minat sangat dengan nama itu..
En Abah?... dia x kisah janji nama tu ada maksud yang elok dan baik untuk anak dia sudah..
almaklumlah nama anak-anak dia sebelum nie kan pnmama yang senaraikan…
Cuma pilih senangkan





So kali ni... kalau betullah ramalan doktor mengikut scan hari tu...

pnmama dah scan dah 3 kali tau untuk pengesahan..

almaklumlah xberapa nk yakin…

Tapi semuanya kuasa Allah..

pnmama terima dengan Redhanya..

tpi kalau boleh tu,
Kabulkanlah Doa kami Ya Allah…

Untuk  Nama lelaki dah pun tersedia...

Still bermula dengan huruf berlainan dengan pnmama dan en Abah Ok..
No For “S” & No For “R”… full stop…

Namun yang belakangnya tetap sama macam nama kakak-kakaknya juga..

Kalau  yang sulung “IMANI

Yang No 2 “IRDINA

SO yang ke Tiga pun kenalah ada “I” jugak….



Apapun buat masa ni biarlah dirahsiakan dulu...


Tapikan kalau tetiba tup-tup keluarnya gegirl cam

 Kakak-kakaknya ...

Ha sudah... tak de nama plak dah...sbb pnmama

 x cari lagi

 n

 xberapa nk berkenan sangat nama-nama yang sudah tersenarai

masa mencari nama untuk kakak-kakaknya.


Kena fikirkan jugak... kita mana tahu...

Scan-scan lelaki.. tetiba keluarnya perempuan..kan..
Kena bersedia juga...

Semuanya tuhan punya kuasa...
 

Tapi mama tak pernah kisah...

Baby kat dalam ni lelaki atau perempuan...

Lelaki pun.. anak mama...

 klu perempuan pun tetap anak mama...

Yang penting... sihat dan selamat semuanya....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...