Tuesday, March 29, 2011

Nak sedapkan hati pn mama yang sedang gundah gulana



Oh Bangau oh Bangau
Kenapa engkau kurus
Macam mana aku tak kurus
Ikan tidak timbul
Oh ikan oh ikan
Kenapa engkau tidak timbul
Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat 2x
Oh rumput oh rumput
Kenapa panjang sangat
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku2x
Oh kerbau oh kerbau
Kenapa engkau tak makan rumput
Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit2x
Ok perut oh perut
Kenapa engkau sakit
Macam mana aku tak sakit
Makan nasi mentah2x
Oh nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah
Macam mana aku tak mentah
Kayu api basah2x
Ok kayu oh kayu
Kenapa engkau basah
Macam mana aku tak basah

Hujan timpa aku2x
Hujan oh hujan
Kenapa engkau timpa kayu
Macam mana aku tak timpa kayu
Katak panggil aku2x
Katak oh katak
Kenapa engkau panggil hujan
Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku2x
Ular oh ular
Kenapa engkau kau nak makan katak
Macam mana aku tak makan katak
Memang makanan aku2x

Monday, March 28, 2011

Demi Kebahagian Anak-anak...

Assalamulaikum,

Oleh sebab berita pengharaman botol susu BPA baru-baru ini..
so pnmama pun google cari apa brand yang BPA free. Al maklumlah selama ini pnmama mai pakai beli je… jnji Murah n cantik… Murah tu sebabnya pnmama boleh beli lain selepas 3 bulan…. Lagipun beli yang 3 botol besar dalam satu bungkus tu senang….

Adehh...slama ni pnMama confident je ingatkan semua botol susu yang ada kat umah tu semuanya Ok.. almaklumalah pnmama pon minum susu pakai botol gak…cumanya cik abah je minum susu cap Ibu… he..he..

Demi keselamatan anak-anak Dara pnmama si  Tembam n Si debab pnmama gagahkan jugak untuk beli walaupun masa tu dalam dompet hanya cukup nk belaja diri pn mama je… Mintak dengan En Abah..?...bukan pnmama xnak cukuplah selama 2 bulan dia tanggung semua perbelanjaan..


 So  pnMama dah pi The Store Kangar  untuk beli botol baru untuk si Tembam n Si debab  nak ganti semua botol susu  Pureen  yang ada kat umah tu. 

Oleh sebab pnmama cheak dalam internet pasal  brand yang free BPA , dan salah satunya adalah Brand Pureen sebab Pureen pun ada BPA free & harga jauh lebih murah.
Bukan pnmama x mampu nk beli yang Avent..tpi puting susu yang anak-anak pnmama pakai adalah puting pureen saiz L.. nk x nak pnmama kenalah setia dengan brand pureen… nnti beli avent xpasal sedekah je kat orang…

Petang  itu , pnmama try  bagi kat si debab ….bukan main happy lagi al maklumlah dapat botol baru… Si Tembam pulak siap jerit 'yay! yay!' sayang mama… sebab dapat botol baru hehehe.  Lega rasanya sebab dapat yang murah but still selamat untuk digunakan oleh anak-anak dara pnmama :-)
Dalam hati pn mama yang sebenarnya rasa syg tengok botol2 anak2 pnmama ni..al maklumlah baru je 1bulan lebih cik abah belikan…
Lagipun masa pnmama beli botol2 nie pnmama punya Rimau x mengaum lagi..

Demi anak-anak , pnmama cari duit untuk beli botol2 nie jugak ..

dengan usaha pnmama sendiri..

1.Botol nie terang dan jelas tulis Free BPA.. pn mama beli 2 jadikan botol air....
2.Botol yang lama... tpi BPA dia tinggi..
3. Label BPA di botol lama.
4. Si debab dengan botol -botol baru
5. Inilah label Free BPA untuk botol susu si tembam dengan debab 
RM 9.50 satu tau...


Friday, March 25, 2011

aksi2 anak-anak dara pn mama ..tiap2 malam...


Oleh sebab masa free untuk ari nie banyak so entry yng berikutnya ialah...

hobi baru anak-anak  dara saya yang Tembam & Debab  ini (^_^) .nak tahu apa hobi mereka berdua sekarang ini..selain daripada dok berkawan dengan anak doc jiran sebelah tu ...

Inilah hobinya , 


mengadap notebook pnmama tiap2 malam ..dok tengok Youtube cerita UPIN dan IPIN...
Itu si Tembam... si debab pulak asyik dok main laptop mainan akak dia untuk dengar lagu...

So Tiap2 malam, xada kerja lainlah pn mama..asyik melayan karenah nak2 ... al maklumlah Youtube tu kan video dia sat2 je... hbis 1 cerita ..pnmama klick pulak cerita lain..walaupun dok ulang cerita yang sama... pnmama ingatkan bila ada notebook nie xpayahlah pnmama berkongsi laptop dengan cik abah..

Tapi nasib seorang Mama kan... kenalah beralah,, dengan anak2 je... dengan cik abah tidak sama sekali... so nk xnak malam2 pnmama bukanya dok layan Facebook .. tapi dok layan cerita ipin dan upin...

Sampai teleng kepala si debab sebab syok sangat dengr lagu..

Penantian akhirnya berakhir..

assalamualaikum semua.....apa khbr? Wah dah lama pnmama x update blogkan..rindu rasanya... al maklumlah tengah bizi dengan student.. dengn insurans, cri duit lebih nk tampung shopping   hidup orang cakp.

Oleh sebab ari nie..pnmama free so pn mama nk ceritalah sikit... pasal tajuk di atas..yang selama ini pn mama hanya tayangkan gambar tiger wood dok tengah senyum gedik mcm di bwah tu...

Alhamdulilah , akhirnya penantian pn mama akhirnya berakhir dengan penuh kesabaran ... sabar ke... ha..ha.. 
akhirnya 17hb mac 2011 adalah tarikh bertuah keramat kemian  di mana pn mama sudah bergaji semula... 
nasib baik..kalau x esoknya pnmama nk p cri bomoh siam p buat ubat ....
ada berani ke pnmama...

Tapi pnmama x chek pada 17hb tu... Pn mama chek pada keesokkan harinya 18hb pagi  .. itu pun di ATM Bank Islam...Kenapa pnmama p sana... nnti pnmama cerita lain... 
Masa cucukkan susuk kad ke mesin atm , masukkan no pin, pilihan pnmama cek baki... tengok2 masa tu ada RM 5****.00 ..Heran mai tang mana duit tu... Cik abah cakp tu gajilah al mklumlah selama nie ada dalam RM 9*** lebih je... 

Masa tu pnmama  rase macam nak melompat .. Terasa dunia ini pn mama  yang punya wahaha.excited lebeyh je pnmama  ni kan..padahal orang lain dah lama bergaji... 
x kisahlah ..penantian 3 bulan tu  ..iyerke...hampir2lah akhirnya dapat jugak...

So Malam itu, pn mama beli KFC sebab akak n adik nak makan... Kentang Goreng pon beli jugak.. n Esok 26hb  pnmama nk bwak anak2 pnmama p bercuti... walaupun 2 ari 1 malam x kisahlah... sambung entry yang berikutnya.....

Thursday, March 17, 2011

Kerajaan haramkan botol susu bayi polikarbonat 'Bisphenol A'

2011/03/14


KHAIRUNNISA Kasnoon, 27 menunjukkan perbezaan botol susu yang diharamkan selepas sidang media pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bisphenol A, di Putrajaya, hari ini. - Foto Izhari Ariffin

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.


"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ''bisphenol A'' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.

"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai".

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.

Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah (EU).
Katanya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.

Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya.

"Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji," katanya.

Beliau meminta pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian.

Liow menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya.

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA (DR.FADILAH KAMSAH)


 BUAT PEDOMAN BERSAMA.     Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ...ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.  
 Begitulah juga .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....    
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....
  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....    Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....     Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.    
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....  
   random tags..sampaikan kebenaran walaupon ianya perit :)

Wednesday, March 16, 2011

Rasa-rasa ok x kalau pn mama buat mcm depa2 nie...

sumber: sinar harian 16 mac 2011( edisi Utara)
http://www.sinarharian.com.my/sh/utr/content/story8871492.asp
KANGAR – Kira-kira 40 pekerja di sebuah hotel di sini, mengadakan mogok secara aman menuntut majikan mereka menjelaskan bayaran gaji dan potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengikut jadual.

Jurucakap kumpulan berkenaan, Beni Mat, 41, berkata, sepatutnya pekerja menerima bayaran gaji untuk Februari sebelum 7 Mac tetapi sehingga kini majikan belum menjelaskan bayaran itu.

Menurutnya, ada antara pekerja terpaksa berhutang untuk menjelaskan pelbagai bayaran ansuran termasuk sewa rumah, kereta, pinjaman bank dan wang persekolahan anak-anak berikutan kelewatan majikan menjelaskan bayaran gaji mengikut jadual.

“Setakat ini, kira-kira 15 pekerja mengambil keputusan meletak jawatan selepas tidak tahan dengan kerenah majikan yang melewat-lewatkan pembayaran gaji.

“Seorang lagi rakan saya, sudah tiada kenderaan selepas kenderaannya ditarik institusi kewangan kerana gagal menjelaskan ansuran bulanan mengikut jadual,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan mogok di hadapan hotel berkenaan di sini, semalam.

Mogok yang berlangsung selama lebih kurang sejam itu berakhir selepas pihak majikan berjanji akan menjelaskan semua tunggakan bayaran gaji selewat-lewatnya petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Industri Negeri, Syed Razlan Syed Putra Jamalullail turut hadir untuk menyelesaikan masalah pekerja berkenaan dengan mengadakan perjumpaan secara tertutup bersama pihak pengurusanhotel.

Beni berkata, pihaknya mendesak supaya Kerajaan Negeri segera menukar pengurusan pentadbiran hotel sekarang kepada pengurusan baru bagi mengelak timbul masalah sedemikian.

“Kami sebelum ini tidak menghadapi masalah sebegini apabila hotel dikendalikan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) tetapi sejak pertukaran pengurusan baru bermula Mac tahun lalu, pelbagai masalah timbul.

“Paling menyedihkan, pihak pentadbiran gagal membuat caruman sejak setahun lalu kepada KWSP sedangkan setiap pekerja membuat potongan setiap bulan. Masalah yang sama berlaku pada caruman Perkeso,” katanya.

Selain itu, katanya, pekerja terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk menyediakan pakaian seragam hotel termasuk baju, kasut dan seluar kerana majikan tidak mampu menyediakan peralatan terbabit.

Sementara itu, Roslan Abd Karim berkata, pihaknya berjanji untuk menjelaskan bayaran tunggakan gaji berjumlah RM100,000 kepada semua kira-kira 128 pekerja selewat-lewatnya petang ini (semalam).

“Kami mengakui menghadapi masalah kewangan kerana terpaksa menanggung kos pembaikan hotel yang tinggi dan masalah kadar penginapan yang rendah dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

“Bagaimanapun, kami akan cuba melakukan yang terbaik kepada pekerja dan berusaha menarik balik keyakinan mereka kepada pihak pengurusan.

“Pihak pentadbiran sudah menjelaskan separuh bayaran gaji untuk Februari dan baki tunggakan hanya membabitkan setengah bulan terakhir Februari lalu” katanya.

Beliau berkata, pihaknya membelanjakan RM3 juta untuk membaik pulih 50 peratus bilik untuk memberi keselesaan kepada pelanggan.

pn mama happy dah nie

Assalammualaikum..
Alhamdulillah, nmpaknya ada rezeki untuk pnmama n anak-anak.. serta en abah... amin... Kami bersyukur kepadamu Ya Allah... Walaupun di uji n di timpa segala kesukaran n kepayahan ... Ya Allah , terima kasih atas dugaan mu Ya Allah..  
Alhamdulillah.. nmpaknya rezeki pn mama melimpah ruah dari semalam lagi...  hinggalah ke hari ini... amin..   
Bermula dengan 8 mac 2011, pn mama dah dpat duit yang menang Karnival masa kat Yan ari tu... dlam RM 220 tpi pn mama simpan dulu... untuk keperluan terdesak ... selepas tu duit kelas pn mama sebanyak RM 150.. (yg tu pnmama beli barang umah siap2) walaupun en abah melarang..tapi pn mama ckp.. buat stok...  
Semalam 15 mac 2011 , pn mama dapat duit daripada Uitm Shah alam untuk servey Falkuti yng di jalankan pada bulan 2 ari tu... alhmdulillah dapat juga rezeki RM 200..   Di jadilah kan cerita ,,, Pada kol 4ptg pulak , ada hamba Allah nie yng upah pn mama siapkan assigement, dia mai bayar..walaupun hanya RM 10.. alhamdulillah sebabnya lepas jugak pn mama bubuh minyak kereta untuk esok n lusa... al maklumlah Ketot makan minyak sikit  je dalam RM 5 ..untuk tugasan harian pnmama...  
Dan semalam.... jam menunjukkan kol 11.00mlm... pn mama di limpahi rezeki lagi... iaitu clim perjalanan p KL ari tu... dah masuk..walhal pn mama sangkakan gaji...
almklumlah sudah hampir 3 bulan x bergaji... dalam RM 7++.alhamdulilah... Rezeki ... dan esok adalah hari pembayaran kelas pn mama iaitu RM 150.. duit lagi... Syukur...
Itu di namakan rezeki anak-anak..kenapa pnmama ckp mcm tu sebabnya pagi2 sebelum pn mama bngun nk p mandi... pnmama akan sapu n usap rambut si tembam n si debab... sambil berdoa...
“YA Allah, di manakah rezeki..untuk anak2ku“... 
Rezeki anak-anak tetap ada..cumanya lambat @ cepat... xkisahlah jnji pn mama dh dpat duit... so rezeki nie kita takleh tamak... kena kongsi... so untuk menunaikan permintaan si tembam pnmama yg nk makan kentang goreng...  so petang nie pnmama akan belikan... si debab nk makan ayam.. so petang nie kena cari ayamlah...  En abah ..dia x mintak apa2 cumanya dia asyik dok tanya Gaji masuk dah ka?... almaklumlah dah 2 bulan tanggung perbelanjaan seorang2...  
Semoga Kau mudahkanlah segalanya untuk aku, sdan keluargaku di dunia dan di akhirat.. Berkatilah dan limpahkanlah rezeki buat kami Ya Allah..
Semoga kami jadi orang yang bersyukur di dunia di akhirat.. amin...

Friday, March 11, 2011

Pn mama tengah sedih nie...

Hari ini seperti yang di umumkan adalah  Gaji bagi dikalangan yang berhati kering seperti pn mama n the geng…. Ha..ha…ha.. hati kering ke..nie nk ngis dah nie…
al mklumlah 3 bulan beramal jariah…bermula dari sabar bertukar atas dasar baik ..akhirnya ke amanah saham akhirat(asa) …. Korang bayangkalah bagaimana kerja tanpa gaji selama 3 bulan.. sedangkan di amanahkan untuk berkerja seperti biasa… memang …

Akhirnya seperti yang di wawarkan sebelum 10hb akan mendapat gaji..belum lagi menampak taringnya … so pn mama dengan penuh kesabaran n ketakwaan meneruskan perjuagan mendidik anak bangsa untuk celik computer…

Hari ini, 11hb… nampaknya bulan sudah pon menonjolkan cahayanya.. ini bermakna rimau akan keluar dari guanya ha..ha...… dari pagi pn mama menunggu dengan penuh harapan… sehinggalah keimanan pn mama terus dum… sampai tahap lantai..tambah2 kawan pn mama ..rimaunya dah mengeluarkan taring..sedangkan rimau pnmama rasa2 sakit gigi kot macam pn mama…sebab suka makan ais ketul…



Rimau belaan pn mama…keluarkanlah taring mu sayang sudah 3 bulan kamu di landa sakit gigi..

Wednesday, March 2, 2011

Untungkan.. anak tikus kawan dengan anak gajah….

Hai… dah lama pn mama xupdate kan..al mklumlah bizi bebenor rasanya..
oklah ari nie pn mama nk cerita ringkas je..

Ceritanya ialah apabila anak Gajah berkawan dengan anak tikus…
wah hebatkan tajuknya.. so jom ikuti pnmama bercerita..

Orang dulu2 cakp .. Mereka2 yang tinggal dengan sebelah umah kita adalah jiran kita.walaupun berlainan bangsa n agama… x kisah dok kawasan mana2 pun .. orang di sebelah umah kita tetap di anggap Jiran…

Bagi pn mama... I like My Jiran...

 copy google

tapi...
Yang Bestnya bagi pn mama pun ada ..yang x bestnya pun ada..

Oklah yang bestnya..

My  neighbor ..adalah Pasangan suami isteri laki bini yang kerjanya DOCTOR… 
so biasalah kan
gajinya mesti sebesar Gajahkan… he..he… tengoklah keretanya… dah tahu dah kan Gajinya banyak mana…

Best berjiran dengan doc nie… al mklumlah nk jadi doc mengaji dok bertaburan 
di jalanan.. so berjiran dengan doc pun jadilah.. doa2 semoga anak2 pn mama pun jadi doc ..seperti orang sebelah.. 
walaupun si akak bila di tnya .. “bila besar nk jadi apa”..
jwpannya poliss… 
ikut suka kaulah nak oiiii..

Tiap2 petang.. apabila balik je dari umah pengasuh… tepat je kol 6ptg.. sampai umah… bermulalah sesi berkawan bagi si tembam n si debab..dengan anak doc sebelah nie..dalam gambar debab xada ..dok lena dalam umah...
pn mama xhappy ke???..Jawapanya Saya happy sesanggatnya..… 
al maklumlah anak aku kawan dengan anak doc tu..tu baru kawan , xjdi boyfriend girlsfriend lagi...kalau x ...sila imagine sendiri...
maklumlah pn mama nie.. kerja biasa2 je…

Yang x bestnya…

Si anak doc nie ..memang kuat makan.. kalau boleh 24jam nk menguyah je…
sebab tu badan kus semangat...
anak2 pn mama  depa x kuat makan sangat yang sebenarnya..pn mama segan nk ambik makan...
kalau petang2..ha..ha... al mklumlah like mother like daughter..

Menjadi permasalahnya ialah X bestnya anak pnmama si tembam tu  .. 
suka mintak2 ok.. mcmlah mama xleh beli anak oiii.. 
apa yng budak tu makan dia mintak nk makan ..
Kadang2 selalunya tu si anak doc nie yng hulurkan… so anak pn mama dengan muka yg agak kurang tebal… pun ambik… nak xnk terpaksalah bertukar2 makanan.. xkan anak dia asyik hulur…anak pnmama x hulur apa2.. malu pn mama tau…. 
aku pun ada duit jugak tau..

Yang bestnya pulak.. anak pn mama nie..bukanya nk makan sangt pun… 
mintak je lebih .. rasa sikit kalau x sedap kasi kat pn mama jugak yg perabihnya.. 
so dalam berbulan2 nie rasanya penuh pulak peti ais pn mama degn makanan2 dari jiran sebelah…

Untungkan.. anak tikus  kawan dengan anak gajah…. Ha..ha..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...