Salamesrabadiey..
Siaran bersiaran kembali. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.
Tahun 2016 , banyak kenangan Indah, Manis, Masam dan Kelat semuanya ada.. Mcm biasa pnmama bizi uruskan anak-anak ke sekolah pada waktu pagi.. lepas tu kemaskan umah sikit2 n baru bersiap p kerja..
Syawal tahun ini, Family pnmama bertambah 1 lagi... but bukan pnmama yang tambah anak lagi ok.. my little brother dah jadi Bapak... he..he... so pnmama dah jadi Maklong.. but I dont' Like Call Me "Maklong".. Nak nampak Muda kenalah panggil I "Mama" ok... ha..ha... perasan tahan gaban pnmama nie.
Nanti pnmama masukan gambar mylittle Princess.. he..he...
Oklah Tata dulu...
nnti xada kerja pnmama tulis lagi...
Showing posts with label pn mama dah mula merepek. Show all posts
Showing posts with label pn mama dah mula merepek. Show all posts
Wednesday, July 20, 2016
Friday, July 8, 2011
Mengenai Perkembangan Terbaru
Salam pagi jumaat yg mulia nie... dah lama x tulis entry ...
so ari nie, pnmama nk tulis mengenai perkembangan terbaru pnmama...
hmmmm...sekarang ni pn mama tengah giler betul dengan tudung yang makin famous sekarang ni...
tudung ala2 ariani.. Akhirnya pnmama jugak terpengaruh dengan perubahan fesyen terkini... he..he... walaupun berjuta yng mengahasut pnmama untuk try , but pnmama masih fobia... mengenai kejadian senyuman kerang busuk En abah tempoh ari.
Selepas kejadian itu, pnmama hnya mengunakan tudung bawal bucu 4 tu je...
Mula2 tak suka gak nak paki tudung ni pasal rasa cam tak sesuai jer..Almaklumlah, kan pnmama pernah beli... yng fesyen tempek kat dahi tu..masa tu rasa Hodohnya..
Tapi bila tgk Makcik kerani pos yang pakai.. lawalah pulak.. sbbnya muka kami sama spesis iaitu bujur sirih lonjong...ha..ha..ha comel pulak tgk...
Oleh sebab kawasan pnmama kerja nie, ada pasar tani n pasar malam...
so stok untuk mendapatkan tudung fesyen ariani memang berlambak.. Pnmama beli yang RM 10 je..
tpi pnmama x beli yng bercorak2..pnmama beli yng kosong terus.. hnya 1 warna semata2, tiada diamond.,.. tiada perhiasan... ha..ha...
Pnmama try pakai depan En abah, kali nie reaksinya x macm ari tu... kali nie puji “cantik bini abang... he...he.. walaupun murah, tapi pnmama memang ternyata puas hati... Jadinya sekarang ini, pnmama gila pulak tudung fesyen ariani nie... walaupun pnmama sedar pnmama dah ketinggalan bas zaman....
Lagipun adik pnmama iaitu angah, selalu bising kata pnmama dah tak bergaya macam dulu...hukhukhuk..Bonda pnmama pon selalu komplen..“kaklong, pakai lah elok sikit..selekeh mak tengok....he..he...“ ini pulak ayat adik pnmama “ Kak long, ang pakai tudung mcm orang tua2’
Sekarang ni walaupun body stail sama mcm dulu, xpernah2 nk gemuk... cumanya sifat M tu tetap di hati...tak bermakna pnmama tak leh bergayakan..so pnmama kenalah berterima kasih kat adik pnmama yang banyak berleter pasal penampilan pnmama ...
terutama lemon azianti ...hehehehe.... thanks angah ...
Friday, June 10, 2011
Pnmama n En abah sama-sama x setia...
Salam jumaat, mukadimah sikit ... permulaan blog untuk masa nie ialah pn mama nk meluahkan perasaan yang telah lama pnmama nk bercerita… (sambil air mata menitik penuh lantai umah)…
*pn mama cuti .. so update kat umah..
Mengenai en abah, wa..wa..wa… cik abah dah ada awek baru… nama dia CT… sedih tau… Tiap2 ari ..cik abah akan jumpa dia pada kol 7 malam… kiranya kalau miss , mesti cik abah akan jumpa awek dia tu dlm kol 10 mlm ke atas..al maklumlah masa tu pnmama sibuk nk bagi anak lena.. cik abah akan masuk bilik study n akan jumpa aweknya..sampailah pnmama ckap..
“Abah, anak nk susu”
barulah dia stop…kalau x jangan haraplah nk keluar dari bilik tu..…
Adakah pnmama jeles.. jwapan yng jelas lagi pasti..
pnmama x jeles n mengamuk pon macm hantu… sebabnya pn mama jugak mempunyai kekasih gelapku… ha..ha… adilkan…
.. tpi jangan lah ko orang , anggap pnmama isteri yang curang . kenapa pnmama ckap begitu sebabnya en abah jugak mengenali kekasih gelap pnmama itu...
Nak tahu?... nnti pnmama bagi tau .. tunggu ...
nie cik abah punya kekasih
CT SALEHA A.K.A "NORA ELENA"
yang ini pnmama punya kekasih..
AARON AZIZ A.K.A "SETH TAN"
Hensem dan Cantikkan..wa..wa...wa..wa..
Tuesday, March 29, 2011
Nak sedapkan hati pn mama yang sedang gundah gulana
Oh Bangau oh Bangau
Kenapa engkau kurus
Macam mana aku tak kurus
Ikan tidak timbul
Oh ikan oh ikan
Kenapa engkau tidak timbul
Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat 2x
Oh rumput oh rumput
Kenapa panjang sangat
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku2x
Oh kerbau oh kerbau
Kenapa engkau tak makan rumput
Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit2x
Ok perut oh perut
Kenapa engkau sakit
Macam mana aku tak sakit
Makan nasi mentah2x
Oh nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah
Macam mana aku tak mentah
Kayu api basah2x
Ok kayu oh kayu
Kenapa engkau basah
Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku2x
Hujan oh hujan
Kenapa engkau timpa kayu
Macam mana aku tak timpa kayu
Katak panggil aku2x
Katak oh katak
Kenapa engkau panggil hujan
Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku2x
Ular oh ular
Kenapa engkau kau nak makan katak
Macam mana aku tak makan katak
Memang makanan aku2x
Wednesday, March 16, 2011
Rasa-rasa ok x kalau pn mama buat mcm depa2 nie...
sumber: sinar harian 16 mac 2011( edisi Utara)
http://www.sinarharian.com.my/sh/utr/content/story8871492.asp
KANGAR – Kira-kira 40 pekerja di sebuah hotel di sini, mengadakan mogok secara aman menuntut majikan mereka menjelaskan bayaran gaji dan potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengikut jadual.
Jurucakap kumpulan berkenaan, Beni Mat, 41, berkata, sepatutnya pekerja menerima bayaran gaji untuk Februari sebelum 7 Mac tetapi sehingga kini majikan belum menjelaskan bayaran itu.
Menurutnya, ada antara pekerja terpaksa berhutang untuk menjelaskan pelbagai bayaran ansuran termasuk sewa rumah, kereta, pinjaman bank dan wang persekolahan anak-anak berikutan kelewatan majikan menjelaskan bayaran gaji mengikut jadual.
“Setakat ini, kira-kira 15 pekerja mengambil keputusan meletak jawatan selepas tidak tahan dengan kerenah majikan yang melewat-lewatkan pembayaran gaji.
“Seorang lagi rakan saya, sudah tiada kenderaan selepas kenderaannya ditarik institusi kewangan kerana gagal menjelaskan ansuran bulanan mengikut jadual,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan mogok di hadapan hotel berkenaan di sini, semalam.
Mogok yang berlangsung selama lebih kurang sejam itu berakhir selepas pihak majikan berjanji akan menjelaskan semua tunggakan bayaran gaji selewat-lewatnya petang semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Industri Negeri, Syed Razlan Syed Putra Jamalullail turut hadir untuk menyelesaikan masalah pekerja berkenaan dengan mengadakan perjumpaan secara tertutup bersama pihak pengurusanhotel.
Beni berkata, pihaknya mendesak supaya Kerajaan Negeri segera menukar pengurusan pentadbiran hotel sekarang kepada pengurusan baru bagi mengelak timbul masalah sedemikian.
“Kami sebelum ini tidak menghadapi masalah sebegini apabila hotel dikendalikan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) tetapi sejak pertukaran pengurusan baru bermula Mac tahun lalu, pelbagai masalah timbul.
“Paling menyedihkan, pihak pentadbiran gagal membuat caruman sejak setahun lalu kepada KWSP sedangkan setiap pekerja membuat potongan setiap bulan. Masalah yang sama berlaku pada caruman Perkeso,” katanya.
Selain itu, katanya, pekerja terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk menyediakan pakaian seragam hotel termasuk baju, kasut dan seluar kerana majikan tidak mampu menyediakan peralatan terbabit.
Sementara itu, Roslan Abd Karim berkata, pihaknya berjanji untuk menjelaskan bayaran tunggakan gaji berjumlah RM100,000 kepada semua kira-kira 128 pekerja selewat-lewatnya petang ini (semalam).
“Kami mengakui menghadapi masalah kewangan kerana terpaksa menanggung kos pembaikan hotel yang tinggi dan masalah kadar penginapan yang rendah dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
“Bagaimanapun, kami akan cuba melakukan yang terbaik kepada pekerja dan berusaha menarik balik keyakinan mereka kepada pihak pengurusan.
“Pihak pentadbiran sudah menjelaskan separuh bayaran gaji untuk Februari dan baki tunggakan hanya membabitkan setengah bulan terakhir Februari lalu” katanya.
Beliau berkata, pihaknya membelanjakan RM3 juta untuk membaik pulih 50 peratus bilik untuk memberi keselesaan kepada pelanggan.

Thursday, December 9, 2010
Thursday, July 22, 2010
Salam buat pembaca blog bersawang pn mama nih......
Salam buat pembaca blog bersawang pn mama nih….
lama kan tak apdet, last update ialah Jumaat lepas,
Sabtu n ahad xpayah lah cerita memang xakan update pun… al maklumlah Bizi bebenor menjadi House wife… n Isnin selalunya akan keluarlah entry terkini , apa yang pn mama buat… But hari ini dah Khamis, Semalam adalah hari first pn mama masuk kerja setelah pn mama di landa Penyakit…..
Tapi x lah Panyakit serius ok… Cuma Deman je….
Semalam pulak pn mama nak update …but pn mama mengalami penyakit M tahap gaban!! mmg malas gile nak hapdet blog..bersawang pun bersawang le...malass..malass...malasss......dush dush dush!!!
Tapi demi Hampa, pn mama akan update …he..he…hari ini dan esok … cerita pasal carnival, pasal deman n terbaru penyakit “G” telah menyerang pn mama….
Adios….
Tuesday, June 22, 2010
Pn mama cerita pasal Ujan
Hujan
Artist: Sudirman
Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut
Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...
Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini
Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...
Entry Boring di Pagi Selasa…..he..he… nie pasal Ujan … Bukan Hujan Band tu iyer…nie Hujan… Dalam bulan nie , dah beberapa ari hujan turun dengan lebatnye...masya Allah... minggu ni je boleh dikatakan hari2 waktu petang mula la hujan..bukan setakat hujan je...angin, ribut , petir semua ada... dah la dok sorang2 dalam ofis ...seriau pun ada.... al maklumlah Kerja 2 Orang… Pernah 1 Hari Nik MC , pagi tu hujan turun dengan lebat …apa lagi…pn mama pun terus turun masuk dalam post opis….
Takut punya pasal… al maklumlah opis dok tingkat atas..
Teringat pn mama masa kecik…ada 1 teka teki pasal Hujan…
banyak2 pokok , pokok apa xada dahan , xada daun , xada akar, xada batang ..
tapi orang tetap panggil pokok…
Benda apa iyek….. Jawapannya …he..he… orang dok utara je yang tahu jawapannya…
Bila hujan dah reda renyai , mula la perut lapar...masa kecik-kecik
nenda little princess suka masak cucur tempek nyiuk…kelapa dengan Gula merah xpun gulai ikan ….sedap perkena pulak dengan Tea o Kosong panas2…wah terangkat beb… Rindunya …makan ramai2 dengan adik beradik …lawan sapa makan banyak….
tapi tu dulu...
Lanie masing2 dah ada kehidupan sendiri…family sendiri…
pnmama time ujan ...kalau dok umah jamu roti kering je...
kalau rajin goreng keropok @ kentang goreng..al maklumlah pn mama
x reti pandai buat cucur...
Rindunya masa2 macam tu, kalau lah ada mesin putaran masa,
nk je pn mama balik kembali ke zaman tu…
Ada juga sebab menyebab , pn mama suka hujan sebab banyak
memori pn mama berkaitan dengan Ujan…
Masa kecik2 dulu pn mama suka kayuh basikal gerek p sekolah…oleh sebab xnak p sekolah keesokkan harinya …pn mama sanggup redah hujan yang lebat time balik sekolah …supaya esoknya pn mama Demam..tapi yang hairanya pn mama x demam2 pun…orang lain yang x main ujan pulak yang demam…Kalau Ujan pagi time sekolah, mulalah pujuk tok abah little Princess Hantar Naik Kereta...
bukan apa nak menunjuk yang sebenarnya..al maklumlah zaman tu
Bapak sapa, pakai kereta , di kira anak orang kayalah..tok abah ada Datsun Tau...
Bila alam Dewasa… ala bila Cinta cintan , di mana malam Last Pn mama berpisah bukan putus ok… dengan first xbF pn mama , Malam tu hujan turun dengan lebatnya…xbf pn mama balik negeri dia …kena naik kapal terbang tau…Bukan Jejaka Golok ok… itu naik tokang…bukan kapal…
Second Pn mama Keluar Date dengan x bf merangkap xtunang pn mama , pun hujan jugak…masa tu naik motor basah lencun pn mama dah la esoknya ada final sem, nasib baik x demam…
…. Last Keluar Date dengan en Abah, masa tu dah jadi tunang…pun hujan jugak… xleh nak p mana dok dalam kereta di depan supermarket dok tengok orang lalu lalang masuk shopping… …naik baik bawa si ketot…(kancil) sebab tulah pn mama sayang nak jual si ketot tu …
So Pn Mama Like Hujan…..Walaupun Pn Mama pernah menangis sebab Si Panjang n Si kering kena Hujan , Pasal x buat Bumbung kat umah baru pn mama…
Apa-apa pun Pn mama Love Hujan...
Cukuplah Pn mama cerita pasal Ujan…. Layan jelah Lagu Hujan Dari sudirman …
Thursday, June 17, 2010
“I am Boring ”.
Salam Khamis semua ...wah dah khamis dah iyer, esok jumaat ...lusa Cuti... Tulat pun Cuti ....
Cuti Sekolah pun dah nak berakhir ..nie minggu last cuti sekolah...
And now pn mama dah takda kerja, so apalagi
tulis kat blog je la.
Okay, mula-mula pn mama nak update dengan entri yang penuh emosi hari ini ...
FaceBook
pun Pn mama dah on untuk tengok apa yang paling latest and tengok mana tau ada kawan2 send comment or apa2 je.
Kalau dulu , Tiap2 Pagi mesti nak On FB , al maklumlah ada Teman Tapi Mesra ex bf
Pn mama... sekarang nie dah xada ...bukan dia dah xada FB tapi Dia kena tukar tempat kerja ...
dulu dok opis on komputer fb 24 jam ...la nie kena travel sana sini...
biasalah kerja dia enjenier kereta under Toyota ...dulu dengan Proton...
Yang sorang lagi ...kena berebut dengan Hubby dia ,
al maklumlah Cikgu kan tengah cuti sekolah...so laptop ada 1, Beruk makyeh tu pun ada 1..
.syerlah jawabnya ....
So Pn mama memang Boring sesangatnya....
En Abah,
ada je FB tpi jarang on, al maklumlah bini isteri dia dah tau FB en Abah....sebelum nie puas Pn mama bodek,merayu, goda en abah ...semata -mata nak tahu tpi En Abah kunci mulut rapat2, xnak di kasi tahu...sampaikan pn mama add semua yang sama nama dengan en abah..
Last2 , Kantoi sebab Pn mama baca dalam reminder Hp en abah ... masa tu en abah tengah lena , pn mama pulak nak ambil seluar slack en abah nak basuh..hp en abah dok dlam seluar...so apa lagi ...
siap dngn password lagi pn mama tahu....wah2 ini sudah bagus....
Kelas Komputer pn mama pulak....
Syukur alhamdulillah kerja mengajar Pn mama dah pun selesai ... so tunggu intek baru pulak iyer...
wah terasa mcam Lecture la pulak...
Lepas ini
Pn mama mybe akan bizi dengan KKS Karnival Keusahawan Sosial, sekadar pemerhati pe tengok je ...
Pada mulanya Pid Pn Mama memang x terlibat ..
Namun semangat berpasukan so Tempat kerja Pn mama pun akan join PID Utara iaitu MYPID_UTARA. Di mana Pergabungan antara PID di utara di sini , nak buat karnival ala-ala Jom Heboh gitu...
Pid yang terlibat Pid Bukit Kayu Hitam, Pid KualaNerang, Pid Yan, Pid Kupang , Pid Tasek gelugor ,Pid Balik Pulau(Tuan Rumah) ...n Pid Pn mama Pid Simpang Empat.
If takda apalagi yang pn mama nk coretkan, so tak reti2 ke nak logout pn mama oiiii....
Subscribe to:
Posts (Atom)