Monday, October 25, 2010

Sakitnya Hatiku...

Hari nie 25hb, kan...kan.. ok...mmg hari yg dinanti2 kan la...hehe..x kisah la duit dah kosong or masih berkepuk dlm akaun kan...kalau duit yg dah kosong cam pnmama la tertunggu..hehe
sepatutnya Hari nie adalah Hari yang paling berbahagia orang kata , terutamanya Orang Kerajaan..he..he...

banyak urusan nak diselesaikan dgn duit ni...terutamanya...bil-bil..hutang piutang kalau ada... of coz la ada..hutang nga bank (ansuran keta& hehe kan. syok kalau x dak hutang...tiap2 bulan dpt gaji bersih sama nga gaji kasar k
an...huhu

Tapi bagi pn mama , berita paling sedih pn mama terima ialah

Hari ini pn mama tidak bergaji iyer semua... wa..wa..wa..
Terus,aduhai mood pnmama utk membloging terputus dek Berita ini...

Sunday, October 24, 2010

Jangan Kecewakan Orang Yang Mencintai Kamu

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Friday, October 22, 2010

Bengkel Multimedia Kreatif Sesi 3 di Makmal Komputer SMKDSA Kuala Nerang Kedah.

Bengkel kali Ke 3..tengok gambar dulu..lepas nie kalau rajin pn mama update...he..he...
Aktiviti Pn mama hari Kedua... 


Pn mama Mengajar...he..he..

Thursday, October 21, 2010

Kepada semua Teman BLOG

Kepada semua Teman BLOG DAN FB ku, di sini ku berharap Kalian dapat mendoakan Kekanda Ku "Nurul Huda"... yang kini terlantar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana mengalami Pendarahan Otak ..Semoga Beliau cepat sembuh... Amin...
Terima Kasih atas Doa kalian..


Ini pulak status di Wall FB yang Pn mama dapat...

Kepada semua yg mengenali Nurul Huda Bekas Pelajar Diploma Perakaunan ITTAR/ALOR SETAR yang kini tserlantar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana mengalami Pendarahan Otak ...harap rakan2 semua doakan beliau cepat sembuh dan dapat melawat beliau di hospital..Terima Kasih.


***
Perkhabaran Kesihatan mengenai Kakak senior semasa pn mama masih belajar lagi… walaupun berlainan cos , namun Kakak2 senior kat sini semuanya baik2 belaka..tambah Kakak2 Senior yang handel Persatuan Pelajar2 Islam Unitar Alor Star.. Kat sinilah..pn mama hidup berdikari… al maklumlah Berjauhan dgn keluarga…macamlah langkah banyak negeri… Tempat pnmama menumpang Manja lah katakan..

Berbalik kepada cerita tadi, Banyak benda terjadi pada pn mama ada baik..ada buruk… semuanya pn mama terima degan hati yng ikhlas dan Redha…betul ke??? ha…ha…
Tq FB , di sinilah pn mama bertemu kembali dengan kakak2 senior dan abg2 senior semasa pn mama belajar dulu… Junior 2 pn mama pun ada… kiranya FB nie dah jadi perkampungan Geng2 Unitar Alor Star.. Tambah2 geng Persatuan Pelajar2 Islam… , Pn mama mula2 join kolej nie… persatuan inilah yang pn mama join dulu… sebab ada selalu ada aktiviti. Lastnya pn mama jadi Penolong Setiausaha, terus bertanding dalam MPP… kiranya pn mama nie wakil PPI lah dalam MPP… ada kebanggaan di situ..

Kejutan Semalm , Pn mama terbaca komen di dalam FB ..ala kat Wall tu..masing2 mendoakan kesihatan kak senior Nurul Huda… sebelum ini , dia sihat sentiasa, seorang yang ceria..

Mungkin ini Ujian Allah S.W.T kepada umatnya… mengingatkan, sakit ini menghapuskan dosa-dosa kecil.

“Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”
(HR. Bukhari-Muslim)
Pn mama ambil petikan artikel daripada  Blogger...

Friday, October 15, 2010

Bengkel Multimedia Kreatif Sesi 2 di Dewan Kemas Sg lalang Baling Kedah

Buat masa sekarang ini..pn mama bizi dengan Kursusdan Bengkel ... bukan pn mama jadi Peserta but pn mama jadi IronWoman Fasilitator kat luar negeri kawasan  Perlis... he..he... ada hati nak p Oversea..ckap pun macam ayam jumpa itik je... 

Bermula dengan 08-09 October pn mama kena pergi Baling Bola Kedah . So Gambar dia yang pn mama tunjukkan ini
*
*


... yang ini baru nak Cerita ...
Best kat sana , sebabnya pn mama jadi *Datin*... Al maklumlah hanya pemerhati... he..he... Yang bestnya pn mama bermalam di Air panas lenggong... Bersama Cik Tim , Kak Hanni, Cik Iena dan pn mama kalau x macam mana pn mama nk cerita ..betul X?... Kami ambik Chalet yang Harganya RM 120. semalam so di bahagikan dgn 4..pandai2lah hampa mencari jwapannya.. Yang pasti.. di bayar oleh duit sendiri... xleh Clim..Nasib Baik Pid Pn mama bagi duit RM 100. buat Bekalan.. Tapi en Abah Kasi Gak... Sapa x sayang bini Isteri oiiii. Tau xpa..

Pagi 8hb Hari jumaat pn mama pun bertolak ke Baling dengan Cik Tim dan Temannya... he..he... sendiri mau pahamkan... Temannya jadi Juruphoto... Sampai sana adalam area kol 9 gitu... Peserta telahpun penuh.. ada AJK kampung...Guru Tadika Kemas dan Budak sekolah menengah... yang berdekatan dengan Dewan Kemas Kg Lalang Baling Kedah.. First Cikgu Tim Ajar Photoscape, lepas tu Cikgu Shah ajar Audocity ,. Cikgu Ija dengan Usahawan sosial dia.

Hari Kedua cikgu Tim ajar DST , Cikgu Siti Rahmah ajar pulak Blog... Pn Mama gak mengajar iyer... just tengok saja ..selepas itu ada Games Explores ICT...yang nie Best sebabnya 
group pn mama dapat No 1...he..he...
Nie pulak gambar Terima Hadiah..

Oklah ..tamat cerita di baling... yang asyik tenggguh....je ... esok kalau sempatlah ..pn mama cerita pulak bengkel di kuala Nerang Kedah... yang nie Baru  pn mama jadi pengajar,  buat BLOG(my Fav Subject)...he..he..

Thursday, October 14, 2010

4 golongan Lelaki Ke Neraka ..

Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
Kedua:- 'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.


Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.


Keempat:-' Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.


Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidaksilap firman ALLAH S.W.T.:-

" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.


ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga..janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.


Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.


AMIN YARABBALALAMIN

Wednesday, October 6, 2010

10 PETANDA DIA JODOH KITA.......

10 PETANDA DIA JODOH KITA.......
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad Profile:

http://www.facebook.com/profile.php?id=100000474159776 p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..

Tuesday, October 5, 2010

Majlis Makan-Makan sempena Persaraan Ketua Pos Simpang Empat dan Jamuan Raya sekali

salam ari Selasa .... dah masuk bulan oktober ek..
pejam celik, pejam celik.. dah tukar bulan.. kejap je nak abis tahun 2010... Alhamdulillah,Semalam , selesai juga majlis Makan-Makan sempena Persaraan Ketua Pos Simpang Empat dan Jamuan Raya sekali . Rindunya dengan Cik Mat… setiap pertemuan mesti ada perpisahan jugak kan…
Kali nie pn mama xnak perap cerita .. sebabnya dah lama pn mama x ada modal nk update blog…lagipun semua aktiviti perjalanan seharian still sama.. x berubah sikit pun.. Cuma 8hb nie kot.. pn mama kena Travel ke Kupang Kedah sebab ada Bengkel ICT kat sana.. nanti pn mama cerita lain…



ni nak cite mcm dah mention semalam .. sempena jamuan raya opis pn mama.. Makanan adalah syer2… Oleh sebab Pn mama dan Boss Pn mama iaitu Cik Nik..so kami syer order Roti jala.. Kami syer 3 orang ..seorang lagi adalah Kerani baru yang pangkat adik dgn pn mama.. Yang Lain ada syer Buat nasik.. Bihun Singapore , soto , kek, Nasi Impit dan Buah Tembikai Gergasi iaitu di taja oleh cik Jamil , bekas Kerani kat Post opis nie sekrang dah naik pangkat ketua pos kat Jubli Perak .. sungguh heppening ye...hahaha walaupun buat time lepas opis hour…
k la... layan piccas smbil tu pn mama citer ek!!!

 Cik Mat Ketua Pos




Perjalanan majlis lancar tanpa ada masalah. Semua yang dipanggil secara spontan juga sporting habis.. Mereka layaaaan!! Family Posmen2 yang terdekat juga banyak yang membantu dan memeriahkan majlis.. serta juga telah memberi kerjasama sepenuhnya.. Bagus..
Bila cik Mat memberi ucapan, Semua orang terasa kehilangan seseorang yang sangat berharga telah hilang dan tidak ada galang gantinya.. Cik Mat memang rock!! Semoga En Mat akan berjaya dimasa hadapan. BOSS yang sporting!, kenapa pn mama cakp mcam tu sebabnya cik Mat selalu buat Lawak, memang Joker.. Bab duit Ringgit xpernah berkira.. Dulu masa pn mama mula2 masuk kerja , cik Mat selalu belanja pn mama makan Lunch.. bukan makan berdua2an tau.. tapi dia kasi duit beli nasik.. selalu bawak makanan ke post Opis..jamu Kakitangan dia .. especially PID la..pantang makan FREE .. timbul je muka kami berdua nie… he..he..rezeki jangan di tolak … Secara jujurnya memang pn mama rasa pemergian Cik Mat amat terasa di hati kerana Cik Mat adalah seorang pegawai bergred Tinggi yang tidak kisah bergaul dengan sesiapa sahaja .
Lawak jenaka CIk mat memang 'giler' slamber dan muka serius. Selain Meraikan Cik Mat..kami juga meraikan Posmen yang juga bertukar kerja iaitu Karzairi.. Rezeki dia sebab dapat kerja dengan SUK( Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri) ..
PID akan merindui CIK MAT . Kami doakan anda akan berjaya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...