Thursday, October 21, 2010

Kepada semua Teman BLOG

Kepada semua Teman BLOG DAN FB ku, di sini ku berharap Kalian dapat mendoakan Kekanda Ku "Nurul Huda"... yang kini terlantar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana mengalami Pendarahan Otak ..Semoga Beliau cepat sembuh... Amin...
Terima Kasih atas Doa kalian..


Ini pulak status di Wall FB yang Pn mama dapat...

Kepada semua yg mengenali Nurul Huda Bekas Pelajar Diploma Perakaunan ITTAR/ALOR SETAR yang kini tserlantar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana mengalami Pendarahan Otak ...harap rakan2 semua doakan beliau cepat sembuh dan dapat melawat beliau di hospital..Terima Kasih.


***
Perkhabaran Kesihatan mengenai Kakak senior semasa pn mama masih belajar lagi… walaupun berlainan cos , namun Kakak2 senior kat sini semuanya baik2 belaka..tambah Kakak2 Senior yang handel Persatuan Pelajar2 Islam Unitar Alor Star.. Kat sinilah..pn mama hidup berdikari… al maklumlah Berjauhan dgn keluarga…macamlah langkah banyak negeri… Tempat pnmama menumpang Manja lah katakan..

Berbalik kepada cerita tadi, Banyak benda terjadi pada pn mama ada baik..ada buruk… semuanya pn mama terima degan hati yng ikhlas dan Redha…betul ke??? ha…ha…
Tq FB , di sinilah pn mama bertemu kembali dengan kakak2 senior dan abg2 senior semasa pn mama belajar dulu… Junior 2 pn mama pun ada… kiranya FB nie dah jadi perkampungan Geng2 Unitar Alor Star.. Tambah2 geng Persatuan Pelajar2 Islam… , Pn mama mula2 join kolej nie… persatuan inilah yang pn mama join dulu… sebab ada selalu ada aktiviti. Lastnya pn mama jadi Penolong Setiausaha, terus bertanding dalam MPP… kiranya pn mama nie wakil PPI lah dalam MPP… ada kebanggaan di situ..

Kejutan Semalm , Pn mama terbaca komen di dalam FB ..ala kat Wall tu..masing2 mendoakan kesihatan kak senior Nurul Huda… sebelum ini , dia sihat sentiasa, seorang yang ceria..

Mungkin ini Ujian Allah S.W.T kepada umatnya… mengingatkan, sakit ini menghapuskan dosa-dosa kecil.

“Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”
(HR. Bukhari-Muslim)
Pn mama ambil petikan artikel daripada  Blogger...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...