Tuesday, February 28, 2012

Pesanan Penuh Bermakna...

Pesanan dari ayah kepada Allahyarham Faris Nur Daniel buat semua ibu bapa…
Al-Fatihah.

Buat kawan-kawan semua…. Antara perkara yang kita boleh jadikan pengajaran dari kisah Allahyarham Faris Nur Daniel…
1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malammmmm.. mengantuk.. etc… That might be the last night that he/she does that.
2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last thing that he/she ask for something.
3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang… That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.
4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.
5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang… That might be the last food that he/she eats.
- *sedih* Kadang teralpa bila masa yang ada lebih dihabiskan pada perkara lain, dari bersama anak tersayang. Pesanan bapa Faris sangat-sangat menyentuh hati saya.
Pesanan ini betul2 menyentuh hati naluri saya sebagai seorang ibu… Minta2 dijauhkan perkara seperti ini biarlah mereka membesar dengan sihat walafiat & sempurna hendaknya…
Pn mama tahu cerita ini dari blog ini - http://www.mazidulakmal.com/
dan Pedoman di atas pnmama dapat dari FB kawan-kawan pnmama...

Monday, February 27, 2012

WAJARKAH SI SUAMI TEMAN ISTERI BERSALIN


info-info yang berguna bagi ibu-ibu yang mengandung juga kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi.... ♥♥♥♥

Zaman sekarang ni,sudah banyak hospital... yang membenarkan suami menemani isteri bersalin. Tapi, sejauh mana kewajaran situasi ini?

Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?
1. Meredakan debaran di hati isteriSaat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

2. Meredakan kesakitan isteriKehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suamiSecara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteriApabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5. Lebih menghargai keluargaMelihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap.
Suami boleh membantu dengan cara:- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri

Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah anda menemani isteri anda ketika bersalin? Apa perasaaan anda?

Tuesday, February 21, 2012

Yellow

Adoi, dah terbabas sungguh entry nih. Dah masuk bulan Febuari .. dah dekat2 hujung pulak tu.. baru nk post…Hehhee..
Sepatutnya pnmama plan nak buat entry ni masa mula-mula akak masuk tadika .. tapi xada gambar n kamera nk tangkap sebagai tatapan anda semua…
(macmlah anak pnmama tu artis)
 La nie akak dah  dapat baju uniform sekolah n Kamera pon dah ada.. Layan …
 entry  nasi basi dah nie.. .. sbbnya  pnmama bizi bebenor  malas rasanya … tapi
oleh sebab ramai anak2 kwan pnmama yng masuk tadika…
 so pn mama pun nk ceritalah..

Hari ni , cukup sebulan lebih akak masuk tadika Aulad Bestari..
 (tadika Arab + English +Melayu)… Almaklumlah, en Abah nk jadikan kakak USTAZAH… he..he…

 Semalam kakak baru  dapat uniform sekolah...sket punya lah besar even size S. Pnmama ingtkan ikut Saiz baju Supermarket ..so pnmama kasilah saiz L..
sekali akak Bawak balik.. mak aiiii… nie saiz S ke L… besarnya…Mybe lepas nie pnmama kenalah bawak akak p otter baju kat kedai Cina Uniform .. Pnmama beli 2 Pasang.. lepas nie Rasanya nk ambik lagi 2 Pasang.. bukan apa takut xsempat Basuh..
gambar kat atas ni di ambil pagi tadi ,
 Request kakak pagi nie..semuanya nk Yellow .
.dari Baju, seluar , beg , ikat rambut ..
 nsib baik x kasut nak Oiiii ..kalau x jenuh nk mencari colour Yellow.. ha..ha…

Wednesday, February 15, 2012

‎8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah



1) “Sekali suami minum air yang disediakan... oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

Tuesday, February 14, 2012

Wednesday, February 1, 2012

‎6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM



1.) Dia bekerja dengan Allah.....jadi 'kilang
'manusia
.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...