Tuesday, July 27, 2010

online lagi...

Salam... saje nak kongsi cerita...bukan nak kongsi citer bab En abah Masak memasak ke apa, sebab ari ini nak cerita bab Raya…wah punya Jakun excited pn mama sampaikan x dan nak posa dah fikir dah barangan raya untuk anak2…. 
He..he…ada pn mama kisah …,semua nie pn mama beli pakai duit sendiri … 
no duit En Abah ok…....


Tadi lepas lunch , pn mama terus masuk kerja ..dah terjah Facebook…. Terpandang kasut yng Kak Zel Tag kan dalam FB dia… Cantik… pn mama pun trylah View tuan punya FB …..eh..cute-cute nya kasut baby. wah banyak lagi yg cantik2… terpandang lah sepasang kasut ini Tgk harga, boleh tahan …terus buat pn mama jatuh cinta….
ini yang pn  mama berkenan....
 :
:
:


Lagipun Memang target beli yang simple untuk raya kali ni sebab tahun lepaskan adik masih dok dalam perut pn mama…. Tahun nie pn mama kenalah berbelanja sakan..al maklumlah ada 2 anak dara… So tahun ni bersemangat la sket nak beli kasut untuk anak2 tersayang kan.

Nampaknya dah settle pn mama beli barang adik , kasut baju ... ..
Cuma kasut raya si akak je x lagi… wah di mana harus pn mama cari iyer… Plz Help Me....
pn mama? Thun nie rasanya x pakai kot kasut raya… sbb bajet lari ma…. Tapi kalau en abah hulurkan apa salahkan …. Betul x…

Thursday, July 22, 2010

So penyebab sakit “D”

Oklah, tadi pn mama cerita pasal penyakit “D” …. So penyebab sakit “D” itu adalah ….

sejak kebelakangan nie pn mama kerapkali sakit gigi... asal malam jer sakit gigi... sakit gigi jer asal malam... adoaiiii sakitnya hanya Allah jer lah yang tahu. Tapi Pn mama stail lagi makan Ketul Ais ok, … time lunch tetap dengan Tea ais …. Kesebabpan lain

Jangan tak caya gigi bongsu pn mama lom tumbuh key... walaupun anak dah dua, laki suami tetap satu …. Kali ini dia nak tumbuh di sebalah kanan pulak tu…. Sampai deman2 pn mama.

orang kata lah bukan pn mama kata , gigi bongsu nie kalau nak tumbuh bukan sekali harung... dia akan tumbuh sikit2... tahun lepas gigi bongsu pn mama sebelah kiri bahagian bawah dah nak tumbuh...Tapi terbantut…sebabnya pn mama suka kulum ketul ais ..bagi sejuk mulut… Mybe kali ini , dia nak balas dendam kot….wa…wa….Mak sakit….

memang betul kata orang sakitnya Allah jer taw
tetiba jer teringat kat Nenda little princess…masa tu pn mama gelakkan mak pn mama sebab dia sakit gigi… makan pun susah..cakap lagi lah…Sebabnya nenda little princess pun tumbuh gigi bongsu… dah tua2 baru nak tumbuh...ha..ha... pn mama syorkan kepada mak pn mama supaya letak je ketul ais kat tempat sakit… macam pn mama buat…
Nah…sekarang pn mama pulak yg terima seksanya…
“ampunkan anakmu mak, along x terniat nak gelak kat mak…” 
Mak x ambik hatikan dengan along….mak sakit nie….

Sakit macam nie, nak makan pun susah, nak cakap pun susah… Rasanya mcam orang bisu je…. Dahlah pn mama tak leh nak bukak mulut bebesau huhuhu….. Nak tempik kat tempat kerja n umah…. Seksa bebenor rasanya….

p/s : apa2 je la....!!!!....arghhh!!!!...sakit nye.....!!!
Tapi Ketul Ais tetap di hatiku...
Biasalah DUTA ketul Ais....

Pn mama di landa Penyakit “D” yang paling teruk pn mama rasakan

Pn mama di landa Penyakit “D” yang paling teruk pn mama rasakan…  Tajuk Yang paling panjang kan...kan.... 5 ari pn mama kena Penyakit "D" , 
dah setahun pn mama tak kena demam.sebab biasanya nak kena demam tapi macam tak jadi.kali ini,tak  jangkit sapa-sapa. tiba-tiba kena demam.

Aktiviti pn mama asyik dok berlingkar atas tilam je…. Anak-anak ….si bapak depa , n Nenda, tokabah serta mak dan pak menakan depa yang jaga…. Iyer pn mama memeng x boleh handel ok… sampaikan pn mama sendiri pun x mampu menjaga diri sendiri.

Pn mama pun tak tau, adakah imune badan pn mama makin susut..??? Mungkin btul jugak cakap En Abah , pn mama ni kalau mkn ubat, mesti tak abis... mcm manalah badan nak sehat btul2..??, Nasib Baik pn mama x kena selesema, kalau x , lagi teruk rasanya…. Habis urat2 dalam badan mcam tegang je… mcam kena siat2 dengan pisau… sakit tu…kepala berat je…. Mata pulak nak asyik mengantuk…macam mat gian kena syabu…

Hari Jumaat pn mama start deman, masa tu pulak adalah hari Karnival di Tempat kawan pn mama…Changlun Kedah…. Yang pn mama baru promosikan ari Jumaat lepas...entry dia di sini..

Bangun pagi, siapkan anak2 mcm biasa… hantar umah pengasuh … balik umah kemas pulak barang2 anak yang nak di hantar ke umah Mak , petang karang oleh en abah, Tengok jam dah kol 9.30 pagi… Kol My Best friend pn mama, dia nak p kol berapa… sembang punya sembang dah kol 9.45pgi…apa lagi, bergegaslah pn mama meluru ke bilik air..mandi… Time tu tiba2 badan pn mama rasa sejuk semacam…. Ah x kisahlah…. Cepat siap kol 10.00 pagi nk tolak p dah…

Pn mama bawak si panjang … so pasang aircond paling kuat, nah… bencana cari sendiri… Selepas jumpa semua kawan2 kerja pn mama sembang punya sembang , walaupun di bawah khemah… tapi Bahang panas memang terasa sangat2 al maklumlah tempat letak kereta …bayang sendirilah mcam mana. …

Geng perempuan terus ajak p makan…. Pn mama x order makan… tapi pn mama order Tea ais…. Nah lagi Bencana… so bencana 1+ Bencana 2 + bencana 3 = Deman 5 ari…..

Lepas minum , pn mama rasa bdan dah xleh nak stabil dah… Kak Hanie pegang mama..dia cakap Panas…Bayar duit minum , pn mama jalan p Farmasi beli ubat deman… si Penjual tu pulak boleh loya buruk… macam nak sekeh je kepala dia… pn mama dah lah deman… boleh bersoal jawab pulak… kalau nak mengorat silakan…

Pecut kereta, nak balik Dindong…. Xnak balik arau..walaupun adik pn mama ada kat umah mak pn mama…. Masa bawak tu pn mama memang x stabil… seorg2 pulak tu…dalam hati pn mama doa…”Ya Allah , Kalau Boleh izinkan aku melihat anak2 berjaya dulu, sebelum aku menutup mata”.

Alhamdulilah sampai jugak akhirnya.. pn mama tengok si Kurus ada…so si en abah sudah balik… dah xdan nak phone2 …pn mama Hon terus… terus en abah buka pintu… tengok bini isteri dia yang dah terkulai macam ikan kena salai…

Makan Ubat, terus selimut sampailah en abah p kerja pun pn mama x sedar, balik kerja baru pn mama sedar… so ari tu , en abah kena p ambik anak2… pn mama dah x larat dah…

En abah cakap, xpayah balik arau…sebab dia boleh handel 2 ketul Mas dia… ok,  pn mama x ambik peduli pn … janji pn mama dpat batal cukup.

Esok pn mama n en abah Hantar 2 ketul Mas tu ke umah Nenda dia di arau..pn mama pulak , en abah bawak ke klinik sebab hairan bini dia x kebah2 pun … telan ubat dah habis 1 papan…lepas p Klinik, Pn mama terus balik umah.... 
Kebodohan pn mama jelas di situ iyer.... pn mama lupa mintak MC... untuk hari isnin..xpasal2 cuti tahun tergadai ... 2 ari pulak tu... 
Balik umah mak, so pn mama jadi ular sawa je... anak-anak ..tok dia ada... so pn mama rehat jelah... 
Tq semua... syg jugak korang kat pn mama...


Salam buat pembaca blog bersawang pn mama nih......

Salam buat pembaca blog bersawang pn mama nih….
Hiasan semata-mata...Copy Google

lama kan tak apdet, last update ialah Jumaat lepas, 

Sabtu n ahad xpayah lah cerita memang xakan update pun… al maklumlah Bizi bebenor menjadi House wife… n Isnin selalunya akan keluarlah entry terkini , apa yang pn mama buat… But hari ini dah Khamis, Semalam adalah hari first pn mama masuk kerja setelah pn mama di landa Penyakit…..
Tapi x lah Panyakit serius ok… Cuma Deman je….

Semalam pulak pn mama nak update …but pn mama mengalami penyakit M tahap gaban!! mmg malas gile nak hapdet blog..bersawang pun bersawang le...malass..malass...malasss......dush dush dush!!!


Tapi demi Hampa, pn mama akan update …he..he…hari ini dan esok … cerita pasal carnival, pasal deman n terbaru penyakit “G” telah menyerang pn mama….
Adios….

Hate to baby girl

2010/07/22

Link dia di sini
Berita Harian Metro  


AMPANG: Bagai hidup pada zaman jahiliah, seorang bapa tergamak mengasari isterinya disebabkan kecewa wanita itu melahirkan bayi perempuan yang juga anak sulung hasil perkongsian hidup mereka.
Sejak isterinya hamil dan diberitahu doktor anak dalam kandungannya dijangka perempuan, lelaki terbabit sering memukul isterinya.

Lebih menyedihkan, selepas bayi perempuan itu dilahirkan, dia menjadi mangsa perbuatan zalim bapanya dan perbuatan itu berterusan sehingga usianya kini lima bulan.

Dalam kejadian terbaru, dua beranak itu diperlakukan dengan kejam apabila lelaki terbabit memukul bayi dan isterinya selain turut mengurung wanita berkenaan apabila mangsa cuba melarikan diri.

Menurut sumber polis, kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi, 7 Julai lalu apabila mangsa yang berusia awal 20-an ketika itu berada di rumah manakala suaminya yang bekerja sebagai pengutip barang lusuh baru pulang.

“Sebaik tiba di rumah, lelaki terbabit tiba-tiba menghampiri bayi perempuan mereka dan dalam keadaan naik angin dia melepaskan tendangan ke arah bayi itu yang berada dalam buaian.

“Bayi berusia lima bulan itu diperlakukan dengan kejam apabila dia bukan saja ditendang, malah turut ditumbuk dan ditampar bapanya sehingga cedera di badan, mata dan kepala,” katanya.

Sumber itu berkata, sambil membebel kepada isterinya, lelaki terbabit terus menerus memukul, menumbuk dan menampar bayi berkenaan walaupun cuba dihalang wanita berkenaan.

“Lelaki terbabit turut mengatakan rasa tidak puas hati dan mendoakan supaya bayi berkenaan mati selain mempersoalkan isterinya mengapa tidak melahirkan bayi lelaki,” katanya.

Sumber berkenaan berkata, isterinya yang tidak tahan perangai lelaki terbabit menghalang suaminya dan cuba melarikan diri bersama bayi mereka ke rumah ibunya tidak jauh dari situ.

“Bagaimanapun, tindakan wanita berkenaan mengundang kemarahan suaminya apabila dia sekali lagi mengamuk.

“Lelaki itu memukul dan menumbuk isterinya tanpa belas kasihan dan mengurung wanita berkenaan serta bayinya selama tiga hari dalam rumah bagi mengelak dua beranak itu melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, bagaimanapun dua beranak berkenaan dapat melepaskan diri selepas lelaki terbabit keluar bekerja dan terlupa mengunci pintu rumah.

Ketika dihubungi Harian Metro, wanita itu yang meminta namanya dirahsiakan berkata, kekejaman suami ditanggungnya sejak hamil dan dia kurang pasti kenapa suaminya benci serta marah apabila dia melahirkan anak perempuan.

“Apapun saya bersyukur kerana suami terlupa mengunci pintu rumah. Jadi, saya dan bayi saya dapat melarikan diri ke rumah ibu yang tidak jauh daripada rumah kami,” katanya.

Menurutnya, akibat kejadian itu dia membuat laporan polis dan membawa bayinya mendapatkan rawatan di Hospital Ampang.

“Anak saya cedera di beberapa bahagian badan dan ditempatkan dalam wad Hospital Ampang selama empat hari,” katanya sambil memberitahu suaminya tidak pulang ke rumah sejak kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan menjejaki lelaki terbabit yang dipercaya sudah melarikan diri.



Padangan pn mama lah: 
Memang Jantan tu , x bersyukur Langsung... xleh pikir ke  orang lain yang kahwin dah lama , x di kurniakan anak macam mana...harta berduyun2.... Pn mama memang kalau boleh nak tangkap je Jantan nie...humban dalam Belanga Minyak Panas yang dok mendidih... Orang lain pun anak perempuan berduyun2 . x kisahpun.... termasuklah pn mama... aku ada 2 anak perempuan... ada aku kesah...dah rezeki Allah Taala nak bagi...  Macam lah bini ang tu xleh beranak lagi... lepas nie buat anak tu pandai2lah... mintak petua... macam pn mama... Piss "kak Ima Kota, bagi sikit Petua".... Kalau nak di ikutkan... Anak perempuanlah untung... mana xnya ... dah besar, dah kerja elok2 ...buatnya kahwin degn anak2 datuk ke..anak2 raja ke...sekali kahwin berjuta2 ringgit malaysia hantaranya... sapa untung....

so  to My little Princess Qashrina Imani & Uzma Irdina , Mama nak ...lepas nie cek berdua kahwin dengan VVIP no yang original ok.... cilup2 x mau ... bangga jugak pn mama berbesan dengan depa.... 

Thursday, July 15, 2010

Esok... Pn mama kena Pergi...

Sila Clik untuk pembesaran Body .... Gambar 

esok pn mama akan  ke Changlun Kedah, bukanya jauh sangat pun... 25 minit dari Arau je...umah nenda Little Princess. Sebelum nie , iaitu 11 Julai 2010 pn mama kena pergi ke Balik Pulau , Peneng sebab KKS yang sama...al maklumlah  ada 2 event yang grand-grand kat belah Utara nie...ala-ala JOM hebeh Gitu... Tapi pn mama xleh p sebab ada masalah Teknikal...so yang kali ini , kenalah p ... kiranya ambik kedatangan tu ...wajib....3 ari akan berlangsung, Jumaat , Sabtu dan ahad... 
Geng Utara , macam peneng depa nak dok Hotel... pn mama???? mybe Jumaat tu je kot... xpun ulang alik jelah... en abahkan ada..boleh jadi driver...he..he..

PID yang terlibat...PID...
Bukit Kayu Hitam (Tuan Rumah) ..Balik Pulau ...Tasek Gelugor ...Kuala Nerang ...Sik ....Yan  dan Pid PN Mama ..PID Simpang Empat ...

semoga karnival yang  Di rancangkan akan berjalan dengan lancar...

"Mai no...jangan x mai...."

Ibarat Pn Mama la nie...seksi Seksa U....

Friday, July 9, 2010

He…He…En Abah Masak Lagi…Chef Labu Kembali….

Salam entry di Pagi Jumaat …cerita hari nie MENGENAI hari Rabu Malam dalam minggu ini jugak…But Pn mama Bizi malas Bebenor nak update ,  tengok tu cerita dah basi tapi gedik jugak nak tayang... … Hampa nak baca silakan , hampa xnak baca …ada pn mama kesah….
… Al Maklumlah, Wanita Berkerjaya…..wah gitu….

Berbalik pada entry yang sebenarnya pn mama nak publish hari ini adalah mengenai
en abah …. He..he…en abah masak lagi….
wah untungkan pn mama …xpayah kalang kabut time lepas kerja masuk dapur….he..he…
kali en abah masak….

1. Ikan Red  Sweet Sour 
 ikhsan Google

2. Kobis Goreng with potato n Buncis..
 ikhsan Google
3. ayam Goreng ala-ala nak KFC…( khas untuk anak) tapi pn mama gap sama...
 ikhsan Google
4. Chili Padi Cut along with Ketchup a.K. a Cili Padi Potong bergaul dengan Kicap…
(khas untuk pn mama)

Selalunya pn mama suruh en abah masak ayam je…. xpun daging…but Pn mama request
Kat en abah nak makan ikan pulak lah…. Jemu asyik makan ayam… so Balik kerja Petang Rabu tu pn mama pun p la market petang kat pekan simpang nie…cari ikan…
nak cari ikan …nak cari Ikan…. 
Namun ianya mendukacitakan pn mama iyer…. Ikan yang pn mama cari xada….yang ada ikan nak buat laksa…ikan putus Cinta Termenung , Ikan Sardin, Ikan Nyiuk2 n Last Ikan Red …. 
Pn mama cari Ikan ketul …yang buat asam pedas tu…. Sebab pn mama memang nak makan asam pedas…but I not pregnant ok…

Pn mama beli ayam, n Ikan Red….lantak lah…nanti taulah en abah nak masak apa…. Bukan pn mama masak..but en abah masak…. Keji punya bini kan… 
To en abah : I Lap U....lepas nie masak lagi
MySpace

"Sweet Cute Baby Smile Contest".


Create your own banner at mybannermaker.com!

Create your own banner at mybannermaker.com!



Contest : SWEET CUTE BABY SMILE CONTEST
Anjuran : Intankuterpilih
Tarikh tutup penyertaan : 31 Julai 2010
Contest ini di anjurkan sempena pembukaan blogshop beliau … Baby Ku Cute Collections
Iklan Dari Kata Hati Pn Mama
Dok Tercari2 Baju Raya untuk Puteri n Putera Tersayang untuk Raya n Untuk Pakai Jalan-Jalan….wah di sini lah tempatnya…he..he…. Baby Ku Cute Collections

Sila Click Iyer …Baby Ku Cute Collections…… Baju dia memang Cute, Up To Date…yang paling penting Murah - Murah Tu…. Dok depan PC , Clik Je…dah Beli…. Bayar  senang kan… di hujung jari anda Sahaja …


N Kalau sapa nak join Contest untuk  Si Manja anda….silalah Click ke  intankuterpilih

Jom Ramai-Ramai Kita Pakat Klick .....Ok....




Oh ya, lupa lak nak bgtau syarat-syaratnyer : ( Copy Paste from Puan Penganjur yer )

1) terbuka kepada semua blogger  - DONE

2) buat satu entry bertajuk "Sweet Cute Baby Smile Contest". tajuk lain tak diterima okeh... - DONE

3) letakkan kedua-dua banner di atas pada entry korang tu.dan letakkan juga kedua banner di atas pada sidebar korang sepanjang contest nie berlangsung. - DONE

4) add blog intankuterpilih dan Baby Ku Cute Collections di dalam bloglist/blogroll korang dan wajib menjadi follower bagi kedua-dua blog nie... - DONE

5) upload sekeping gambar simanja... tak kesahla gambar anak ker, anak sedara ker, adek ker... boleh hantar banyak kali untuk seorang blogger, tapi bukan simanja yang sama.dan sekeping gambar untuk satu entry. - DONE

6) make sure gambar tu menunjukkan si manja tengah tersenyum memandang kamera...diulang yea, tersenyum memandang kamera...taknak pandang lain selain kamera...gambar tidak boleh di edit dan bukan gambar studio. - DONE

7) simanja hendaklah berusia 0 hingga 3 tahun. - DONE

8) di bawah gambar tersebut hendaklah disertakan NAMA SI MANJA, UMUR SI MANJA dan NAMA IBU. - DONE

9) pada entry tersebut, jangan lupa mention sekali blog intankuterpilih dan tolong promote Baby Ku Cute Collections beserta  link back sekali key... hehehe... DONE

10) bila dah confirm complete semua syarat di atas, sila tinggalkan link korang di ruangan komen entry nie... -DONE

senang kan syarat-syaratnya..??ala macam biasa gak yang korang selalu join contest tu...
2 orang pemenang sahaja akan dipilih, seorang dari kategori boboy, dan seorang dari kategori gegerl...
hadiah adalah berupa duit raya untuk si manja bernilai RM50 setiap seorang... 

aku akan lantik 2 orang juri profesional untuk mengadili contest nie...dan juri tersebut bukan dari kalangan blogger.

tarikh tutup pada 31 Julai 2010. 
dan pemenang akan diumumkan seminggu selepas tarikh tutup.
*
*
*
*
Yang Pn Mama Pertaruhkan 


NAMA SIMANJA: NUR QASHRINA IMANI   BINTI SABRI
UMUR SIMANJA: 2 TAHUN +
NAMA MAMA : RAHIMAWATI BINTI ABDUL RAHIM

Thursday, July 8, 2010

Model yang terlebih .....

Ceritanya di sini.... so Modelnya di sini...

akak dapat dari Kakak angkatnya yang dok KL.... 


Aksi Seksi Seksa....


Yang Bawah nie pulak, baju yang Pn mama beli online...

.

Segmen Anak2 Murid dan pengguna bersama PID


Dah lama Pn mama nak buat entry segmen Artis-artis Anak2 Murid dan pengguna bersama PID kannn... Macam MR…..Tapi…Tapi pn mama sesungguhnya rajin malas nak tangkap gambar2 depa tu…. Satgi depa syok terlebih pulak….
He..he…Tapi dah xada Idea nak tulis kat blog untuk pagi hari ini, so ala-ala hari tu pn mama tangkap gambar curi asyik dok peram dalam Handphone ja 
baik pn mama …Tayang jelah….

Kelas Komputer intake bulan Mac / April ….. Geng Makcik-Makcik dalam bahasa Orang putih geng auntie2 but…don’t call auntie …. Nanti kena cepuk kang …Call akak… he..he…, 

Pn mama pun ada anak murid yang tua2 Vateren n Pengguna Yang tua2 Vateren … 
Sapa yang kerja macam pn mama memanglah tahu mcam mana jadi cikgu mengajar orang tua Vateren kan…ha..ha…. 

Namun Sebagai penjawat awam lantikan kontrak yg baik budi..lagi cute Pinjam ayat KaK zel sat…so nak xnak kenalah melayan karenah depa2 nie…Kadang2 tu terlebih di luar badang Bidang Kuasa pn mama… Tau…..

Sebelum depa2 nie (anak Murid Manja ), ada jugak geng anak murid lain ..tapi depa2 yang sebelumm nie bagus2 ..dengr cakap …. Ikut I Follow ja apa yang cikgu cakap…xada lawan2 cakap …Senang hati tau …mengajar depa …Tapi Yang ini , sampaikan cikgu pun naik pusing…. Bukan Pn mama nak kata , tapi itu memang Kenyataannya….Penat sesangatlah penat … 
Baiklah memperkenalkan Artis-artis anak murid PID Simpang Empat yang Ajaib , Rajin terlebih, Happing terlebih , n Yang paling x tahan Manja dengan Cikgu Terlebih….mengalahkan Budak2 Tadika…

Faham sendirilah iyer…pn mama malas nak cakap….


Nama dia, pn mama xtahu ,, tapi pn mama panggil dia akak Hani ....... Dulu adik  dia ada belajar Basic Computer kat tempat kerja  pn mama....excel n Blog...je...xpalah memang syarat dalam kelas asas kena ajar excel n intenet ...Blog tu exra je sebab Masa itu kan dok heboh bab2 KUS nie....Anak Murid Pn Mama yang "Pandai terlebih".., pn mama bukan marah n pn mama x kisahpun dia nak pandai ke apa ke...tapi yang x tahannya ....dia suruh pn mama ajar dia buat "Calorex" entah betul entah tidak pn mama eja...ala program buat buku cerita kanak-kanak tu.... Wah ini , di luar bidang Job pn mama...dah la xada perisian .... nak pulak pn mama buka kitab lama ....wah x sanggup pn mama.... sabar je lah....Nasib baik dia bawak Laptop sendiri , sebab Laptop dia ada perisian itu..... Apa lagi pn mama terus buka Intenet ....buka You tube lagi...Dalam hati pn mama " ko belajar lah sendiri".... 2 kali je dia mai.... lepas tu terus x mai dah....selamat...




Yang ini pulak kelas paling Happing , n Manja terlebih....sikit2 Cikgu ....sikit Cikgu.... 
Yang x tahannya ialah ada anak murid yang gelak kuat...kiranya boleh bergegar la post opis nie..... so To Mamma Kimi , geng mu rasanya ada kat sini...jagan marah ....
Yang Paling pn mama x tahan...Akak yang dok pegang mouse Pink panter nie manja terlebih  tau  ....
Bila cikgu Nik ajar...senyap je , macam semuanya paham..... bila cikgu  nik tinggal je ...suruh buat sendiri , mulalah dok tanya sana sini...termasuklah pn mama , suruh tunjuklah..suruh yang itu, yang ini....Bukan pn mama x ikhlas nak tolong...But...mcam xnak usaha sendiri.......Nasib baik  nie kelas cikgu  nik... kalau Kelas pn mama ...mesti tension sesungguhnya... Kiranya kelas ini ada 1 Cikgu , 1 pembantu... lagi satu, depa nie suka potong, x suka dengar cakap cikgu yang mengajar...kadang2 tu pn mama rasa kesian sangt kat cikgu Nik... mcam dia cakp dengan angin...iyerlah anak murid boleh bersoal jawab sesama depa...sabar jelah... Yang belakang dia tu yang tudung hitam, suka gelak kuat, cakap kuat....kadang2 tu selamba je keluarkan ayat2 yang lucu lucah2....wah rasanya macam pn mama dok market je...
Kelas Depa Ari Isnin n Selasa... 




Yang ini pulak, Pengguna Komputer tempat kerja pn mama.... pn mama panggil auntie je sebab x tau nama dia ....ha..ha..ha...
Tiap2 ari jumaat lepas sembahyang jumaat mesti dia datang dengan anak perempuan dia....teman buat kerja sekolah katanya ....Baik punya Mak kan.... Yang x tahannya selamba biawaknya dia main Games yang ala2 judi tu kat komputer tempat kerja pn mama  .... Anak dok pakai intenet , bukan buat kerja sekolah ...dok cari gambar artis Cina.... lepas tu tunjuk kat mak dia... he..he...Like mother Like Daughter.... Kadang2 tu siap Prints ...
Tapi yang bestnya...walaupun tengok kot tepi dia pakai selekeh...But kalau tengok depan Fesyen baju dia mengalah artis ....adalah kadang2 tu seksa sikit...but dia Chines ...mana tau  ada dosa pahala.... Pn mama??? orang dok tayang...apa lagi tengok jelah....sambil kutuk dalam hati...

Wednesday, July 7, 2010

~tq MAMMA kimi~


 
UCAPAN

kasi award ni.. ho ho ho...pn mama x sangka dapat jugak award nie…
Terima kasih, banyak2…..rasanya x terbalas Jasa PUAN ZAMILA yang bagi award ini….
Sedangkan pn mama just syok2 , gedik2 , gatal2 ,nak kutuk2 dalam hati…. And yang paling penting nak tayang apa yang pn mama dapat,keji punya orang
"kutuk"…walaupun hakikatnya pn mama bukan suka kutuk orng tu depan2 … tapi dalam blog ini…Pn mama luahkan segala yang pn mama nak cakap...
Realitynya
 al maklumlah Badan macam Papan gelungor nak gaduh2 dengan orang…. Tapi kalau Darurat pn mama buat jugak… sekali pn mama tempik menjerit , sakit telinga sampai mati…. Ha..ha…,

Niat lain Nak Glamur jugak U…. Ingat Hampa Ja….ha…ha…ha…
Apa2 pun Thank To semua yang sudi , jugak dok sekodeng blog pn mama nie..walaupun banyak merapu dari yang boleh pakai…

SOALAN2

1. apa nama blog dan knp letak nama itu?
- nama Blog Family Pn Mama Atie , saja letak macam tu sebab anak dah 2 , so xnak nanti depa(anak2) dok pertikai…. Pn mama kenalah adil kan…..ha..ha… sekali harung senang…

2. apa nama URL blog dan dari mana datangnya idea itu?
-http://pnmamaatie.blogspot.com
- idea ni dtg sebab nk citer hal anak-anak, hal laki suami , hal pn mama…selaku pemilik kekal… kiranya hal kehidupan pn mama sehari2... huhuhu..pijam ayat ang sat nunu

3. apa method dlm penulisan anda?
- ikut suka hati nk guna ayat n penulisan mcmana.. sbb ikuT HATI ...yang pasti pn mama akan tulis dalam Bahasa Melayu …. BI tu ada jugak ..buat kena buka Kamus dulu….

4. pernah terasa nak hapuskan blog? sebab musababnya?
- Nak Hapus tu xada lah lagi…. Nak Ubah suai tu ada… Tapi pn mama dah Terhapuskan Blog kesayangan pn mama … so yang nie nak jaga elok2 …..xnak pisang berbuah dua kali.

5. pernah ahli keluarga anda baca blog anda?
-ada gak la.. My little Sister, My Hubby….he..he… n Mybe My little Brother…al maklumlah dia suka mengitip dalam senyap …ala2 SPY Gitu...

6. bila blog anda diberanakkan?
- tahun ini .. tp x pasti bile tarikh nyer... huhu

7. apa perasaan anda bila ada org berkata ttg blog anda d sekolah?
- Syok Sesangatnya…..Macam nak terjun banggunan…boleh jawab mcam tu…

8. sepuluh org sterusnya bakal di tag.
~ kepada Ex pid ,Kak Su ,  Kak Aida, Iera n Lieya dan sesiapa yang nak jawab…silakan…~
...

Tuesday, July 6, 2010

SEMANGAT RAYA

Pn mama ingat nak update…. sbb bulan Rahmadan pun dah dekat sgt da…. insyaallah Bulan depan dah nak Posa… kali ini pn mama x payah ganti  ok…sebab sepanjang Posa tahun lepas pn mama dok boyot…masa tu dah 8 bulan, lepas Raya ke 5 Pn mama pun dah lahirkan si little princess 2…
Tahun sebelumnya pn mama just , simpan duit untuk beli barang Raya untuk akak… tahun nie pn mama terpaksa, keji punya mak  simpan duit untuk beli barangan anak-anak  2 kali ganda… macam biasa…slogan pn mama time nak raya
“anak bergaya lebih xpa,”…
So Pn mama kena Updatelah apa yang pn mama n en abah dah beli… betul x?... 
walaupun pn mama malas nak update sebenarnya …layan je lah…
Pembelian Online..... di laman web ini...


Little Princess 1 Punya baju...

Little Princess 2 Punya Baju

Nie Baju pn mama beli online kat Kawan pn mama masa kerja kat KKLW dulu…nie
Alamat bLog dia ….tengah lelong, al maklumlah , nak meletup beranak bulan depan….

Esok kalau rajin pn mama bubuh baju en abah beli ....n ...akak dapat dari Kakak angkatnya yang dok KL....

Meletup...

Ok sebenarnya nak cerita pasal Entry hari ahad pulak, ari ini pulak nenda, mami n tok abah nak ke Alor Star …sebab nenda n mami nak shopping kain raya …al maklumlah , nenda dapat bonus n Mami pulak tengah ada duit nak shopping ..he..he…tapi pn mama bukan  nak cerita pasal tu …Tapi pasal aircond di umah pn mama meletup….wah malam nie tidur tanpa aircondlah pn mama 1family…..wa…wa…wa…

Pagi ari ahad, en abah phone sebab nak tukar Car sport pn mama “si kontot” dengan “si panjang”….BMW pn mama…Oklah , pn mama x bizi lagi time tu…. Dlam area kol 12 tgh , Bermulalah kebizian pn mama …. Nenda ,mami, tok abah n Akak…go to Tesco alor star ..sebab nk p shopping raya…pn mama hanya kirimkan akak iyer, so adik dok dengan pn mama…sebab pn mama x pergi...

Col en abah, Tanya dok mana…. Dia cakap dok kat Umah Mil…. Suruh p sana… ambik en abah….Si kontot nak tinggal sebab si Ybil nak guna (Younger Brother In Law) nak guna…Ok lepas , ambik en abah…berdesup balik umah sambung kerja semalm yang x habis…lipat kain baju yng pn mama basuh semalam…lap mop bilik sembahyang…bilik utama n dapur… sambung basuh kain baju yang pakai di umah mak , pn mama bawak balik tau …pn mama x basuh kat sana…

En abah?.....di buai mimpi yng indah2 bersama little princess tu, di bilik utama bertemankan aircond n kipas….

Dah siap kerja, dalam kol 5 ptg…siap adik…n diri pn mama go to umah post monster master , kan ada kenduri…. Sembang sat, gossip sana sini, Tup kol 6.00 petang p pulak umah My lovely mom sebab nak ambik akak…. Nasib baik pn mama x jadi driver… Dok sat….makn2 dalam area kol 11mlm, sampai umah… Masuk Umah …..

Tiba-Tiba
….
….
……
…….

tiba-tiba 11 pagi pn mama tergamam sebab keadaan menjadi gelap-gelita dan kipas ruang tamu stop dan terdengar kecoh-kecoh suara En Abah tempik Menjerit Allah Hu Akhbar…... hidung pn mama , pulak terbau benda hangit macam terbakar, serius dalam hati waktu tu ingat ada kebakaran sebab bau hangit memang kuat gilerw! sangat mendebarkan. Akak jagan ceritalah dah ngis dah…. Adik pulak cool je dok dalam buaian…

Nak tahu apa yang jadi….

Sebelum

Depa pasang yang Nokia Cokia bahasa lain yang paling Murah .... je pada mulanya ..al maklumlah masa pasang en abah je ada.... Pn mama xada sebab bawak anak2 n Nenda balik Kampung nenda kat Sungai Petani...so pada mulanya pn mama heranlah jugak pasal apa x sama dengan Post Opis... Pid No aircond Iyer... En Abah cakap , depa pasang tu.... so en abah ON je lah...

Selepas

Yang ini baru sama dengan Post Opis..... Cek punya cek....rupanya en abah xnak tambah  duit bayaran untuk benda nie ...bukan mahal tara mana pun....kan dah terbang duit pn mama RM 60..... berkira punya bini

Ceritanya Begini....
Suis aircond yang on off tu tiba-tiba terkeluar Bunga api,  bila, en abah nk on kan …. En Abah pun terus pergi dekat main power nak hidupkan sebab mungkin tendang je kot.. …pn mama pun bangun tutup suis TV, apa-apa pun TV utama ok…. En Abah Masuk bilik utama , offkan suis aircond yang meletup tadi… Alhamdulilah , Karan, sigh Walia Elektrik pun kembali pulih…cumanya malam tu hanya pasang kipas pendek n kipas siling je lah …no aircond…..wa...wa..wa

Malam tu , kes yang sama..adik buat peragai sebab panas…dalam kol 5 pagi baru adik boleh tidur dengan nyenyaknya…..

Nasib baik 1 malam je…sebab Depa pomen mai perbaik dah semalam..kenalah dalam RM 60 Je…. Tukar suis…. He..he…

Tunggu entry pasal Raya akan mengusul…

Sambung Entry semalam,

Sambung Entry semalam, Sorry naik lori  sepatutnya pn mama tayangkan petang semalam …but pn mama terpaksa ambik 1/ 2 day, sebab pn mama terpaksa terbang ke Dindong sebab Ada pomen mai perbaik Aircond umah pn mama …nnti pn mama cerita lain… Pn mama syok sangat ari ini sebab pn mama dah beli baju raya kat akak n adik….he..he… 

Entry yang Sebenarnya ...
Pagi sabtu , lepas sembahyang subuh, pn mama pun lading2lah dulu…. Pn mama n anak2 je ok…kan semalam en abah p Perak, Pagi ini en abah kena p mePerasmian Jalan mati kat arae2 kangar….biasalah kalau dah jadi Kuli makan gaji dengan ex – samy Vellu punya kem….he..he….so apa-apa arahan kenalah ikut iyer x?
Pn mama macam biasalah, siapkan anak-anak… bagi makan dll  …. En abah sampai pulang ke Perlis dalam area kol 3 pagi,kan en abah p Perak.... so pn mama suruh en abah tidur kat dindong x payah balik arau....

Kol 1petang …. Start si kontot Balik Dindong, dengan niat nak basuh kain baju yang 3 Raga baju busuk misai masai , 1 raga kain baju kerja en abah… sapu sampah sorry Vakum, basuh pinggan mangkuk yang pakai pagi jumaat…. Lipat kain yang 1 raga penuh , gantung baju kerja pn mama … yang pn mama basuh hari isnin,…kiranya pn mama jadi Cleaner n bibik la …jawabnya…

Dalam perjalanan balik  ke dindong , Pn mama coling en abah, Tanya kat dok tang mana, en abah kata lepas perasmian, dia p  Makan kenduri n tengok expo…wah, bukan nak tolong bini…Isteri… Geram… 

Oleh sebab pagi pn mama x makan apa , pesan kat en abah beli nasik, n tea ais …so en abah beli lah… hantar balik dindong ….tu pun nak upah ok…. Upah? Faham2 sendirilah iyer, … sebagai isteri mistali kenalah jalan tanggungjawabkan…. Pn mama Malu….lari sorok dalam almari...

Selepas siap semua kerja dalam area kol 5.00 petang , pn mama Start si kontot Balik ke Arau, En Abah x ikut sebab nak perbaik mesin padi , kan nak ambik padi dah...weh penat , al maklumlah tinggal anak-anak kat umah nenda dia, dalam perjalanan pn mama dapat colling dari post master….rumah dia nak buat makan2 n sambut birthday cucu dia…nak , x nak pn mama kenalah tunjuk muka betul x?...

bukan apa, boleh caver pn mama kalau pn mama n Nik cuti serentak….wah jahatnya baiknya pn mama…. Sampai umah nenda dalam area kol 6.15 petng , so time untuk masak makan malam, Nasib baik kat umah nenda , pn mama x payah masuk ceruk bahagian dapur… sebab cik Mami yang masak , dapatlah pn mama rilex cikit…ha..ha….

Tapi yang x bestnya ….

Dalam area kol 2 pagi, adik dok merengek …x leh tidur…..wah cabaran sungguh , yang semalam ok je…malam nie buat pulak peragai… bagi susu , bubuh dalam buaian pun xnak…. Anak oiii…mama dah x larat nie…dahlah en abah x da … memang mengugat iman langsung… Nasib baik nenda, pujuk adik, n buaikan adik…. 
Kalau x memang tangan pn mama dah naik dah….pukul2 manja gitu , pn mama x dera ok….
Sambung entry hari ahad…

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...