Tuesday, September 21, 2010

Walimatul urus Kawan-Kawan

Raya tahun ni juga ramai yang buat kenduri kahwin ,pn mama tidak terkecuali menerima jemputan sahabat ke majlis kesyukuran mereka.Antara Jemputan yang pn mama dapat Paling jauh Terengganu, dan Paling dekat Sikit Alor Star. 
Pasangan2 itu adalah
1. Kak Sue dan Abg Alwi( Terengganu)
2. Abg Man dan Kak Dina( Alor Star)

Tanggal 12b Septembar 2010 bersamaan 3syawal-(kak sue dan suami) 
Untuk Kak Sue( Staf PID) sorry Kak sue, x dapat
pergi jauh sangat terangganu tu…,hanya doa sahaja yang dapat ku kirimkan khas buat kakak

Tanggal 13b September 2010 bersamaan 4 Syawal (Abg Man dan Kak Dina)
 mintak copy dari Fb Abg Man...

Bang Man pulak adalah Kawan Baik pn mama  dalam erti kata lain Ex-Classmate pn mama masa sama2 belajar dulu….sama-sama buat assigement , sama-sama cari formula untuk kelas en Halim... walaupun abag Man nie Tua setahun dari pn mama..but pn mama Happy masa kawan dengan dia.

Tahniah dari Pn mama sefamily Semoga Allah memberkati kalian dan suami/ isteri  serta kekal hingga ke akhir hayat.

Tu baru Kawan2 pn mama , x masuk lagi kawan En abah … pun ada jugak..

.
Apa yang istimewa sekali raya tahun ini, di walimah Abg Man , pn mama sanggup ambik cuti semata-mata nak pergi ke Walimah abg Man kerana Dah bertahun 2 juga pn mama tak berjumpa dengannya.Ala-ala reunion gitu..

Pn mama mengambil keputusan untuk pergi di sebelah petang dalam Area Kol 1.00 Tghari , kerana ada antara kami yang bekerja setengah hari.. maklumlah, Hari Isnin, Nasib baik En abah ambik cuti sebab nak selesaikan hal penting ..kalau x nampak gayanya x pergi jugaklah pn mama nie.. 

So pn mama kol Faridatul..nasib baik ada FB .. kat situlah pn mama jumpa dia kembali setelah ber tahun2 x jumpa selepas masing tamat latihan mengaji. 
Setkan time untuk pergi . Kitaorang hanya dapat sampai di kawasan umah beliau pada pukul 2.30 petang.
Anak2 ???pn mama x bawak ok..semuanya pn mama hantar pengasuh…

terjadilah pertemuan beberapa mata di antara kami, warga DTM 2002 , wah rindunya zaman tu… Walaupun tak semua yang datang,
tapi sudah cukup membuatkan kami semua gembira, mengimbau kembali kenangan-kenangan sewaktu belajar dulu… walaupun pn mama just jumpa Faridatul dan Pengantin je al-maklumlah dah lewat bebenor datang..Janji jumpa… waktu kitaorang sampai, pengantin dah selesai makan damai dan upacara mengambil gambar di pelamin.. So, kami ikut keputusan majoriti, kami pun amik makanan dulu lah.. Lauknya boleh tahan.. banyak jugak , Cuma layan diri… x mcam kenduri pn mama dulu hidang.. he..he.. teringat balik zaman kahwin dulu.. Boleh x kalau pn mama nak kenduri sekali lagi…gilakan pn mama..

Lepas sahaja menjamu selera,pn mama ajak Faridatul jumpa pengantin…sebagai tanda pn mama dengan Faridatul pergi majlis dia… Tapi biasalah bila jadi Pengantin nie tak dapat nak melayan kita lama-lama.Almaklumlah jadi Raja sehari ,Bercakap sekejap, bersalam dengan pengantin perempuan.. Terus pn mama mintak diri pulang…al-maklumlah 2 ketul Mas tu,  cukup time kena p ambik…

Yang bestnya jemputan Abag Man nie bukanya berkad2 macam zaman pn mama dulu,zaman canggih la nie.. al maklumlah tiap2 ari dok jumpa jugak tapi dalam FB lah… jemputan pun pakai FB…kan untung.. x payah perabihduit nak beli  setem ...

 Bila berjumpa sekejap, macam tak puas. Walaupun sekejap, dapat jugalah melepas rindu, walhal tiap2 ari jumpa di FB boleh dikatakan  tiap2 ari..tapi bila jumpa Real… syoknya sampai x tahu nak cakap.

Doa untuk Pengantin Ikhlas dari pn mama sefamily 

"Ya Allah, Ko Satukan Lah Hati Umat Mu Ini, Sepertimana Kau Satukan Hati Adam Dan Hawa, Dan Sepertimana Kau Satukan Hati Muhammad S.A.W Dengan Siti Khadijah."
Semoga Tuhan Merahmati Kamu Wahai Sahabat, Semoga Kamu Kekal Ke Akhir Hayat, Semoga Ceria Kamu Hingga Ke Anak Cucu..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...