Wednesday, May 2, 2012

Selamat Hari Lahir yang KE 4 buat anakku


Selamat Hari Lahir yang KE 4  buat anakku 
Nur Qashrina Imani bt Sabri. 

Sungguh cepat masa berlalu.. rasanya baru hari ini  mama melahirkan kamu  ke dunia ini.wa..wa..wa..wa..

Walaupun dah masuk umur 4 tahun, tapi kemanjaan mu yang paling terselah.. namun Kematangan mu juga jelas kelihatan apabila mama menyuruh kamu menjaga adik-adikmu  & membuat kerja yng mama suruh.

Pada hari ini 02 mei 2012,  maka genaplah usia kakak EMPAT  tahun.. Alhamdulillah MAMA dikurniakan oleh Allah seorang puteri  yang comel,manja dan  bijak malah diusia kecilmu ini juga kakak seakan-akan sudah pandai menjaga hati orang-orang disekeliling termasuklah mama dan abah .
 (sebab tu jadi cucu kesayangan Tok Mama)..

Terima Kasih kakak kerana menambahkan lagi keceriaan dan kebahagiaan dalam keluarga kita. Insyaallah.. mama doakan kakak  akan menjadi anak yang soleheh dan berjaya di dunia dan akhirat.. 

Kasih sayang dari mama, abah dan adik-adik  akan senantiasa bersama Qashrina Imani, untuk selama-lamanya..sehingga hujung nyawa.. amin..

Monday, April 30, 2012

KUASA SEORANG YANG BERNAMA WANITA


* Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi. Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.

* Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan wanita :

1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon

* Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama :

1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri beginda yang lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.


KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN

* Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.


KUASA LAYANAN PEREMPUAN

* Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.


KUASA DOA PEREMPUAN

* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah ?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


KUASA TAQWA PEREMPUAN

* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

* Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti
dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw:

"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan
diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."


Wallahua'lam

 copy dari FB

Wednesday, April 25, 2012

22 Sebab Malaikat Rahmat tidak akan memasuki rumah anda



1. Rumah orang yang memutuskan hubungan Silaturrahim.

2. Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.

3. Rumah yang memelihara anjing.

4. Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.

5. Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.

6. Rumah yang sering meninggikan suara.

7. Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli sihir dan nujum.

8. Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.

9. Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah.

10. Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.

11. Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.

12. Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.

13. Rumah pemakan riba.

14. Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.

15. Rumah yang memiliki patung-patung.

16. Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.

17. Rumah yang didiami peminum arak.

18. Rumah yang mempercayai tukang tilik.

19. Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.

20. Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.

21. Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).

22. Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.

Sumber : www.loveloveislam.com

Friday, March 9, 2012

Mak buyung dah mengidam

Salam ari Jumaat, he..he.. dah petang dah pon..malam nie ada Pasar Malam Simpang Empat…
Pnmama menulis post nie sbb tetiba teringat dan teringin untuk makan

Putu Buluh / Putu Bamboo..


 yang en abah belikan dua ari lepas… sedap.. al maklumlah Mak buyung dah mengidam…

 Bila pnmama  teringat balik masa aku kecik-kecik  dulu, pnmama bukannya makan pon PUTU Buluh nie…yang Pnmama makan hanya

PUTU AYU




&  PUTU MAYAM…HA..HA…


Dulu Pnmama dok Qrts Felda, tiap2 petang ada Pakcik  Salleh nama dia … bawa moto jual PUTU Mayam… memang sedap.. tambah sedap.. bila cicah dengan Gula Melaka & Kelapa Parut… Kiranya makan petang Pnmama dengan adik2 pn mama lah.. tambah2 kena pulak dengan air tea O panas2… layan…

Tapi kali nie , pnama nak Makan PUTU BULUH…….Nyammmmmm..teringat ari Isnin, ari tu.. en abah belikan PUTU BULUH.. ALA..lebih kurang putu piring lah jugak… Sedap… x sabarnya petang nie nak beli…

Sebelum2 nie, pnmama  n en abah x pernah makan pun putu Buluh nie… Just dulu masa dok kat Repoh, Umie  a.k.a Pengasuh akak selalu pesan .. belikan mereka Putu buluh kalau pergi Pasar malam Kangar…

Semasa si adik ..a.k.a Uzma Irdina lahir En Abah idamkan nak makan Char Keteow…
Kali ini en abah Idamkan makan Putu Buluh… ha..ha…

Harga pon x mahal.. 1 RM0.35 sen je….

Jemput makan…


‎20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.


1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!


**Jadi, hargailah saat-saat anda bersama anak anda!**

Tuesday, March 6, 2012

Tahniah..Tahniah...

                                                          Lavienda Namiraz

GAMBAR CIPLAK DARI Laman web nie... Jangan Marah Abg Nara...

Tahniah Bienda dan Suami ..


Kata Bienda:-
Nama Lavienda diilhamkan daripada gabungan nama saya dan salah satu watak dalam telenovela Latin yang saya gemar tonton ketika mengandung dulu. Kebetulan pula, suami juga ada nama pilihannya iaitu Namiraz yang diambil daripada nama Zariman yang diterbalikkan. Untuk berlaku adil, kamu gabungkan dua nama itu.


Kenapa pnmama entry kan kisah ini..sebbnya Pnmama suka nama itu..

 so sebagai kenangan pnmama abadikanlah dalam blog pnmama nie..

i like...

Friday, March 2, 2012

Kata- Kata Yang Menyentuh Jiwa Pn Mama

‎' Dhia, Abang tak tahu apa akan jadi esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan, ataupun sepuluh tahun kemudian, Abang tak boleh ramal nasib kita berdua, tapi sebagai seorang suami yang bertanggungjawab, Abang akan berikan cinta Abang, hati Abang, seluruh jiwa Abang pada Dhia. Dan yang penting sekali, Abang akan bahagiakan Dhia seumur hidup Abang. Abang janji.'kata-kata Zikir kepada Dhia..

"Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.Sama ada awak nak jadi isteri saya sepenuh ke, setengah ke , suku ke, saya terima dan saya redha…”kata-kata dari Seth Tan buat Nora Elena…


Aku akan jadi yang terbaik, dari yang terbaik untuk meraih cintamu…dan aku takkan  berhenti sehingga cinta kita bersatu” kata –kata Suffian kepada Raihana

Tahniah... Tahniah...



‘Cahaya Malaika’,  membawa makna ‘Cahaya Permaisuriku’…
GAMBAR CIPLAK DARI GOOGLE..
Tahniah Ekin dan Mawi..Setelah hampir 3 tahun menunggu..
xsia2 usaha korang iyer…
Dulu , sewaktu Mawi Top megetop gitu..pnmama memang TERgila2kan mawi tau… sampaikan kalau pnmama kahwin nak namakan anak pnmama dengan nama Asmawi… ha..ha…
 Kisah lama… My Boyfriend.. opp silap My Ex boyfriend…  
Apa-apa pun tahniah… memang comel ..macam bapak dia…

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...