Friday, June 24, 2011

Tiba-tiba

Salamesrabadiey di petang jumaat yg mulia ini, kali nie  entry
Pasal Masak memasak pulak…
tapi masakkan ini adalah masakan mengejut…

Perihalnya semalm, di mana .. en abah request nk masak , asyik makan luar je…(jemu kot) 
al maklumlah start "Nora Elena" pnmama x masak untuk makan malam,
sampailah ke ari ini...*baikkan en abah , xkisahpun..

Lagipun en abah nk masak mee yang dah seminggu dok peram dalam peti sejuk.. xkisahlah ..
Perasan pnmama … “ I Lap U “….Tersenggih sampai nampak gigi  lubang cantik …

Selepas Solat Mahgrib, terus en abah, sediakan bahan-bahan untuk masak mee..
pnmama x tau mee apa en abah nk masak… Pnmama terus angkut kain baju wangi busuk yng dah 2 hari dok peram dalam bakul .. bubuh dalam mesin..
xkan pnmama nk dok saja kan

Tiba-tiba…….

“Ayang, abang nk makan mee suplah”…… apa dia?????... Kejutan elektrik pnmama
Jawapan pnmama "ok …. Keluarkan my lesung cepat…" (xpasal2 pnmama pulak kena masak) .

bagi en abah, pnmama yg buta huruf  kayu pasal masak memasak, Namun
 keistimewaan pnmama di mata en abah  ialah bila buat sup memang sapa pun xleh lawan termasuklah MIL pnmama sekalipun( en abah puji tau) …

Sememangnya en abah x pandai ..n x reti buat sup.. a.k.a masak sup..yng dia tahu mee goreng, mee kuah, mee lakna, mee rebus  semua yang susah2 dia tahu masak.. yang senang pulak  dia xreti….

Oleh sebab pnmama nie , nk jadi isteri yg  baik, nak x nk terpaksalah pnmama
 berlesung batu… di tengah2 malam …
Kenapa pnmama berlesung batu?...
sebabnya sup yng sedap, hasilnya dari rempah2 yang di giling atau pun di tumbuk,,,

caranya ialah…
1 sup bunjut adabi, di buka kain putih tu… bilas dengan air.. tumbuk sampai hampir2 halus..+ 2 biji cili merah  +  bawang besar sebelah + bawang putih 2 ulas. Tumbuk sehingga hancur kesemua bahan tadi... bubuh minyak sedikit dalam periuk sup, tumis bwang merah sampai naik bau... bubuh bahan di tumbuk tadi.... kacau sampai kekuning-kuningan .. baru bubuh air rebusan ayam ..dan sayur –sayur yang di potong tadi...kalau nk pedas tambah sikit cili kering yng di blander,,

Kalau nk try..trylah ..nie adalah ajaran Bonda pnmama ok.. bukan pnmama reka-reka sendiri.. patutlah time raya je mesti request nk mee sup..
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...