Monday, August 16, 2010

First Day

First day puasa , pn mama sefamily berbuka di rumah Tok Mama kepada 
Little Princess 1 &2,
Sebelum itu, mcam selalu tiap2 minggukan pn mama balik umah Bonda pn mama…beberapa ari sebelum Puasa
Bonda pn mama cakap nak buat majlis kesyukuran pada first puasa untuk anak2 dan menantu saja… Bonda pn mama nak buat Nasi Ayam…

 copy dari Google

wah!!!! my Fav pn mama n En abah Tu… Fav Little princess 1 jugak.. 
 
Siapa jeles sila angkat mouse! Lepas tu klick kat atas sebelah kanan tanda X tu iyer…

Walaupun pn mama bercuti sebab nak exam, but kerja rutin harian pn mama still sama.. menjadi Driver buat Puteri2 ku itu… Pagi Menghantar ke umah pengasuh, Petang mengambil pulak… kenapa pn mama x jaga , sedangkan pn mama cuti… jawapan yang paling senang nak jawab… Habis pn mama bayar Full.. hantar jelah.. keji punya mama kan… 
Bukan pn mama x nak jaga… satgi mana nak baca buku..mana nak buat susu anak… jenuh… last en abah cakap dok umah baca buku.. xpayah p mana2, hantar n p ambik anak je… baik punya Laki Suami kan… Sedangkan En Abah x tau yang bini isteri dia mengadap TV 24jam ... dari pagi sampaikan ke petang... Baca Buku nie time ada Mood je...

So, dah pukul 5 mcam biasa p anak2, kol 5.30 sampai umah .. Tunggu en abah balik dari kerja sebab semalam en abah dah on nak berbuka puasa di umah Bonda pn mama… al Maklumlah en abah seorang je menantu dalam Family Pn mama. Berkumpullah semuanya dari yang tua hingga yang kecil...


Sebelum ke rumah Bonda pn mama, singgah di PaRam berdekatan dengan rumah Bonda pn mama untuk membeli jaudah berbuka.. Hanya belikan kuih muih ,Air  Soya dan Tebu untuk semua.Dah selalunya beginilah En Abah walaupun Hakikatnya dia tahu MIL dia x mintak beli apa2 untuk berbuka ..

Dari erti kata lain , al maklumlah Bini dia pn mama .. bukannya reti nak masak apa-apa untuk dibawa kerumah Bonda pn mama kerana Bonda pn mama memang terkenal dengan kesedapannya memasak lauk.
Tambah2 anak Kesayangan bonda pn mama Balik berbuka puasa bersama-sama… adik perempuan pn mama.. dia suka masak tau… sebut je nak makan apa?... Cuma makanan Orang hitam Putih je dia x berapa nak pandai masak… Tu x dikira time seminggu lagi nak raya ..kalut dengan Kuih2 raya… pn mama… xada ye… makan boleh…

Sebaik bunyi azan, Anak ketul emas pn mama si akak dah tak pandang kiri atau kanan terus saja makan dengan lahapnya mcam seribu tahun pn mama x bagi makan… sambil mulut cakap sedap… si adik pun sama… nak jugak makan … 1 suap kat mulut adik.. 1 suap kat mulut pn mama… biasalah siapa yang ada anak kecik pahamkan macam mana..

Pn mama pun sama pulun dengan en abah ,lauk yang dimasak oleh bonda pn mama . Mak kalau dah masak Nasi Ayam ... hmmmmm... memanglah menyelerakan. Mengalahkan beli kat Kedai . Mungkin dah namanya emak... Masakannya memanglah yang terbaek.


Pn mama suka makan di rumah Bonda pn mama kerana pn mama x payah masak… he..he… tup2 dah siap Cuma pn mama kena jadi tukang hidang jelah  x kisahlah janji pn mama x pegang seduk kuali sudah . Time cam nila kita dapat makan bersama keluarga , dapat berkumpul ramai-ramai berbuka bersama-sama.Teringat masa kecik2 dulu.

Selain itu dapat mengeratkan silaturahim antara keluarga al maklumlah keluarga pn mama kecik adik beradik 3 orang je . Adik perempuan pn mama dah balik terengganu dah, pn mama pulak dok asing walaupun still dalam 1 negeri … yng peneman Bonda dan abah pn mama hnya adik lelaki pn mama..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...