Monday, February 27, 2012

WAJARKAH SI SUAMI TEMAN ISTERI BERSALIN


info-info yang berguna bagi ibu-ibu yang mengandung juga kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi.... ♥♥♥♥

Zaman sekarang ni,sudah banyak hospital... yang membenarkan suami menemani isteri bersalin. Tapi, sejauh mana kewajaran situasi ini?

Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?
1. Meredakan debaran di hati isteriSaat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

2. Meredakan kesakitan isteriKehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suamiSecara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteriApabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5. Lebih menghargai keluargaMelihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap.
Suami boleh membantu dengan cara:- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri

Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah anda menemani isteri anda ketika bersalin? Apa perasaaan anda?

Tuesday, February 21, 2012

Yellow

Adoi, dah terbabas sungguh entry nih. Dah masuk bulan Febuari .. dah dekat2 hujung pulak tu.. baru nk post…Hehhee..
Sepatutnya pnmama plan nak buat entry ni masa mula-mula akak masuk tadika .. tapi xada gambar n kamera nk tangkap sebagai tatapan anda semua…
(macmlah anak pnmama tu artis)
 La nie akak dah  dapat baju uniform sekolah n Kamera pon dah ada.. Layan …
 entry  nasi basi dah nie.. .. sbbnya  pnmama bizi bebenor  malas rasanya … tapi
oleh sebab ramai anak2 kwan pnmama yng masuk tadika…
 so pn mama pun nk ceritalah..

Hari ni , cukup sebulan lebih akak masuk tadika Aulad Bestari..
 (tadika Arab + English +Melayu)… Almaklumlah, en Abah nk jadikan kakak USTAZAH… he..he…

 Semalam kakak baru  dapat uniform sekolah...sket punya lah besar even size S. Pnmama ingtkan ikut Saiz baju Supermarket ..so pnmama kasilah saiz L..
sekali akak Bawak balik.. mak aiiii… nie saiz S ke L… besarnya…Mybe lepas nie pnmama kenalah bawak akak p otter baju kat kedai Cina Uniform .. Pnmama beli 2 Pasang.. lepas nie Rasanya nk ambik lagi 2 Pasang.. bukan apa takut xsempat Basuh..
gambar kat atas ni di ambil pagi tadi ,
 Request kakak pagi nie..semuanya nk Yellow .
.dari Baju, seluar , beg , ikat rambut ..
 nsib baik x kasut nak Oiiii ..kalau x jenuh nk mencari colour Yellow.. ha..ha…

Wednesday, February 15, 2012

‎8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah



1) “Sekali suami minum air yang disediakan... oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

Tuesday, February 14, 2012

Wednesday, February 1, 2012

‎6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM



1.) Dia bekerja dengan Allah.....jadi 'kilang
'manusia
.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......

Monday, January 16, 2012

Jodoh...

Jodoh itu rahsia ALLAH swt..
SEKUAT mana kte setia ツ
SEHEBAT mana kte merancang ツ
SELAMA mana kte menunggu ツ
SEKERAS mana kte bersabar ツ
SEJUJUR mana kte menerima kekasih kte ツ
Jika ALLAH swt tdk mentakdirkan dye jodoh kte..kte tetap tdk akan bsama dgnnya..

Friday, January 6, 2012

Selamat Bertunang wahai Adikku

Assalamulaikum, =)
Di pagi Jumaat yang mulia ini.. pnmama baru tergedik-gedik nk menulis entrynya..al maklumlah... xada idea nk menulis... kali nie entrynya sepatutnya bertarikh 25/12/2011 .. tpi ari nie baru pnmama nk ceritakan.. Kiranya cerita nie Hampir2 basilah gitu..ha..ha...


Hari ahad, 25/12/2011,selamatlah satu-satunya adik lelaki pnmama tersayang bertunang dengan gadis pilihan hatinya , Husnul Hidayah Mohd Arif, bakal cikgu Math gitu... Orang Negeri Sembilan.. Lepas nie , ko adikku makan "Masak Lemak Cili Padilah Iyer"...

My Mom Tengah Sarungkan cincin Tunang..

Detik pertemuan mereka nie,pnmama nk lah ceritakan sikit.. Mereka nie sebaya Tahun 1987, sama-sama belajar di kelantan dulu... xsangka sungguh adikku, rupanya Jodohmu orang jauh... Kakakmu je yang cari orang dekat2..
My Lovely Brother
Baru usia 25 thn, tapi dah xsabar2 nk bertunang, keh..keh..keh, bukan dia yang x sabar tapi My Lovely Mom yang xsabar-sabar nk bermenantukan Anak Perempuan.Al Maklumlah anak lelaki sorang... adik beradik pnmama 3 orang je..

Berbalik cerita pasal, adik pnmama iaitu bab hantaran, kali nie pnmama x asah bakat tangan keras pnmama ok.. pnmama hanya tolong sikit2 je.. sebbnya  maksaudara pnmama yang sememangnya cukup cekap buat benda2 nie, dah offerkan dirinya buat hantaran..he..he... Lagipun kebanyakkan hantaran adik pnmama nie ada tajaan tau.. dari pnmama (coklat) , Maksu (Kek) n Makcik ( Manisan)...Hantaran sikit je iaitu 5 jenis.. sbbnya adik pnmama xnk banyak2.. Tunang je pon..

Yang Purple "Adik Pnmama punya Hantaran"
Yang Merah" Pengantin perempuan punya Hantaran".
Rombongan ke Kuala Pilah nie, semuanya anak beranak keluarga TOK PUAN.... ha..ha...
Inilah Tok Puan , tengah sarungkan Cincin Merisik... My Lovely Grandmom....


Kenapa pnmama cakap macm tu, sebabnya pengiring2 semua adik-adik My lovely Mom...al-maklumlah My Lovely Mom kan anak Sulung (Sarjan) so yng bawah2 nie kenalah ikut arahan...ha..ha..

Family Pakngah (sebelah Kiri), Family Paklang (Sebelah Kanan),
Depan Yang pegang Tab (anak Maksu)





Family pnmama ( 8 Orang) , Family Pakngah ( 8 orang) Family Paklang Jo dari Johor ( 3 Orang) , Family Makcik ( 3 Orang) , Family Maksu (4 orang) , My GrandMom dan seorang kawan serangkap peneman  ..ha..ha..
Pape -apa pun, selamat bergelar tunangan Orang iyer.. adikku..Semoga ke jinjang pelamin dan kekal sampai bila2...
*Tempoh bertunang Setahun, sbbnya si Lovely sister x lepas lagi...

Thursday, January 5, 2012

Paksu..oh Paksu... dah dapat Maksu iyer....



Tukang Buat Hantaran dok sebelah Kiri...
Makcik, Pnmama, Eida , Wan, My lovely Mom, Angah , Hisham n Maksu

My PnMama Family

My Lovely Mom (Sebelah Kiri)  &  Bakal Mak Mertua Adikku (sebelah Kanan)

Monday, January 2, 2012

2012


Tahun 2011, tahun betul2 mencabar
keimanan ,
kesabaran ,
ketakwaan
dan semuanya yng melibatkan hati dan perasaan.. 
Namun segalanya di tempuhi dengan kejayaan dan rezeki pnmama still lagi ada untuk membahagiakan anak-anak… amin..

Hari ini , 2 Januari 2012,
selamat datang tahun baru.
semoga ada sinar kebahagian  kejayaan serta kerahmatan di tahun ini..amin…

Walhal sudah sedia maklum, Kontrak perkerjaan pnmama semakin down ..orang lain dah happy sokmo .. termasuklah en abah(naik pangkat)..

Tahun 2012 ,  pnmama akan menjadi

“Pekerja Sambilan Harian..
Gaji hari..
 kalau cuti tkde gaji..
kalau cuti umum pun takde gaji”

Alhamdulilah, janji pnmama masih ada gaji.....
Nampaknya REZEKI  pnmama untuk membahagiakan anak masih lagi bersinar walaupun terdapat sedikit kerisauan di situ, namun KUASA ALLAH… REZEKI UNTUK ANAK2 MASIH LAGI ADA, ye En abah dah di naikkan GRED dan di naikan Gaji.. alhamdulilah…

Tahun ini juga, si kakak akan melangkah masuk ke tadika.. “bagaimana reaksinya nanti”.. yang paling pnmama takut ialah “Si akak xboleh berenggang langsung dengan botol airnya”… asyik nk di gogongnya 24jam kalau boleh…


Si adik pulak, pada mulanya pnmama n en abah nk je masukkan adik kat tadika di dalam taman pnmama tu.. tpi bila pnmama pergi Tanya degn gurunya… pagi cikgu ada 2 orang untuk menjaga 20 orang murid… x kisahlah… tpi yng petang tu 1 cikgu nk jaga 10 orang budak  + dgn mengajar Kafa lagi.. xleh jadi… silap ari bulan si adik akan terabai.. no way…

Nak x nak.. adik still lagi duduk dgn pengasuh dia… tahun depan adik masuk sekolah iyer…

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...