Friday, January 6, 2012

Selamat Bertunang wahai Adikku

Assalamulaikum, =)
Di pagi Jumaat yang mulia ini.. pnmama baru tergedik-gedik nk menulis entrynya..al maklumlah... xada idea nk menulis... kali nie entrynya sepatutnya bertarikh 25/12/2011 .. tpi ari nie baru pnmama nk ceritakan.. Kiranya cerita nie Hampir2 basilah gitu..ha..ha...


Hari ahad, 25/12/2011,selamatlah satu-satunya adik lelaki pnmama tersayang bertunang dengan gadis pilihan hatinya , Husnul Hidayah Mohd Arif, bakal cikgu Math gitu... Orang Negeri Sembilan.. Lepas nie , ko adikku makan "Masak Lemak Cili Padilah Iyer"...

My Mom Tengah Sarungkan cincin Tunang..

Detik pertemuan mereka nie,pnmama nk lah ceritakan sikit.. Mereka nie sebaya Tahun 1987, sama-sama belajar di kelantan dulu... xsangka sungguh adikku, rupanya Jodohmu orang jauh... Kakakmu je yang cari orang dekat2..
My Lovely Brother
Baru usia 25 thn, tapi dah xsabar2 nk bertunang, keh..keh..keh, bukan dia yang x sabar tapi My Lovely Mom yang xsabar-sabar nk bermenantukan Anak Perempuan.Al Maklumlah anak lelaki sorang... adik beradik pnmama 3 orang je..

Berbalik cerita pasal, adik pnmama iaitu bab hantaran, kali nie pnmama x asah bakat tangan keras pnmama ok.. pnmama hanya tolong sikit2 je.. sebbnya  maksaudara pnmama yang sememangnya cukup cekap buat benda2 nie, dah offerkan dirinya buat hantaran..he..he... Lagipun kebanyakkan hantaran adik pnmama nie ada tajaan tau.. dari pnmama (coklat) , Maksu (Kek) n Makcik ( Manisan)...Hantaran sikit je iaitu 5 jenis.. sbbnya adik pnmama xnk banyak2.. Tunang je pon..

Yang Purple "Adik Pnmama punya Hantaran"
Yang Merah" Pengantin perempuan punya Hantaran".
Rombongan ke Kuala Pilah nie, semuanya anak beranak keluarga TOK PUAN.... ha..ha...
Inilah Tok Puan , tengah sarungkan Cincin Merisik... My Lovely Grandmom....


Kenapa pnmama cakap macm tu, sebabnya pengiring2 semua adik-adik My lovely Mom...al-maklumlah My Lovely Mom kan anak Sulung (Sarjan) so yng bawah2 nie kenalah ikut arahan...ha..ha..

Family Pakngah (sebelah Kiri), Family Paklang (Sebelah Kanan),
Depan Yang pegang Tab (anak Maksu)





Family pnmama ( 8 Orang) , Family Pakngah ( 8 orang) Family Paklang Jo dari Johor ( 3 Orang) , Family Makcik ( 3 Orang) , Family Maksu (4 orang) , My GrandMom dan seorang kawan serangkap peneman  ..ha..ha..
Pape -apa pun, selamat bergelar tunangan Orang iyer.. adikku..Semoga ke jinjang pelamin dan kekal sampai bila2...
*Tempoh bertunang Setahun, sbbnya si Lovely sister x lepas lagi...

Thursday, January 5, 2012

Paksu..oh Paksu... dah dapat Maksu iyer....



Tukang Buat Hantaran dok sebelah Kiri...
Makcik, Pnmama, Eida , Wan, My lovely Mom, Angah , Hisham n Maksu

My PnMama Family

My Lovely Mom (Sebelah Kiri)  &  Bakal Mak Mertua Adikku (sebelah Kanan)

Monday, January 2, 2012

2012


Tahun 2011, tahun betul2 mencabar
keimanan ,
kesabaran ,
ketakwaan
dan semuanya yng melibatkan hati dan perasaan.. 
Namun segalanya di tempuhi dengan kejayaan dan rezeki pnmama still lagi ada untuk membahagiakan anak-anak… amin..

Hari ini , 2 Januari 2012,
selamat datang tahun baru.
semoga ada sinar kebahagian  kejayaan serta kerahmatan di tahun ini..amin…

Walhal sudah sedia maklum, Kontrak perkerjaan pnmama semakin down ..orang lain dah happy sokmo .. termasuklah en abah(naik pangkat)..

Tahun 2012 ,  pnmama akan menjadi

“Pekerja Sambilan Harian..
Gaji hari..
 kalau cuti tkde gaji..
kalau cuti umum pun takde gaji”

Alhamdulilah, janji pnmama masih ada gaji.....
Nampaknya REZEKI  pnmama untuk membahagiakan anak masih lagi bersinar walaupun terdapat sedikit kerisauan di situ, namun KUASA ALLAH… REZEKI UNTUK ANAK2 MASIH LAGI ADA, ye En abah dah di naikkan GRED dan di naikan Gaji.. alhamdulilah…

Tahun ini juga, si kakak akan melangkah masuk ke tadika.. “bagaimana reaksinya nanti”.. yang paling pnmama takut ialah “Si akak xboleh berenggang langsung dengan botol airnya”… asyik nk di gogongnya 24jam kalau boleh…


Si adik pulak, pada mulanya pnmama n en abah nk je masukkan adik kat tadika di dalam taman pnmama tu.. tpi bila pnmama pergi Tanya degn gurunya… pagi cikgu ada 2 orang untuk menjaga 20 orang murid… x kisahlah… tpi yng petang tu 1 cikgu nk jaga 10 orang budak  + dgn mengajar Kafa lagi.. xleh jadi… silap ari bulan si adik akan terabai.. no way…

Nak x nak.. adik still lagi duduk dgn pengasuh dia… tahun depan adik masuk sekolah iyer…

Thursday, December 8, 2011

Satu Permintaan

Kredit dari Slot Akasia "TeNtanG Dhia"

Pada suatu hari, si isteri membuat satu permintaan kepada suaminya untuk hidup tanpa dirinya. Dia meminta kepada suaminya untuk tidak menghubungi dia langsung selama sehari..

Si isteri berkata kepada suaminya, “Bila abang dapat melepasi syarat itu, saya akan mencintai abang selamanya”.

Si suami bersetuju. Seharian dia tidak sms dan menelefon isterinya tanpa dia mengetahui bahawa isterinya hanya memiliki 24 jam untuk hidup, kerana si isteri terkena kanser..

Keesokan harinya si suami itu pulang ke rumah.

Air matanya menitis melihat isterinya sudah terbaring dengan surat di tangan yang bertulis “Kamu berjaya sayang, bolehkah kamu lakukan perkara itu setiap hari..? Saya mencintai kamu selamanya..”

Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..


Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..

Jangan Menintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur…

Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,

Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh….

Tuesday, December 6, 2011

Tangan Keras VS Payung Emas...

Dah lama pnmama tak blogging, terasa Rindu pulak nk menulis apa yng terjadi …
wah mcm kisah sedihlah pulak… mesti Semua orang terkejutkan… tajuk di atas… Vs… lagi….
Oklah, nie adalah projek perintis pnmama dalam bulan lepas…

Ni ha nak story mory pasal hantaran yang pnmama buat last month  untuk majlis tunang MY BIL  tu ha.
Cantik x?..............................


Nak di jadikan cerita, Abang ipar minta pnmama  uruskan hantaran pertunangan , Sorang-sorang pulak tu.Almaklumlah Adik ipar perempuan hanya pnmama je… adik kandung pulak, dua2 lelaki.. MY MIL… lagilah xtau nk buat… Nak xnak terpakaslah pnmama mengasahkan bakat pnmama yng sememangnya x berbakat ini.  Tangan keras.
Uwaaa……. mula-mula rasa tak yakin. Macam mana nak sediakan semua hantaran  tu. Pnmama  ni bukannya kreatif!

Actually nie kali pertama , pnmama buat hantaran  kerana semasa pnmama kahwin, bertunang semuanya Mak saudara pnmama yng siapkan..pnmama Cuma tengok je.. Tpi  dalam sejarah, pnmama terpaksa merelakan diri a.k.a dalam bahasa lain menjadi menantu yng kreatif untuk majlis pertunangan MY BIL…. Dah la tu, pnmama buat sorang-sorang je  tau… kira oklah kot..sebab semua orang suka dengan Design pnmama..walhal main sumbat2 je buat dalam kotak… lagipon benda last minit…

Ok.. itu projek Tangan keras pnmama, but yang Payung Emas tu memang tiada ok.. Mesti semua tertanya2 adakan MY BIL pn mama nie pasang lain ..BINI NO 2 , jawapan yang pnmama boleh kasi ialah nk buat mcm mana jodoh MY BIL x lama dengan biras pnmama yng suka cari pasal tu.. kalau sebelum nie , sapa yng mengikuti perkembangan pnmama dia tahulah cerita pasal MY BIRAS.


Yang Baju biru tulah MY BIL..

Tuesday, November 22, 2011

pnmama nk umumkan.

Salam...


Lamanya pnmama x update blog yg dah bersawang nie..buka xada modal nk cerita..tpi malas +penyegan+ xada idea..gambar ada tapi xtau nk tulis mcm mana...he..he...

Oklah , di permulaan episod baru kali nie ..
Di pnmama nk umumkan...

eBabyShowerGames.com myspace graphic comments

“pnmama Pregnant lagi..”
Alhamdulilah, rezeki Allah nk kasi.. walaupun pnmama n en abah plan nk tambah ank tahun 2015..tpi 2012 dah dapat..he..he..

Kali nie pregnant, mcm biasa tapi ada yang luar biasanya jugak..
Yang biasa, pnmama xnampak macm pregent..still maintain org kata mcm xada apa..walhal perut dah 5 bulan ..he..he...

Yang Luar biasanya ..

Tiap kali lunch, pnmama kena makan nasik... kalau x makan ..pnmama akan letih, lemah habis 1 badan... ha..ha..
Pada mula2 pregent, pnmama x leh makan benda masam2 mcm buah pelam..mesti keluar balik.. mkan manis2, coklat no hal lah pulak...
Selalu lapar, sampaikan dah makan nasik, makan buah lah pulak...

Yang bestnya, pnmama xleh tengok n bau badan en abah pada mula2 pregent mesti nk cri pasal je.. sampaikan en abah kena berbedak berminyak wangi baru boleh tido 1 bilik... ha..ha...(la nie dah ok dah)..

Sakit betis n peha sampaikan xleh nk jalan.. pernah tau pnmama sampai berpaut kat kerusi sbb nk jalan... sakit wei...

Oklah takat nie dulu, nnti lain entry pnmama tunjuk pulak kelebihan pnmama iyer...tunggu..

Malaysia Boleh ....Tahniah Harimau Muda...



Dah lama x update blog, so tanpa membuang masa lagi.. 
pn mama nk ucapkan tahniah buat skuad bola sepak Harimau Muda.. terutamanya Badrul Baktiar n  Khairul Fahmi...
Perlawanan yang mengerunkan dan paling takut pnmama tengok... bukan takat tu je.. habis  1 taman dindong villa nie bersorak sampaikan Jiran belakang pn mama mcam kena rasuk hantu(al maklumlah , umah anak2 dara cikgi-cikgi tu..) ...he..he...
Pada mulanya , pnmama x minat sangat..tapi sbb “Apek” punya pasal..layan...Pada mula2 Indon masukkan gol... pnmama masa tu dah takut dah nk tengok... tukar siaran, en abah.. semlm giliran dia kena masak..lagipon en abah nie x minat bola2 nie.. al maklumlah kaki bangku...
Bila je , umah belakang bersorak .. kata malaysia masuk gol... pnmama cepat2 tukar siaran, tengok bola balik.. 1 sama..alhamdulilah... sampai 3 jam, en abah dah ajak tido... xnya.. pnmama layan bola sampaikan Finalti... dalam hati dok doa.. “Ya Allah, bagilah Malaysia Menang”. Bila turn Khairul Baktiar sepak je bola.. kan terkena kaki si mega tu... tiba2 golek elok je bola tu masuk gawang...
"Gol......"
Alhamdulilah, itu semua berkat doa rakyat malaysia... walaupun masa pemain indon berkumat kamit baca doa depa ... Rezeki kemenangan sudah di tentukan.. 

Yang ini pnmama dapat dari FB...
Rahsia knp Malaysia menang ?

Sbb...

TEAM Malaysia Hebat.. namun rahsianya ..kerana MALAYSIA ade seorang MUSLIM, ade seorang TAMIL, ade seorang pula GURU, dan yg penting Team MALAYSIA ade khairul fahmi che mat yg sentiasa cermat menangkap bola, dan MALAYSIA juga ade baddrol bakhtiar yg sentiasa berikhtiar menjaringkn gol dari jarak jauh :) kekekeekekee dan yg paling Hebat ialah kerana MALAYSIA ade ONG ( Ong Kim swee )!!!!!! Hahah....just a joke..Tahniah Malaysia....Tahniah seluruh rakyat Malaysia..:)

Wednesday, September 28, 2011

Pedoman Kita Bersama

 
 
RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & ...
diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
See more

Tuesday, September 27, 2011

Happy Bestday Debab... Mama Love U so Much..




Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah & kurnianya yang diberikan olehNya dapat lagi pnmama menulis di Blog ini.
Bukannya pnmama pencen dah jadi blogger..tpi xada gambr nk update(alasan je)...
Ini merupakan posting pertama pnmama di Bulan Sept  tahun 2011.
Ini pun sbb nk tulis entry mengenai adik... MY Debab... Kesayangan pnMama iaitu
Nur Uzma Irdina binti Sabri( Cahaya Terbaik /Terhebat   & Keberkatan / Kebajikan ) … .

ini juga bermakna My little Princess 1 sudah pun mencecah umur 2 tahun 3 hari… Today .

Alhamdulillah

My little Princess 2 di lahirkan pada 24 Sept 2009.



Selamat Hari Lahir kepada anak Kesayangan pnMaMa ,


Mama Sayang “adik” lebih dari Nyawa MaMa….Mama Sayang Irdina…untuk selama-lamanya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...