Tuesday, November 22, 2011

pnmama nk umumkan.

Salam...


Lamanya pnmama x update blog yg dah bersawang nie..buka xada modal nk cerita..tpi malas +penyegan+ xada idea..gambar ada tapi xtau nk tulis mcm mana...he..he...

Oklah , di permulaan episod baru kali nie ..
Di pnmama nk umumkan...

eBabyShowerGames.com myspace graphic comments

“pnmama Pregnant lagi..”
Alhamdulilah, rezeki Allah nk kasi.. walaupun pnmama n en abah plan nk tambah ank tahun 2015..tpi 2012 dah dapat..he..he..

Kali nie pregnant, mcm biasa tapi ada yang luar biasanya jugak..
Yang biasa, pnmama xnampak macm pregent..still maintain org kata mcm xada apa..walhal perut dah 5 bulan ..he..he...

Yang Luar biasanya ..

Tiap kali lunch, pnmama kena makan nasik... kalau x makan ..pnmama akan letih, lemah habis 1 badan... ha..ha..
Pada mula2 pregent, pnmama x leh makan benda masam2 mcm buah pelam..mesti keluar balik.. mkan manis2, coklat no hal lah pulak...
Selalu lapar, sampaikan dah makan nasik, makan buah lah pulak...

Yang bestnya, pnmama xleh tengok n bau badan en abah pada mula2 pregent mesti nk cri pasal je.. sampaikan en abah kena berbedak berminyak wangi baru boleh tido 1 bilik... ha..ha...(la nie dah ok dah)..

Sakit betis n peha sampaikan xleh nk jalan.. pernah tau pnmama sampai berpaut kat kerusi sbb nk jalan... sakit wei...

Oklah takat nie dulu, nnti lain entry pnmama tunjuk pulak kelebihan pnmama iyer...tunggu..

Malaysia Boleh ....Tahniah Harimau Muda...



Dah lama x update blog, so tanpa membuang masa lagi.. 
pn mama nk ucapkan tahniah buat skuad bola sepak Harimau Muda.. terutamanya Badrul Baktiar n  Khairul Fahmi...
Perlawanan yang mengerunkan dan paling takut pnmama tengok... bukan takat tu je.. habis  1 taman dindong villa nie bersorak sampaikan Jiran belakang pn mama mcam kena rasuk hantu(al maklumlah , umah anak2 dara cikgi-cikgi tu..) ...he..he...
Pada mulanya , pnmama x minat sangat..tapi sbb “Apek” punya pasal..layan...Pada mula2 Indon masukkan gol... pnmama masa tu dah takut dah nk tengok... tukar siaran, en abah.. semlm giliran dia kena masak..lagipon en abah nie x minat bola2 nie.. al maklumlah kaki bangku...
Bila je , umah belakang bersorak .. kata malaysia masuk gol... pnmama cepat2 tukar siaran, tengok bola balik.. 1 sama..alhamdulilah... sampai 3 jam, en abah dah ajak tido... xnya.. pnmama layan bola sampaikan Finalti... dalam hati dok doa.. “Ya Allah, bagilah Malaysia Menang”. Bila turn Khairul Baktiar sepak je bola.. kan terkena kaki si mega tu... tiba2 golek elok je bola tu masuk gawang...
"Gol......"
Alhamdulilah, itu semua berkat doa rakyat malaysia... walaupun masa pemain indon berkumat kamit baca doa depa ... Rezeki kemenangan sudah di tentukan.. 

Yang ini pnmama dapat dari FB...
Rahsia knp Malaysia menang ?

Sbb...

TEAM Malaysia Hebat.. namun rahsianya ..kerana MALAYSIA ade seorang MUSLIM, ade seorang TAMIL, ade seorang pula GURU, dan yg penting Team MALAYSIA ade khairul fahmi che mat yg sentiasa cermat menangkap bola, dan MALAYSIA juga ade baddrol bakhtiar yg sentiasa berikhtiar menjaringkn gol dari jarak jauh :) kekekeekekee dan yg paling Hebat ialah kerana MALAYSIA ade ONG ( Ong Kim swee )!!!!!! Hahah....just a joke..Tahniah Malaysia....Tahniah seluruh rakyat Malaysia..:)

Wednesday, September 28, 2011

Pedoman Kita Bersama

 
 
RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & ...
diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
See more

Tuesday, September 27, 2011

Happy Bestday Debab... Mama Love U so Much..




Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah & kurnianya yang diberikan olehNya dapat lagi pnmama menulis di Blog ini.
Bukannya pnmama pencen dah jadi blogger..tpi xada gambr nk update(alasan je)...
Ini merupakan posting pertama pnmama di Bulan Sept  tahun 2011.
Ini pun sbb nk tulis entry mengenai adik... MY Debab... Kesayangan pnMama iaitu
Nur Uzma Irdina binti Sabri( Cahaya Terbaik /Terhebat   & Keberkatan / Kebajikan ) … .

ini juga bermakna My little Princess 1 sudah pun mencecah umur 2 tahun 3 hari… Today .

Alhamdulillah

My little Princess 2 di lahirkan pada 24 Sept 2009.



Selamat Hari Lahir kepada anak Kesayangan pnMaMa ,


Mama Sayang “adik” lebih dari Nyawa MaMa….Mama Sayang Irdina…untuk selama-lamanya

Tuesday, August 2, 2011

Title to “Durian Princess”...

Salam Ramadhan, hari nie dah 2 ari kita berpuasa, alhamdulilah...
Tapi kali nie entry bukannya pasal Makan2 untuk bulan posa..tapi pasal cerita anak dara Pnmama seorang  ini... nk tahu cerita nie pasal siapa..
Inilah dia....
*
*
*
*
*
*
Title to “Durian Princess”... 
 *
 *
 *
 *
*
*

Sekarang nikan musim raja buah kan. Apa lagi kalau tak si buah durian kan. Bau durian saja dah menyusuk kalbu gitu. Pnmama xberapa gemar buah nie.. but I love Tompoyak...
tambah2 makan dengan sambal belacan n nasik panas2... terliur i...he..he..

Back to Durian Princess... 

ni la kes, klu si ibu yang tengah bawak perut ,  bahasa orang putihnya  pregnant, teringin benor nak makan durian,sampai en Abah Rela hatinya terpaksa.. mencari durian.. durian kahwin pulak tu... walaupun dpt makan 1-2 ulas sahaja pun jadilah .....walhal sampaikan 2 biji pn mama bendal... seorang , en abah don’t share2..
 makanya , lahir la si anak yg terlalu minat dan suka makan durian... hohoo....
So si Tembam Pnmama nie , memang hantu durian, kalau makan durian, dia boleh makan dalam 5 ulas tu perkara biasa. Tambah lak kalau durian Kampung  yang isinya macam ais cream tu.. Perrrgghh  memang terbaekk.. bertambah bua-bauan ..yng tu pnmama x suka... busuk.. 

Syukur la, Si Tembam  pnmama  walaupun hantu makan durian, dia tak demam.... sebab pnmama pastikan diorg tak over dos.. huhuhu.... 
sedap yeee durian... nyummy.... 

Tuesday, July 19, 2011

CIUM ANAK DAPAT PAHALA

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya
darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. 
Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya,  
nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Wallahualam
dari petikan: blog secawan Teh 

Friday, July 8, 2011

Mengenai Perkembangan Terbaru

 
Salam pagi jumaat yg mulia nie... dah lama x tulis entry ... 
so ari nie, pnmama nk tulis mengenai perkembangan terbaru pnmama...

hmmmm...sekarang ni pn mama tengah giler betul  dengan tudung yang makin famous sekarang ni...
tudung ala2 ariani.. Akhirnya pnmama jugak terpengaruh dengan perubahan  fesyen terkini... he..he...  walaupun berjuta yng mengahasut pnmama untuk try , but pnmama masih fobia... mengenai kejadian senyuman kerang busuk En abah tempoh ari.
Selepas kejadian itu,  pnmama hnya  mengunakan tudung bawal bucu 4 tu je...

Mula2 tak suka gak nak paki tudung ni pasal rasa cam tak sesuai jer..Almaklumlah, kan pnmama pernah beli... yng fesyen tempek kat dahi tu..masa tu rasa Hodohnya..
 
Tapi bila tgk  Makcik kerani pos yang pakai.. lawalah pulak.. sbbnya muka kami sama spesis iaitu bujur sirih lonjong...ha..ha..ha comel pulak tgk...

Oleh sebab kawasan pnmama kerja nie, ada pasar tani n pasar malam... 
so stok untuk mendapatkan tudung fesyen ariani memang berlambak.. Pnmama beli yang RM 10 je..
tpi pnmama x beli yng bercorak2..pnmama beli yng kosong terus.. hnya 1 warna semata2, tiada diamond.,.. tiada perhiasan... ha..ha...

Pnmama try pakai depan En abah, kali nie reaksinya x macm ari tu... kali nie puji “cantik bini abang... he...he.. walaupun murah, tapi pnmama memang ternyata puas hati... Jadinya sekarang ini, pnmama gila pulak tudung fesyen ariani nie... walaupun pnmama sedar pnmama dah ketinggalan bas zaman....

Lagipun  adik pnmama iaitu angah, selalu bising kata pnmama  dah tak bergaya macam dulu...hukhukhuk..Bonda pnmama pon selalu komplen..“kaklong, pakai lah elok sikit..selekeh mak tengok....he..he...“ ini pulak ayat adik pnmama  “ Kak long, ang pakai tudung mcm orang tua2’


Sekarang ni walaupun body stail sama mcm dulu, xpernah2 nk gemuk... cumanya sifat M tu tetap di hati...tak bermakna pnmama  tak leh bergayakan..so pnmama  kenalah  berterima kasih  kat adik pnmama yang banyak berleter pasal penampilan pnmama ...
terutama lemon azianti ...hehehehe.... thanks angah ...

Inilah Pn Mama Yang Terkini...
*
*
*
*

Cantik x?...

Nie pulak dengan anak2..


Wednesday, July 6, 2011

Untuk peringatan kita semua

1.Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.
2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.
3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasaalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.

7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.

9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan, busuk pengotor,selekeh atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati suami akan tersentuh apabila isteri berkata2 demikian.

10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa “hanya kaulah satu-satunya kekasihku”.

11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka suami anda. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk “bersama” anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.

14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima’. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima’. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.

16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Ingat wahai isteri jgn biarkan suami anda kesakitan sendiri, sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya, hati lelaki mudah berkata’ inginkanseseorang yang dapat membantu’, jangan la hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki tak dapat di baca apabila umurnya 40 an.

17.Selalu la memasak untuk suami terutama bagi wanita yg berkerjaya. Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri juga dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga.

18. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga. Kepada isteri, jika anda berlakukan demikian, teruskan la, kepada yang tidak melakukan salah satu darinya, cuba la baiki diri anda. Sesungguhnya yg paling penting, hormat la suami anda, jangan sekali di caci. Yg baik datangnya dari Allah s.w.t, yg buruk datangnya dari diri kita sendiri…ubahlah sebelum terlambat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...