Salamesrabadiey..
Siaran bersiaran kembali. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.
Tahun 2016 , banyak kenangan Indah, Manis, Masam dan Kelat semuanya ada.. Mcm biasa pnmama bizi uruskan anak-anak ke sekolah pada waktu pagi.. lepas tu kemaskan umah sikit2 n baru bersiap p kerja..
Syawal tahun ini, Family pnmama bertambah 1 lagi... but bukan pnmama yang tambah anak lagi ok.. my little brother dah jadi Bapak... he..he... so pnmama dah jadi Maklong.. but I dont' Like Call Me "Maklong".. Nak nampak Muda kenalah panggil I "Mama" ok... ha..ha... perasan tahan gaban pnmama nie.
Nanti pnmama masukan gambar mylittle Princess.. he..he...
Oklah Tata dulu...
nnti xada kerja pnmama tulis lagi...
Wednesday, July 20, 2016
Friday, January 15, 2016
Tahun 2016
Salamesrabadiey....
Sudah lama, Pnmama x mengadap dan menulis pada Blog Pn mama...
biasalah Bizi memanjang... kan kerja sorang.. dulu berdua.. bolehlah mengadap2...
karang panjang2..
Tahun 2016... Family still Happy , bahagia, dan anak2 pon dah besar..
Kakak Nur Qashrina Imani dah darjah 2,
Si angah Nur Uzma Irdina dh Darjah 1 ,
manakala si Hero dah Empat Tahun ,
nie tahun kedua di Di tadika Little-Caliphs-Kangar.
Semoga Tahun nie , semangat baru untuk kembali mencoret nukilan atau cerita yang pnmama rasa nak tulis.
Oklah Nanti Kita tulis2 lagi iyer...
bye..bye
Wednesday, January 14, 2015
ha..ha.... akhirnya ....
Akhirnya kini pasti
Ku merasai cinta nan suci
Bahagia pabila ku bersama
Sungguh indahnya
Hadir dirinya suatu kurnia
Daku gembira... auw !
Kehidupan pnmama macam biasa, kerja pon macam biasa cuma penatlah sikit,
Itu Kehidupan kat Pejabat, nie pulak kehidupan kat Umah... Macam biasa tahun 2015, tahun di mana anak sulung pnmama dah Darjah 1.... pilihan bapak dia ialah Sekolah Rendah Islam 1 ... adalah dalam 30 Minit dari umah .... Si angah
Si Kecik... my Hero , My lovely , pon dah masuk tadika yang umur nya baru 3 tahun... semangat sungguh.. xpalah "janji ko nak belajar iyer nak"... duit habis xpa... oklah tu dulu nnti update lain... bye...
Layan
Hari Pendaftaran 03.01.2015 (sabtu )
Hari Kedua Bersekolah 13.01.2015 (Angah dapat Uniform Pra Sekolah)
Tuesday, January 21, 2014
Kembali semula
Assalamulaikum, salamesrabadiey.. ceh wah x gitu semua.. dah lama pnmama x mengarang mengenai apa2 cerita pasal family pnmama.. almaklum i Verry Busy .. mana nak jadi pengurus ( alhamdulilah) mana nak jadi Business woman , mana lagi nak jadi seorang mama dan Isteri .. so I very tried . But Pnmama x kisah semua itu.. Janji Family pnmama happy.
Hampir 2 tahun , blog ini bersawang dan diabaikan.. bukan pnmama lupa atau pun mengabaikannya , tpi tulah I have no IDEA... he..he.. Jgan Marah.. nnti cepat tua.. apa2 semoga tahun nie 2014 , pnmama boleh menulis kembali cerita2 penting mengenai kehidupan seharian pnmama dan my family..
so di tahun 2012, di pendekan cerita pn mama dah ada my New Hero , Cinta Hati pnmama yang paling pnmama sayang dan Cinta .. Muhammad Thaqif Irfan bin Sabri.. Manja sangat sampaikan.. di gelar "The Mama Boys" anak mama... si Nur Qashrina Imani.. alhamdulilah , kini dah berusia 6 tahun. wah cepatnya dia membesar... rasa macam semalam je dok dukung dia pergi jalan-jalan... "The Murai " sbbnya mulutnya x berhenti2 bercakap dan bertanya yang itu .. yang ini.. cita-cita tinggi nak masuk "Masterchef kat Asro Ria" ... Masuklah nak, mama tahu.. mama masak setakat lauk orang2 bujang leps.. nk masak macam mereka tu... senyum jelah... Nur Uzma Irdina , si "Tomboy Girls" dah berusia 5 tahun... tapi x debab dah macam dulu.. koin kurus nampak kepala je besar... Perwatakan dan gayanya memang mcm lelaki , mybe sbb masa mengandung pnmama nk sangat anak lelaki.. so si Uzma nie.. xboleh berambut panjang sikit.. mula lah nk potong... baju semuanya nk fesyen lelaki.. puas pnmama ubah .. still fesyen yang sama..
Tahun 2012, juga pnmama menerima 2 berita gembira.. pnmama menerima adik ipar perempuan.. ala cerita pnmama pasal adik Lelaki pnmama tu.. walaupun dah berkahwin, mereka tetap PJJ..Perkahwinan Jarak Jauh, seorang si Perlis , seorang lagi di Shah Alam.
Itu jelah, pnmama nk coretkan .. nnti senang2 pnmama tulis lagi.. bye...
Monday, August 27, 2012
Friday, June 29, 2012
ahli baru dalam Family Tok Salim(FIL)
Salam Pagi Jumaat … Tiba-tiba rasa rajin pulak
pnmama nk menghapdet blog… Mybe ada tekanan perasaan , so x ada idea nk tulis
menulis nie panjang -panjang mcm selalu....
Entry pasal ari nie , ialah ahli baru dalam Family
TOK SALIM(MY FATHER IN LOW)..
Kenduri MYBIL nie tarikhnya 02 jun 2012.. so
ceritanya dalam bulan nie jugaklah…
Kan pnmama ada cerita, pasal MYBIL kat sini..
So Inilah Kendurinya..
Oleh Sebab , Aqif pun di lahirkan dan En Abah
telah pun menjalankan ibadat Aqiqah untuk Si BamBam nie.. seekor lembu tu… layan
je lah..anak Jantan sorang lah katakan..
so kiranya tumpang kendurilah nie..
so kiranya tumpang kendurilah nie..
Nie pic kenduri MYBIL.. pnmama ambik dari FB My
Biras…
Nie masa Akad Nikah di Perak.
Bersanding di Perak.
Bersanding di Perlis
SELAMAT PENGANTIN BARU MYBIL ..
SEMOGA BERKEKALAN SEHINGGA
AKHIR HAYAT....
DARI FAMILY PN MAMA
DARI FAMILY PN MAMA
Thursday, June 21, 2012
Kisah Rasulullah s.a.w sebagai pengajaran
1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri
tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk
keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
2) Setiap kali
pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak
untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk
membantu isterinya di dapur. Sayidatina
‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.’
4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat
lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan.
Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah
panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang
kemerah-merahan’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada
apa-apa wahai Rasulullah.’ Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku
puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah
baginda.
5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat
seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa
engkau memukul isterimu?’ Lantas soalan itu dijawab dengan agak
gementar,’Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap
degil juga, jadi aku pukul lah dia.’
‘Aku tidak bertanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a. w. ‘Aku menanyakan mengapa
engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’
6) Pernah baginda bersabda, ‘sebaik-baik lelaki adalah yang paling
baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan
tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung
tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para
sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain
amat sukar sekali.Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah
sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama
lain. Sayidina
Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,
‘Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung
penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah? ”Tidak, ya
Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.
”Ya
Rasulullah…mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar
seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang
sakit…’ desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya.
Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan
dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa
lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus
setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
‘Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?’
Lalu baginda menjawab dengan lembut, ‘Tidak para sahabatku. Aku
tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku
jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi
beban kepada umatnya?’ ‘Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH
buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini
lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.’
8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikit pun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.
9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar
oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan
penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di
dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang
sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke
tuanan.
11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH
langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain,
ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.
12) Pintu
Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi
berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah
hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah
bengkak-bengkak.
13) Fizikalnya sudah tidak mampu
menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina
‘Aisyah, ‘Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa
engkau masih
bersusah payah begini?’ Jawab baginda dengan lunak, ‘Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang
hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.’
Rasulullah s. a. w. bersabda, ‘SAMPAIKANLAH PESANKU
WALAUPUN SEPOTONG
AYAT..’
Thursday, June 7, 2012
Tepuk tangan untuk en abah…
Salam ari khamis, happy esok jumaat leps tu cuti…
Lama x berblogging , almaklumlah bizi dengan majlis perkahwinan abg ipar pnmama baru-baru ini… entry pasal Cerita kahwin2 nie , nnti pnmama taipkan.. buat masa sekarang I xada
MOOD nk cerita bab pengantin baru nie…Letih bebenor rasanya .. almaklumlah.. pnmama kan terpaksa mengambil alih menjadi menantu Sulung .. memangku je pon.. Kalau bergaji nak juga.. pegang title tu sampai bila2.. ha..ha..
Kali nie pnmama nk cerita pasal , MISI 2012 yng telah tercapai…
nie misi
en abah ok.. but not pnmama..
Tepuk tangan untuk en abah…
Gambar dari Google
“Berjaya ASINGKAN TEMPAT TIDUR
ANAK-ANAK”…
Sejak pnmama bersalin ari tu, ruang tamu umahlah menjadi pnmama n Little prince tempat beradu.. almaklumlah..
tilam bujang n tilam baby je ada… so en abah n anak-anak yng lain iaitu little
princess 1&2, pnmama hambat tido dalam bilik beralaskan aircond… pnmama
beralaskan kipas kecik je tau… sedih…
Lepas je habis pantang, my BB xnak tido dalam bilik,walaupun di pasang
aircond paling sejuk.. letak je ats tilam , mesti ngis macam kena cubit.
mybe dia selesa tido dalam ruang yng luas agaknya.. nak xnak pnmama
still lagi tido di ruang tamu bersama BB. Al maklumlah , tilam saiz queen , 5
beranak tido 1 tilam… Bayang sendirilah macm mana keadanya
kalau tido dalam keadaan baik xpalah.. nie ada yg kuat
lentang.. ada yng terjun tiruk… mybe BB pon tahu akak-akak dia tido buas
agaknya..so baik larikan diri..
Tiba-tiba 1 malam, En abah jugak melarikan diri… sebabnya kebuasan
anak-anak dara dia tido ..he..he..al maklumlah selama nie pnmama yg asyik kena.. en
abah x kena… so nak xnak terpaksalah pnmama n en abah berkongsi tilam bujang di
ruang tamu… ha..ha…
Pada malam esoknya, akak siap pesan lagi kat en abah.. “nnti abah masuk
tido dgn akak iyer”… en abah jawab “iyerlah”… Walhal.. lepas je akak n adik
masuk tido… en abah terus angkat bantal tido dgn pnmama kat ruang tamu…ha..ha…
Sekarangnie , Master room dah jadi bilik akak n adik.. he..he.. dah
dekat sebulan dah .. semoga kekal sampai bila2 iyer akak..
Mari kita Berdoa...
Bagus diamalkan utk....
a) Hati yg tertutup utk melakukan amal soleh
b) Hati yg tertutup utk melakukan amal jariah
c) Hati yg tertutup utk menerima nasihat
d) Pintu rezeki yg dirasakan seperti tertutup
e) Minda @ akal yg dirasakan seperti tertutup
f) Hati yg tertutup utk berkahwin
Kaedah Berkesan ‘Cerai Lampin’
Perkembangan merujuk kepada perubahan fizikal, mental dan sosial yang
dapat dijangkakan dalam kehidupan bayi. Perkembangan adalah faktor
penting dalam kehidupan bayi. Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai
perkembangan anak anda.
Lampin adalah keperluan dalam kehidupan bayi sehinggalah ke usia kanak-kanak. Kebanyakan ibu bapa hari ini memilih menggunakan lampin pakai buang sebagai salah satu cara mudah untuk memastikan bahagian sulit si manja berada dalam keadaan bersih dan kering. Bagaimanapun ia akan menjadi ‘masalah’ apabila ibu bapa tidak tahu cara terbaik untuk menghentikan penggunaan lampin pada anak.
‘Bercerai lampin’...Itulah perkataan yang selalu kita gunakan bagi merujuk usaha ibu bapa untuk menghentikan kebergantungan anak terhadap lampin. Ada yang anaknya sudah berusia enam tahun tetapi masih memakai lampin terutamanya pada sebelah malam. Jadi, ramai ibu bapa yang mencari jalan bagaimana untuk melatih si kecil ini agar ‘bercerai lampin’ seawal yang boleh.
Namun tidak kurang juga, ada yang cepat berputus asa apabila usahanya itu menemui kegagalan. Apa yang pasti, ini bukanlah satu tugas yang mudah. Masa dan kesabaran sangat diperlukan dalam memastikan usaha tersebut berhasil.
Bilakah Usia Yang Paling Tepat?
Soalan yang sering diajukan oleh para ibu mengenai isu ‘cerai lampin’ ini ialah, “bilakah umur yang paling sesuai untuk menghentikan pemakaian lampin pakai buang terhadap anak saya?” Jawapan yang diperoleh pula selalunya pelbagai dan akhirnya mengelirukan.Sesetengah ibu bapa pula berpendapat ‘cerai lampin’ adalah sangat penting dan perlu dimulakan sejak dari awal.
Ada yang melatih si manjanya memakai seluar tanpa lampin sejurus si manjanya mula pandai bertutur dan mungkin ada yang lebih awal dari itu. Ia bergantung kepada masyarakat dan di mana bayi tersebut dibesarkan. Walau bagaimanapun, kebanyakan ibu bapa memilih untuk melatih anaknya bercerai daripada pemakaian lampin sejurus si manja telah mula memahami dan bersedia untuk perubahan.
Sebenarnya, waktu yang paling sesuai untuk melatih si manja tidak memakai lampin ialah ketika si manja anda sudah mula memahami serta mampu berkomunikasi dengan persekitarannya. Keadaan ini akan menyelamatkan anda daripada perlu bersusah-payah untuk melatih si manja pergi ke tandas. Anak anda perlulah bersedia untuk melalui fasa peralihan ini.
Lazimnya, kanak-kanak tidak suka dipaksa. Sebaliknya, mereka lebih rela dan mudah dididik sekiranya keinginan untuk belajar sesuatu yang baharu itu lahir sendiri dalam dirinya. Jika terus dipaksa, si kecil mungkin akan menunjukkan reaksi protes atau memberontak. Jadi, pendekatan psikologi harus diguna pakai dalam usaha mendidik anak-anak menuju ke alam lebih dewasa ini.
Adakah Si Manja Telah Bersedia?
Apabila si manja anda berkemampuan menerangkan sesuatu perkara secara lisan atau bukan lisan, ia menandakan dia telah bersedia untuk memulakan fasa peralihan tersebut. Apa yang paling penting, ibu bapa perlu bijak memahami tanda-tanda atau isyarat yang diberikan oleh si anak itu. Ibu bapa juga perlu membuatkan si manjanya memahami akan keperluan menggunakan tandas. Jadikan isu tandas ini sebagai salah satu ‘isu’ besar dalam diri mereka. Kaedah ini boleh membantu melatih si manja untuk ke tandas setiap kali ingin membuang air besar atau kecil.
Untuk permulaan, janganlah anda terlalu mengharapkan satu perubahan yang drastik boleh berlaku. Perubahan ini memerlukan masa serta latihan. Pada awal latihan sudah tentu si manja anda berhadapan dengan masalah ‘tidak sempat’ berlari ke tandas dan sebagainya. Jangan cepat berputus asa dengan memakainya lampin pakai buang semula kerana malas melayan keadaan tersebut. Kesabaran dan kerjasama para ibu bapa sangat diharapkan dalam memastikan latihan ini berjaya!
Apakah Peranan Sebenar Ibu Bapa?
Semua ibu bapa perlu faham bahawa ini adalah satu proses peralihan yang memakan masa. Segelintir ibu bapa memang tidak dapat lari daripada perasaan kecewa apabila keputusan yang diperoleh bertentang dari apa yang diharapkan. Kebanyakan ibu bapa mengadu bahawa anak-anak mereka yang tidak memakai lampin selama beberapa minggu kembali semula memakainya. Keadaan inilah yang menyebabkan timbulnya rasa kecewa dalam diri segelintir ibu bapa. Seharusnya para ibu bapa tidak boleh memiliki perasaan kecewa. Sebaliknya, mereka harus terus mencuba untuk melatih si manja.
Kedua, tanya kepada diri sendiri mengapa usaha anda selalu menemui kegagalan? Jawapan mudah sahaja! Stok lampin masih ada di dalam rumah anda. Ramai ibu bapa merasakan mereka perlu mempunyai ‘lampin kecemasan’ di rumah. Pemikiran ini nyata tidak membantu anda untuk memisahkan si manja daripada terus menggunakan lampin. Sebaliknya, ia akan lebih ‘memanjakan’ si manja dan secara tidak langsung anda akan terus bergantung terhadap penggunaan lampin pakai buang ini.
Cerai lampin ini bukanlah satu perkara yang mudah. Cara yang terbaik untuk anda menghentikan penggunaan lampin pakai buang ini adalah dengan tidak meletakkannya di dalam rumah. Jadikan rumah anda bebas daripada lampin pakai buang ini. Di peringkat permulaan diakui ia adalah sangat sukar. Tetapi jika tidak bertindak sedemikian anda akan memerlukan masa yang lebih lama untuk melatih si manja. Jangan sesekali mengelirukan anak anda dengan memakaikannya lampin pakai buang hanya pada waktu malam atau untuk bersiar-siar.
Apakah Pendekatan Terbaik?
Akhir sekali, elak daripada menggunakan ‘training pants’ untuk melatih anak anda ke tandas. Ia boleh mengundang lebih banyak kekeliruan kepada anak anda sekali gus mendorong si manja untuk terus menggunakan lampin. Sebaliknya, ibu bapa perlu menyediakan tandas yang bersesuaian untuk kegunaan si manja. Lakukan latihan tandas ini bersama-sama dengan pujian dan galakan daripada anda. Ini adalah salah satu cara terbaik untuk menghentikan si manja menggunakan lampin.

Sumber: http://pama.karangkraf.com/bayi/kaedah-berkesan-cerai-lampin-1.54438
Wednesday, May 23, 2012
Hari Sukan Tadika HR Aulad Bestari
Alhamdulilah, akhirnya pnmama ada
jugak idea nak update blog… ha..ha…Kali nie nak cerita pasal Sukan Tahunan
Tadika Akak Qasrina 2012.
Tarikh sukannya 19 Mei 2012, nie kiranya entry basilah sikit ,
bertempat di padang sekolah kebangsaan
Indra Kangar . xberapa nk jauh pon dari tadika akak.
Sebenarnya pnmama yang excited habis,
almaklumlah akak kan anak sulung, Jadi pastinya pnmama tidak mahu melepaskan peluang ini.
Seawal 7 pagi , pnmama dah gerakkan
akak n adik.. Baby????.. bersama degn en abah
jadi pengasuh.. ha..ha.. en abah x pergi ok..
Sukan bermula
Jam 8.30 pagi.Oleh sebab datang awal..so pnmama dapatlah parking
berbumbung Tempat parking kereta Guru Besar gitu..ha..ha..
Semuanya adalah acara berkumpulan dan akak
dalam Rumah Green .
Akak masuk acara bawak bola (tempat kedua), bawak pundi
kacang(tempat ketiga) dan bawak bola pingpong dalam sudu (tempat kedua)..
sepatutnya akak masuk 1 lari acara iaitu lari berganti-ganti.. tapi akak ngis
so tempat akak di gantikan dengan orang lain.. tension pnmama tau..
Kenapa
akak Ngis?.. sebabnya nak duduk sekali dengan pnmama..xnak masuk sukan..
pnmamalah yang salah.. pergi hantar air mineral.. so automatiknya akak nk ikut
pnmama ke tempat guest.. sampai peluk-peluk kaki.. akhirnya Teacher Huda ,
datang mai pujuk akak.. Nasib baik Ok.. Anak Manjalah katakan..
Kumpulan Green dapat No 3 secara keseluruhan , Hadiah
diberi ikut keputusan keseluruhan dan bukan acara individu iaitu set kotak
pencil dan piala..pnmama suka..pnmama suka..
kat bawah ni adalah sebahagian dr gambar2 yg sempat
pnmama upload dr Hp kamera Baru pnmama…
layan je lah….
1.Akak request nk pakai tudung...
2. Sampai kat sekolah, terus buang tudung.. ha..ha..
3. Bersama Piala dan Hadiah
4. Bersama adik...
1. Di ketuai Oleh Teacher Amy..
Keseluruhannya, acara sukan ni nampak berjaya &
meriah... budak-budak pun nampak seronok tak kiralah samada menang atau kalah
sebab diorang tak kisah semua tu... yang penting dapat bermain dengan
kawan-kawan & dapat hadiah....
Bayi Lahir Bersama Alquran Di Tangannya
7 Mei 2012 seorang bayi dilahirkan dengan tangannya menggenggam Al-Quran kecil. Keajaiban ini telah menyebabkan ibunya dab abangnya memeluk agama Islam pada tanggal 13 Mei 2012.
Peristiwa menakjubkan ini telah disaksikan sendiri oleh ulamak terkenal Nigeria Sheikh Abd Rahman Olanrewaju dan beliau sendiri menamakan bayi tersebut dengan nama Abdul Wahab Iyanda. Ulamak lain yang ikut serta ialah Sheikh Abdulrahman Sulaiman Adangba dan Dr Ramoni Tijani.
Yang menariknya, bayi ini dilahirkan di sebuah gereja di Mushin, Lagos State, Southwest Nigeria.
Semuanya adalah kehendak Allah swt. ALLAHUAKHBAR!
Friday, May 18, 2012
Memperkenalkan anak kesayangan pn mama
Muhammad Thaqif Irfan Bin Sabri
15 Mac 2012
11.55 PM
2.0Kg
Mahsuri Medical Centre
Assalamulaikum, Hai semua,
Saya Aqif.
Anak No 3 pnmama dan
en abah..
Anak lelaki pertama dalam Family pnmama, cucu lelaki pertama bagi
Family
sebelah en Abah dan Pnmama.. he..he…
Walaupun nama saya seperti di
atas , tetapi akak-akak kesayangan saya
semua ada panggilan tersendiri..
si akak
Qashrina panggil “Aqif Irfan”
Si akak Uzma pulak “Bie”..singkatan
dari Baby..ha..ha..
Si Tokmama panggil “Irfan”..
Si Tok Sebelah abah panggil “adik kecik”
Sebelum ini ,mama saya ada buat
entry pasal saya di sini,
Pada mulanya mama saya xberapa
yakin , bahawa dia akan mendapat anak lelaki.. iaitu saya, almaklumlah semasa
mama saya melahirkan akak saya yang no 2, mama saya menaruh harapan besar agar
yang kedua lelaki.. akhirnya Perempuan yang keluar.. dah la tu, muka peragai
memang macm lelaki…ha..ha…
mama…mama…
kecanggihan Teknologi x dapat menyakinkan mama saya tau…
Pada mulanya nama saya adalah
Muhammad Thaqif Ichlass bin Sabri..
seperti mana sedia maklum, I itu kan
simbolik nama Family pnmama.. sampai sekarang saya xtau apa maksudnya..mama
saya simpan rahsia rapat2.. mybe nnti bila mama dah tua, baru dia nk bocorkan rahsia
kot..
Semasa saya di lahirkan, Tokwan
saya berada di Hospital Kangar. Saya Lahir ari Khamis malam Jumaat.. Tokwan
saya pulak di masukkan ke hospital ari Isnin pagi.. mybe mama saya aktif
sangat.. sebab itu saya keluar awal. Dekat 8 ari Tokwan kena tahan di Wad,
bermula dengan wad ICU, lepas itu wad biasa.
Pada malam 14 Mac 2012, Jam 9.00
Malam, mama mengalami komplikasi .. terus abah saya usung mama ke hospital di temani
dengan akak-akak saya dan TokPah saya(mak Abah). Doc chek ,katanya pembukaan
baru 1 Cm. terus mama ajak abah pulang ke rumah sebb kesian kat akak-akak saya
, tido dalam kereta.
Esoknya dalam kol 12.00tgh mama
sakit lagi, kali nie akak di tinggalkan dengan Tokmama saya di hospital. Nasib baik
masa tu, tok ummie, tok Ibu ada , merekalah yang jaga akak-akak saya .
Semasa mama di chek doc,
pembukaan dah 3 cm. terus mama saya kena tahan di wad. Semasa itulah mama baca
paper dan tengok tv. Almaklumlah abah saya ambik sorang sambil di temani oleh Tokpah saya
.. muka depan cerita
pasal adik Irfan yang jatuh dalam Tasik..terus mama saya cakap. Sedihnya… terus
abah buka tv.. Nampak pulak idola mama saya ..
Jutawan termuda tu.. “Irfan
Khairi”..
terus mama cakap nk tukar nama belakang tu bubuh nama Irfan… walaupun
pada mulanya mama memang xsuka nama tu.. ialah ingat x dulu ada gambar “Natasya”
hero dia nama “Irfan”..lakonan Fasha Sanda.. Mybe bagi mama, Irfan Lakonan Ezzany tu anak mak..so mama xnak saya jadi macam tu kot..
Lepas mama keluar wad, terus abah
bawak balik umah kat kangar, saya di sambut dengan penuh gembira.. almaklumlah
saya kan cucu lelaki sorang-sorang pulak tu..
Semasa itu, Tok Ummie Tanya nk
bubuh nama apa.. mama cakap, Ahmad Thaqif Irfan, tapi Tok Ummie cakap bubuhlah
Muhammad , abah pulak nak bubuh nama Nur Muhammad Thaqif ..tpi mama x nk.,.al
maklumlah saya kan anak lelaki mama saya.. so alasan mama bagi kata abah ialah
xnak nnti saya pertikai kenapa nama saya xada huruf I… macam akak-akak saya…ha..ha..
Lastnya abah saya mengalah..
itulah mama dia tetap dengan pendiriannya.. sapa pon xleh halang, termaksuklah
abah… Powermom lah katakan.
Alhamdulilah, semoga Hasrat mama
saya tercapai seperti mana harapannya pada saya iaitu sebijak
insan bernama “IRFAN KHAIRI”.
Itu Janji Saya... Tengok saya siap angkat Tangan lagi..
Itu Janji Saya... Tengok saya siap angkat Tangan lagi..
Subscribe to:
Posts (Atom)