Selamat Hari Lahir yang KE 4 buat anakku
Nur Qashrina Imani bt Sabri.
Sungguh cepat masa berlalu.. rasanya baru hari ini
mama melahirkan kamu ke dunia ini.wa..wa..wa..wa..
Walaupun dah masuk umur 4 tahun,
tapi kemanjaan mu yang paling terselah.. namun Kematangan mu juga jelas
kelihatan apabila mama menyuruh kamu menjaga adik-adikmu & membuat kerja yng mama suruh.
Pada hari ini 02 mei 2012, maka genaplah usia kakak EMPAT tahun.. Alhamdulillah MAMA dikurniakan oleh
Allah seorang puteri yang comel,manja
dan bijak malah diusia kecilmu ini juga kakak
seakan-akan sudah pandai menjaga hati orang-orang disekeliling termasuklah mama
dan abah .
(sebab tu jadi cucu kesayangan Tok Mama)..
Terima Kasih kakak kerana
menambahkan lagi keceriaan dan kebahagiaan dalam keluarga kita. Insyaallah.. mama
doakan kakak akan menjadi anak yang
soleheh dan berjaya di dunia dan akhirat..
Kasih sayang dari mama, abah dan
adik-adik akan senantiasa bersama
Qashrina Imani, untuk selama-lamanya..sehingga hujung nyawa.. amin..
No comments:
Post a Comment