Muhammad Thaqif Irfan Bin Sabri
15 Mac 2012
11.55 PM
2.0Kg
Mahsuri Medical Centre
Assalamulaikum, Hai semua,
Saya Aqif.
Anak No 3 pnmama dan
en abah..
Anak lelaki pertama dalam Family pnmama, cucu lelaki pertama bagi
Family
sebelah en Abah dan Pnmama.. he..he…
Walaupun nama saya seperti di
atas , tetapi akak-akak kesayangan saya
semua ada panggilan tersendiri..
si akak
Qashrina panggil “Aqif Irfan”
Si akak Uzma pulak “Bie”..singkatan
dari Baby..ha..ha..
Si Tokmama panggil “Irfan”..
Si Tok Sebelah abah panggil “adik kecik”
Sebelum ini ,mama saya ada buat
entry pasal saya di sini,
Pada mulanya mama saya xberapa
yakin , bahawa dia akan mendapat anak lelaki.. iaitu saya, almaklumlah semasa
mama saya melahirkan akak saya yang no 2, mama saya menaruh harapan besar agar
yang kedua lelaki.. akhirnya Perempuan yang keluar.. dah la tu, muka peragai
memang macm lelaki…ha..ha…
mama…mama…
kecanggihan Teknologi x dapat menyakinkan mama saya tau…
Pada mulanya nama saya adalah
Muhammad Thaqif Ichlass bin Sabri..
seperti mana sedia maklum, I itu kan
simbolik nama Family pnmama.. sampai sekarang saya xtau apa maksudnya..mama
saya simpan rahsia rapat2.. mybe nnti bila mama dah tua, baru dia nk bocorkan rahsia
kot..
Semasa saya di lahirkan, Tokwan
saya berada di Hospital Kangar. Saya Lahir ari Khamis malam Jumaat.. Tokwan
saya pulak di masukkan ke hospital ari Isnin pagi.. mybe mama saya aktif
sangat.. sebab itu saya keluar awal. Dekat 8 ari Tokwan kena tahan di Wad,
bermula dengan wad ICU, lepas itu wad biasa.
Pada malam 14 Mac 2012, Jam 9.00
Malam, mama mengalami komplikasi .. terus abah saya usung mama ke hospital di temani
dengan akak-akak saya dan TokPah saya(mak Abah). Doc chek ,katanya pembukaan
baru 1 Cm. terus mama ajak abah pulang ke rumah sebb kesian kat akak-akak saya
, tido dalam kereta.
Esoknya dalam kol 12.00tgh mama
sakit lagi, kali nie akak di tinggalkan dengan Tokmama saya di hospital. Nasib baik
masa tu, tok ummie, tok Ibu ada , merekalah yang jaga akak-akak saya .
Semasa mama di chek doc,
pembukaan dah 3 cm. terus mama saya kena tahan di wad. Semasa itulah mama baca
paper dan tengok tv. Almaklumlah abah saya ambik sorang sambil di temani oleh Tokpah saya
.. muka depan cerita
pasal adik Irfan yang jatuh dalam Tasik..terus mama saya cakap. Sedihnya… terus
abah buka tv.. Nampak pulak idola mama saya ..
Jutawan termuda tu.. “Irfan
Khairi”..
terus mama cakap nk tukar nama belakang tu bubuh nama Irfan… walaupun
pada mulanya mama memang xsuka nama tu.. ialah ingat x dulu ada gambar “Natasya”
hero dia nama “Irfan”..lakonan Fasha Sanda.. Mybe bagi mama, Irfan Lakonan Ezzany tu anak mak..so mama xnak saya jadi macam tu kot..
Lepas mama keluar wad, terus abah
bawak balik umah kat kangar, saya di sambut dengan penuh gembira.. almaklumlah
saya kan cucu lelaki sorang-sorang pulak tu..
Semasa itu, Tok Ummie Tanya nk
bubuh nama apa.. mama cakap, Ahmad Thaqif Irfan, tapi Tok Ummie cakap bubuhlah
Muhammad , abah pulak nak bubuh nama Nur Muhammad Thaqif ..tpi mama x nk.,.al
maklumlah saya kan anak lelaki mama saya.. so alasan mama bagi kata abah ialah
xnak nnti saya pertikai kenapa nama saya xada huruf I… macam akak-akak saya…ha..ha..
Lastnya abah saya mengalah..
itulah mama dia tetap dengan pendiriannya.. sapa pon xleh halang, termaksuklah
abah… Powermom lah katakan.
Alhamdulilah, semoga Hasrat mama
saya tercapai seperti mana harapannya pada saya iaitu sebijak
insan bernama “IRFAN KHAIRI”.
Itu Janji Saya... Tengok saya siap angkat Tangan lagi..
Itu Janji Saya... Tengok saya siap angkat Tangan lagi..
No comments:
Post a Comment