Wednesday, May 23, 2012

Hari Sukan Tadika HR Aulad Bestari

Alhamdulilah, akhirnya pnmama ada jugak idea nak update blog… ha..ha…Kali nie nak cerita pasal Sukan Tahunan Tadika Akak Qasrina 2012. 


Tarikh sukannya  19 Mei 2012, nie kiranya entry basilah sikit ,  bertempat di padang sekolah kebangsaan Indra Kangar . xberapa nk jauh pon dari tadika akak. 

Sebenarnya pnmama yang excited habis, almaklumlah akak kan anak sulung, Jadi pastinya pnmama  tidak mahu melepaskan peluang ini.

Seawal 7 pagi , pnmama dah gerakkan akak  n adik.. Baby????.. bersama degn  en abah jadi pengasuh.. ha..ha..  en abah x pergi ok..

Sukan bermula  Jam 8.30 pagi.Oleh sebab datang awal..so pnmama dapatlah parking berbumbung Tempat parking kereta Guru Besar  gitu..ha..ha.. 

Semuanya adalah acara berkumpulan dan akak dalam Rumah Green
Akak masuk acara bawak bola (tempat kedua), bawak pundi kacang(tempat ketiga) dan bawak bola pingpong dalam sudu (tempat kedua).. sepatutnya akak masuk 1 lari acara iaitu lari berganti-ganti.. tapi akak ngis so tempat akak di gantikan dengan orang lain.. tension pnmama tau.. 


Kenapa akak Ngis?.. sebabnya nak duduk sekali dengan pnmama..xnak masuk sukan.. pnmamalah  yang salah.. pergi hantar air mineral.. so automatiknya akak nk ikut pnmama ke tempat guest.. sampai peluk-peluk kaki.. akhirnya Teacher Huda , datang mai pujuk akak.. Nasib baik Ok.. Anak Manjalah katakan.. 

Kumpulan Green dapat No 3  secara keseluruhan , Hadiah diberi ikut keputusan keseluruhan dan bukan acara individu iaitu set kotak pencil dan piala..pnmama suka..pnmama suka..

kat bawah ni adalah sebahagian dr gambar2 yg sempat pnmama  upload dr Hp kamera Baru pnmama… layan je lah….


1.Akak request nk pakai tudung... 
2. Sampai kat sekolah, terus buang tudung.. ha..ha..
3. Bersama Piala dan Hadiah
4. Bersama adik... 

1. Di ketuai Oleh Teacher Amy.. 


Keseluruhannya, acara sukan ni nampak berjaya & meriah... budak-budak pun nampak seronok tak kiralah samada menang atau kalah sebab diorang tak kisah semua tu... yang penting dapat bermain dengan kawan-kawan & dapat hadiah....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...