Wednesday, July 20, 2016

Saja-saja

Salamesrabadiey..

Siaran bersiaran kembali. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. 

Tahun 2016 , banyak kenangan Indah, Manis, Masam dan Kelat semuanya ada.. Mcm biasa pnmama bizi uruskan anak-anak ke sekolah pada waktu pagi.. lepas tu kemaskan umah sikit2  n baru bersiap p kerja..

Syawal tahun ini, Family pnmama bertambah 1 lagi... but bukan pnmama yang tambah anak lagi ok.. my  little brother dah jadi Bapak... he..he... so pnmama dah jadi Maklong.. but I dont' Like Call Me "Maklong".. Nak nampak Muda kenalah panggil I "Mama" ok... ha..ha... perasan tahan gaban pnmama nie. 

Nanti pnmama masukan gambar mylittle Princess.. he..he... 

Oklah Tata dulu... 


nnti xada kerja pnmama tulis lagi...


Friday, January 15, 2016

Tahun 2016

Salamesrabadiey....  
Sudah lama, Pnmama x mengadap dan menulis pada Blog Pn mama...
 biasalah Bizi memanjang... kan kerja sorang.. dulu berdua.. bolehlah mengadap2... 
karang panjang2..

Tahun 2016... Family still Happy , bahagia, dan anak2 pon dah besar.. 
Kakak Nur Qashrina Imani dah darjah 2, 
Si angah Nur Uzma Irdina dh Darjah 1 , 
manakala si Hero dah Empat Tahun , 
nie tahun kedua di Di tadika Little-Caliphs-Kangar. 

Semoga Tahun nie , semangat baru untuk kembali mencoret  nukilan atau cerita yang pnmama rasa nak tulis. 

Oklah Nanti Kita  tulis2 lagi iyer... 
bye..bye

Wednesday, January 14, 2015

ha..ha.... akhirnya ....


Akhirnya kini pasti

Ku merasai cinta nan suci
Bahagia pabila ku bersama
Sungguh indahnya
Hadir dirinya suatu kurnia
Daku gembira... auw !

Assalamulaikum semua.... wah sudah lama x bersiaran dan menulis kenangan -kenangan, cerita2  dan gosip2 mengenai  kehidupan pn mama ... bukan apa ... pnmama macam biasalah... "I Lupa Password "  so ini pon setting lain... ha..ha... 


Kehidupan pnmama macam biasa, kerja pon macam biasa cuma penatlah sikit, yang sebenarnya banyak sangat...  Kerja sorangkan... memanglah user yang dok mai guna pc tgok rilex, goyang kaki... dia bukan tau dalam otak nie macam2 dok fikir macam mana nak majukan dan bagi banyak user dok mai kat sini... almaklumalah tempat kerja pnmama la nie , ada saingan bukan 1 , bukan 2 but 3 ..... depa punya internet xpayah dok ceritalah... memang nk kejarn pon pn mama gagahkan  serender ok.... 

Itu Kehidupan kat Pejabat, nie pulak kehidupan kat Umah... Macam biasa tahun 2015, tahun di mana anak sulung pnmama dah Darjah 1.... pilihan bapak dia ialah Sekolah Rendah Islam 1 ... adalah dalam 30 Minit dari umah .... Si angah dulu adik  pulak Pra sekolah kat sekolah yang sama... Pada mulanya mama nak kakak masuk sekolah Indra ala sekolah anak-anak lot... sekolah anak raja... ha..ha.. but macam biasalah... Si bapaknya maukan anaknya jadi Ustazah xpon Lecture Agama... wah gitu.... Bagi pnmama x kisahlah janji akak nak belajar... cita-cita kakak " saya nak jadi Guru, p Kerja naik Kapal Terbang"... Wah ko p kerja belah sabah atau serawak iyer kak... 

Si Kecik... my Hero , My lovely , pon dah masuk tadika yang umur nya baru 3 tahun... semangat sungguh.. xpalah "janji ko nak belajar iyer nak"... duit habis xpa... oklah tu dulu nnti update lain... bye...

Layan

Hari Pendaftaran 03.01.2015 (sabtu ) 





Hari Pendaftaran Adik Q-fan  04.01.2015 (ahad) 



Hari Kedua Bersekolah  13.01.2015 (Angah dapat Uniform Pra Sekolah)



Tuesday, January 21, 2014

Kembali semula

Assalamulaikum, salamesrabadiey.. ceh wah x gitu semua.. dah lama pnmama x mengarang mengenai apa2 cerita pasal family pnmama.. almaklum i Verry Busy .. mana nak jadi pengurus ( alhamdulilah) mana nak jadi Business woman , mana lagi nak jadi seorang mama dan Isteri .. so I very tried . But  Pnmama x kisah semua itu.. Janji Family pnmama happy.  


Hampir  2 tahun , blog ini bersawang dan diabaikan.. bukan pnmama lupa atau pun mengabaikannya , tpi tulah I have no IDEA... he..he.. Jgan Marah.. nnti cepat tua.. apa2 semoga tahun nie 2014 , pnmama boleh menulis kembali cerita2 penting mengenai kehidupan seharian pnmama dan my family..



so di tahun 2012, di pendekan cerita pn mama dah ada my New Hero , Cinta Hati pnmama yang paling pnmama sayang dan Cinta .. Muhammad Thaqif Irfan bin Sabri.. Manja sangat sampaikan.. di gelar "The Mama Boys" anak mama... si Nur Qashrina Imani.. alhamdulilah , kini dah berusia 6 tahun. wah cepatnya dia membesar... rasa macam semalam je dok dukung dia pergi jalan-jalan... "The Murai " sbbnya mulutnya x berhenti2 bercakap dan bertanya yang itu .. yang ini.. cita-cita tinggi nak masuk "Masterchef kat Asro Ria"  ... Masuklah nak, mama tahu.. mama masak setakat lauk orang2 bujang leps.. nk masak macam mereka tu... senyum jelah...  Nur Uzma Irdina , si "Tomboy Girls" dah berusia 5 tahun... tapi x debab dah macam dulu.. koin kurus nampak kepala je besar... Perwatakan dan gayanya memang mcm lelaki , mybe sbb masa mengandung pnmama nk sangat anak lelaki.. so si Uzma nie.. xboleh berambut panjang sikit.. mula lah nk potong... baju semuanya nk fesyen lelaki.. puas pnmama ubah .. still fesyen yang sama.. 

Tahun 2012, juga pnmama menerima 2 berita gembira.. pnmama menerima adik ipar perempuan.. ala cerita pnmama pasal adik Lelaki pnmama tu.. walaupun dah  berkahwin, mereka tetap PJJ..Perkahwinan Jarak Jauh, seorang si Perlis , seorang lagi di Shah Alam. 

Itu jelah, pnmama nk coretkan .. nnti senang2 pnmama tulis lagi.. bye...



Monday, August 27, 2012

Ucapan dari Kami Sekelurga




Selamat Hari Raya  Adil Fitri
Maaf Zahir dan Batin


Friday, June 29, 2012

ahli baru dalam Family Tok Salim(FIL)


Salam Pagi Jumaat … Tiba-tiba rasa rajin pulak pnmama nk menghapdet blog… Mybe ada tekanan perasaan , so x ada idea nk tulis menulis nie panjang -panjang mcm selalu....

Entry pasal ari nie , ialah ahli baru dalam Family TOK SALIM(MY FATHER IN LOW)..
Kenduri MYBIL nie tarikhnya 02 jun 2012.. so ceritanya dalam bulan nie jugaklah…
Kan pnmama ada cerita,  pasal MYBIL kat sini..
So Inilah Kendurinya..

Oleh Sebab , Aqif pun di lahirkan dan En Abah telah pun menjalankan ibadat Aqiqah untuk Si BamBam nie.. seekor lembu tu… layan je lah..anak Jantan sorang lah katakan..
 so kiranya tumpang  kendurilah nie..

Nie pic kenduri MYBIL.. pnmama ambik dari FB My Biras… 


Nie masa Akad Nikah di Perak.

Bersanding di Perak.

Bersanding di Perlis



SELAMAT PENGANTIN BARU MYBIL  ..
SEMOGA BERKEKALAN SEHINGGA AKHIR HAYAT....
DARI FAMILY PN MAMA

Thursday, June 21, 2012

Kisah Rasulullah s.a.w sebagai pengajaran



1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina
‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.’

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’ Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’ Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,’Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.’
‘Aku tidak bertanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a. w. ‘Aku menanyakan mengapa
engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’

6) Pernah baginda bersabda, ‘sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung
tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina
Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

‘Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah? ”Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.

”Ya Rasulullah…mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…’ desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

‘Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?’
Lalu baginda menjawab dengan lembut, ‘Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?’ ‘Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.’

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikit pun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, ‘Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih
bersusah payah begini?’ Jawab baginda dengan lunak, ‘Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang
hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.’
Rasulullah s. a. w. bersabda, ‘SAMPAIKANLAH PESANKU
WALAUPUN SEPOTONG
AYAT..’

Thursday, June 7, 2012

Tepuk tangan untuk en abah…


Salam ari khamis, happy esok jumaat leps tu cuti…
Lama x berblogging , almaklumlah bizi dengan majlis perkahwinan abg ipar pnmama baru-baru ini… entry pasal Cerita kahwin2 nie ,  nnti pnmama taipkan.. buat masa sekarang I xada MOOD nk cerita bab pengantin baru nie…Letih bebenor rasanya .. almaklumlah.. pnmama kan terpaksa mengambil alih menjadi menantu Sulung .. memangku je pon.. Kalau bergaji nak juga.. pegang title tu sampai bila2.. ha..ha.. 

Kali nie pnmama nk cerita pasal , MISI  2012 yng telah tercapai… 
nie misi en abah ok.. but not pnmama..

Tepuk tangan untuk en abah…

Gambar dari Google

 “Berjaya ASINGKAN TEMPAT TIDUR ANAK-ANAK”…

Sejak pnmama bersalin ari tu, ruang tamu umahlah menjadi pnmama n  Little prince tempat beradu.. almaklumlah.. tilam bujang n tilam baby je ada… so en abah n anak-anak yng lain iaitu little princess 1&2, pnmama hambat tido dalam bilik beralaskan aircond… pnmama beralaskan kipas kecik je tau… sedih…

Lepas je habis pantang, my BB xnak tido dalam bilik,walaupun di pasang aircond paling sejuk.. letak je ats tilam , mesti ngis macam kena cubit.
mybe dia selesa tido dalam ruang yng luas agaknya.. nak xnak pnmama still lagi tido di ruang tamu bersama BB. Al maklumlah , tilam saiz queen , 5 beranak tido 1 tilam… Bayang sendirilah macm mana keadanya 
 kalau tido dalam keadaan baik xpalah.. nie ada yg kuat lentang.. ada yng terjun tiruk… mybe BB pon tahu akak-akak dia tido buas agaknya..so baik larikan diri..

Tiba-tiba 1 malam, En abah jugak melarikan diri… sebabnya kebuasan anak-anak dara dia  tido ..he..he..al maklumlah selama nie pnmama yg asyik kena.. en abah x kena… so nak xnak terpaksalah pnmama n en abah berkongsi tilam bujang di ruang tamu… ha..ha…

Pada malam esoknya, akak siap pesan lagi kat en abah.. “nnti abah masuk tido dgn akak iyer”… en abah jawab “iyerlah”… Walhal.. lepas je akak n adik masuk tido… en abah terus angkat bantal tido dgn pnmama kat ruang tamu…ha..ha…

Sekarangnie , Master room dah jadi bilik akak n adik.. he..he.. dah dekat sebulan dah .. semoga kekal sampai bila2 iyer akak..

Mari kita Berdoa...






Bagus diamalkan utk....
a) Hati yg tertutup utk melakukan amal soleh
b) Hati yg tertutup utk melakukan amal jariah
c) Hati yg tertutup utk menerima nasihat
d) Pintu rezeki yg dirasakan seperti tertutup
e) Minda @ akal yg dirasakan seperti tertutup
f) Hati yg tertutup utk berkahwin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...